4 Tips Memilih Suplemen Kolagen yang Terbaik

Suplemen kolagen sangat sinonim dengan kecantikan. Terdapat banyak produk kolagen yang berada di pasaran. Daripada yang berharga murah sehinggalah mahal. Apakah perbezaan antara semua produk kolagen di pasaran? Adakah semuanya akan memberi hasil yang diinginkan? Kat sini saya nak share sikit antara tips yang anda boleh guna dalam memilih kolagen yang terbaik untuk anda.
Tips 1: Pastikan Sumber Kolagen.

Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati di kulit, tisu penghubung dan tulang haiwan, Kira-kira 30% daripada protein dalam badan kita adalah kolagen dan ia merupakan struktur asas semua tisu dalam haiwan sepertimana selulosa adalah struktur asas tumbuh-tumbuhan. Kini terdapat banyak produk di kolagen di pasaran yang dakwa kolagen mereka berasaskan tumbuhan. Ini adalah antara mitos yang banyak tersebar kerana kolagen hanyalah boleh didapati daripada haiwan. Boleh rujuk di sini.

Bagaimana pula perbezaan kolagen daripada babi, lembu dan ikan? Kebanyakkan produk kolagen bersumberkan haiwan diekstrak daripada lembu, babi dan ayam. Ini adalah kerana ia mudah didapati dalam kuantiti yang banyak dan prosesnya pula hanya memerlukan kos yang rendah jika dibandingkan dengan proses ekstrak kolagen daripada ikan. Walaupun kos yang tinggi, kolagen ikan mempunyai keupayaan serapan 1.5 lebih tinggi daripada kolagen lembu dan babi. Kolagen ikan diserap melalui usus dan kemudian masuk ke dalam salur darah dan dibawa ke seluruh badan. Kolagen ikan tulen mampu memasuki saluran darah dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan kolagen sumber lembu dan babi. Oleh itu, kolagen sumber ikan adalah yang terbaik untuk kulit anda.

Tips 2: Pilih jenis kolagen yang sesuai

Terdapat 28 jenis kolagen dalam badan tetapi kolagen jenis I, II dan III adalah yang paling biasa ditemui dalam produk penjagaan kulit. Kolagen yang paling banyak terdapat dalam badan adalah kolagen jenis I yang bertanggungjawab memberi keanjalan kulit. Kolagen jenis II pula banyak terdapat pada sendi. Oleh itu, ia biasanya digunakan untuk merawat penuaan sendi dan melegakan kesakitan seperti arthritis. Kolagen jenis III adalah yang kedua terbanyak dalam tisu manusia. Bayi dan kanak-kanak mempunyai kolagen jenis III yang banyak. Sebab itulah kulit bayi dan kanak-kanak begitu lembut dan kenyal. Semakin meningkat usia, kolagen jenis III secara beransur-ansur akan digantikan dengan kolagen jenis I. Oleh itu, pastikan kolagen supplemen anda terdiri daripada kolagen jenis I dan III untuk dapatkan kulit yang cantik dan tegang. 

Tips 3: Saiz molekul kolagen

Peratusan kolagen yang diserap oleh badan adalah faktor yang paling utama yang perlu dipertimbangkan apabila menilai makanan tambahan kolagen. Masalah utama kolagen adalah ia mempunyai saiz molekul yang besar dan sukar diserap oleh badan. Oleh itu, ia tidak akan sampai ke dermis iaitu lapisan asas kulit. Untuk penyerapan kolagen yang cepat dan optimum, berat molekul kolagen di dalam makanan tambahan kolagen haruslah kecil. Kebanyakkan produk kolagen di pasaran mempunyai berat molekul antara 3,000 hingga 50,000 Dalton. Manakala produk kolagen Shaklee hanya mempunyai berat molekul 1,000 Dalton sahaja dan amat mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tips 4: Bahan-bahan tambahan di dalam makanan tambahan kolagen

Apa yang perlu anda cari adalah:
  1. Vitamin C: Ia memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen. Apabila diambil secara lisan atau disapu, ia akan mengaktifkan mekanisme badan untuk menghasilkan kolagen.
  2. Hyaluronic acid: Ia menunjukkan mempunyai kesan untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan lebih lama. Dalam satu kajian menunjukkan individu yang menambah hyaluronic acid dalam diet mereka selama 4 minggu telah menunjukkan pengurangan ketara dalam kekeringan kulit, kedutan dan meningkatan dalam kelembapan kulit. (Asethetic Dermatologi Vol.12: 109-120, 2002).
Bagi saya, semestinya kolagen Shaklee lah yang terbaik. Ia adalah supplemen kolagen yang mengandungi 4,000 mg Kolagen ekstrak daripada Sisik Ikan Merah. Ia mempunyai berat molekul 1,000 Da sahaja. Dan yang paling pentingtelah terbukti secara saintifik kesannya selepas pengambilan selama 8 minggu sahaja!!!

Jadi macam mana nak dapatkan kolagen yang terbaik untuk anda? Anda boleh terus hubungi saya dan dapatkan free consultation exclusive untuk pelanggan saya sahaja.

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Sumber:

1 comment:

  1. Kolagen powder ni memnag best! boleh jadi milkbooster jugak =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.