Resepi Creamy Butter Prawn Mudah dan Lazat

Monday, April 27, 2015
Pernah sekali tu tiba2 ayah call cakap nak datang rumah sambil bawa udang size L!!!Ayahanda minta masakkan creamy butter prawn. Tiba2 ayah mengidam di harijadi anak kesayangan dia ni..ceewwwaaahhh. Resepi memang dapat kat internet. Simple, cepat dan sangat sedap. Atas permintaan sepupu kesayangan (kak la, sila terasa...haha), kat sini saya share resepi yang sedap dan mudah ni.
Besar tak udang ayah beli?nyum..nyum..nyum..
Bahan-bahan:
  1. Udang size L (ikut la berapa banyak nak)
  2. 5-7 helai daun kari
  3. 2-3 biji cili padi (tambah kalau nak lagi pedas)
  4. 100ml susu cair
  5. 30 gram butter
  6. Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Gorengkan udang sehingga kemerahan. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
  2. Cairkan butter dalam kuali lain.
  3. Bila butter dah berbuih sikit, masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga agak pekat.
  4. Masukkan udang, cili padi dan daun kari. Gaul sehingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap!!
Macam mana?mudahkan? Selamat mencuba! 

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.