Resepi mushroom soup mudah dan sedap

Saturday, April 25, 2015
Hari ni nak share satu resepi mushroom soup yang sangat best dan paling penting mudah dibuat. Simple sangat resepi dia. Ammar yang susah nak makan pun boleh makan bermangkuk2 bila buatkan mushroom soup ni. Lepas ni tak perlu dah beli yang dalam tin dah. hehe..

Gambar hiasan


Bahan-bahan:

  1. 3 cawan air
  2. 1 cawan susu segar
  3. 4-5 ketul cendawan butang
  4. 2 ketul ayam bahagian dada
  5. 1/2 cawan tepung gandum
  6. 1/2 kiub pati ayam
Cara-cara:
  1. Panaskan air dan masukkan ayam yang dah di potong dadu. Masak sehingga ayam masak.
  2. Masukkan susu segar, pati ayam dan cendawan. Kacau dengan api perlahan.
  3. Masukkan tepung yang sudah dibancuh dan kacau sehingga mendapat tahap kepekatan yang diingini.
  4. Tambahkan garam dan kacau seketika.
Siap!!!!Amacam..mudah kan?hehehe..Serious sedap..(ceewwaahhh...puji diri sendiri)..yang penting si kecil berselera makan. Cicah dengan garlic bread memang terbaik!!!

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

1 comment:

  1. wah dah la tengah lapar malam-malam buta ni hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.