Leucine bantu kurangkan berat badan dengan membakar lemak tanpa kehilangan otot

Monday, April 27, 2015
Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Rejab. Maksudnya tinggal kurang 3 bulan sahaja lagi sebelum raya. Ewah-ewah, puasa belum lagi, tapi dah cerita pasal raya? Ok, bukan nak share pasal raya tapi nak share pasal macam mana cara yang terbaik untuk turunkan berat badan aka nak kurus la senang cerita. Mesti kita nak nampak cantik, fit, kurus dan sihat di hari raya nanti kan? Jadi macam mana nak kurus? Kebanyakkan kita diet bagai nak gila, tapi last2 bila mula makan banyak sikit, berat naik mendadak semula. Pernah terjadi kepada anda tak? Salah satu faktor adalah kerana cara diet yang salah. Bila cara diet yang salah, mula terjadi masalah seperti metabolisme badan menurun, badan membakar otot bukan lemak, kekurangan nutrisi. Saya pernah terangkan antara tips2 nak kurus dengan membakar lemak, bukan otot di sini. Antara banyak2 supplemen keluaran Shaklee, Cinch Shake Mix adalah supplemen yang dikeluarkan khas untuk mereka yang betul2 serius nak kurus. Jom kita tengok apa dia cinch shake mix ni.



APAKAH CINCH SHAKE MIX?

Cinch Shake Mix adalah meal replacement yang diperkaya dengan leucine Setiap kali minum cinch shake shaklee, anda akan mendapat 24g protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting, kaya dengan leucine dan 6g serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot dan ototlah yang bertanggungjawab untuk menaikkan kadar metabolisme badan dan membakar kalori. Selain itu, makanan tinggi protin boleh menahan rasa lapar dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan.

APAKAH LEUCINE DAN MENGAPA IA PENTING DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN?

Leucine adalah sejenis amino acid perlu (essential amino acid) yang kita perlu ambil melalui diet harian kita. Leucine ni bertindak untuk merangsang sintesis protin dan pembinaan otot. Kini para penyelidik telah menunjukkan bahawa tahap leucine di dalam darah adalah berkadar secara langsung dengan peningkatan sintesis protein dalam otot.
Source: http://www.nutritionexpress.com/article+index/protein/showarticle.aspx?id=807
Penyelidik di University of Illinois menjalankan kajian mengenai penurunan berat badan dengan pengambilan diet yang mengandungi 10g leucine sehari dan 125g jumlah protein setiap hari dengan sekurang-kurangnya 2.5g leucine pada setiap waktu makan. Dalam 2 kajian yang berasingan ini, kumpulan yang mengambil diet yang tinggi leucine mempunyai penurunan berat badan yang lebih tinggi, jumlah kehilangan lemak yang lebih besar dan pemeliharaan jisim otot yang lebih baik Selain itu, pengambilan leucine yang tinggi juga boleh menyebabkan kawalan glukosa yang lebih baik.

Dalam Kajian lain, penyelidik dari Universiti Columbia telah membuat kajian terhadap tikus di mana tikus-tikus itu telah diberi makan diet yang tinggi lemak. Apabila tikus-tikus itu diberi makanan tambahan leucine, berat lemak mereka menurun sebanyak 25%!! Leucine juga mampu mengawal tahap gula dalam darah dan mengurangkan jumlah kolestrol jahat (LDL). Selain itu, leucine juga dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Jadi, tiada lemak tambahan akan disimpan dalam badan. Best kan?

Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Dapatkan Cinch Shake Mix anda hari ini!! ^_^



Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Source:

1) Leucine trigger muscle growth
2) Potential Importance of Leucine in Treatment of Obesity and the Metabolic Syndrome1–3

No comments:

Powered by Blogger.