Resepi Puding Tauhu Yang Mudah dan Sedap

Sunday, October 08, 2017
Al-kisahnya hari Khamis lepas aina dan suami pergi ke Pasaraya Pantai Selamat untuk beli sedikit barang keperluan rumah. Bila lalu kawasan santan, tiba-tiba Ammar ambil sekotak santan dan cakap, " Mama, beli la ni. Boleh buat puding. Dah lama Ammar tak makan puding".

Resepi Puding Tauhu Yang Mudah dan Sedap

Ingat pula dia tu nak buat puding tauhu kena letak santan. So sebab rasa melting cara dia minta tu, beli la keperluan untuk buat puding tauhu. Mujur senang je nak buat tu ammar weh.

Siapa sini suka makan puding tauhu? Sebenarnya ada macam-macam nama. Ada juga yang panggil puding laici sebab biasanya puding ni dimakan bersama air dan buah laici. Aina sendiri masa kecil dulu panggil puding laici. Bila dah kahwin ni, mak mentua panggil puding tauhu, so terikut juga la. Mungkin sebab tekstur nya yang seperti tauhu jadi dipanggil puding tauhu. Bukan sebab letak tauhu tau!

Kat sini aina nak share bahan-bahan dan cara-cara nak buat puding tauhu ni. Serius senang sangat. Dan aina dah olah sikit daripada resepi asal sebab resepi asal manis sangat! 

Bahan-Bahan:

Resepi Puding Tauhu Yang Mudah dan Sedap

1) Agar-agar (10 g)
2) Susu cair ideal 1 tin
3) Susu pekat 1 tin
4) Vanilla essence 1 sudu kecil
5) Air (4 tin)
6) Santan satu kotak kecil
7) 1 tin buah laici atau apa-apa buah campuran (ikut selera masing-masing).


Cara-cara:



1) Masak agar-agar dengan 4 tin air masak. Tunggu sehingga air mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
2) Masukkan susu cair, susu pekat, santan dan vanilla essence. Kecilkan api dan sentiasa kacau.
3) Setelah masak, biarkan ia sehingga suam.
4) Tapis dalam acuan yang disediakan.

Untuk kuah:
 1) 1 air tin buah campuran (asing buahnya) masak dengan 1 gelas air.
2) Campur gula mengikut selera masing-masing.
3) Kemudian biarkan ia sejuk.

Setelah puding dah keras, boleh masukkan buah campuran dan air tadi dalam puding. Dan masukkan dalam peti sejuk.
Resepi Puding Tauhu Yang Mudah dan Sedap
Puding yang dah siap. Nak makan, ambil je satu bekas.

Mudah sangat kan? Daripada resepi ni boleh dapat banyak bekas kecil-kecil tu. Kalau ada pot luck ke, boleh buat banyak-banyak sebab mudah sangat. Yang penting rasa dia sangat sedap!


Jamu tetamu makan. Tengok betapa khusyuknya budak ammar makan. Credit gambar : Siti Suhaili.

Oh ye, aina gunakan French Vanilla Essence yang aina beli di kedai baking. French Vanilla Essence ni bagi bau macam ais krim vanilla tu compare dengan vanilla essence biasa. Dan rasa dia lgi sedap! Macam ais krim. Tapi kalau takde, boleh je guna vanilla essence biasa.

Ok, selamat mencuba tau! Kalau nak cari vitamin Shaklee, boleh roger aina k.


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.


Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.


6 comments:

  1. nyum !! makan sejuk2 best ni.. hee~ nanti boleh try dan harap2 menjadi laa..

    ReplyDelete
  2. suka makan camni, dulu selalu buat

    ReplyDelete
  3. Dulu arwah ibu selalu buat. Thanks for this post sekarang bolehlah saya cuba buat untuk ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga ayah sis suka. =)

      Delete

Powered by Blogger.