9 Cara Menghilangkan Parut Dengan Bahan Semulajadi, Murah dan Selamat

Semua orang pasti ada parut kan? Tak kira la parut jerawat, kesan terbakar, akibat daripada chicken pox, parut luka, pembedahan dan sebagainya. Jika parut ni ada di badan, ok lagi sebab masih boleh 'cover'. Tapi bagaimana kalau parut tu di muka? Pasti akan mengundang rasa keyakinan diri yang rendah dan rasa malu. Parut adalah sejenis tisu yang menggantikan kulit tisu normal apabila kulit itu telah rosak.  Secara teknikal, tisu parut adalah sama seperti tisu kulit yang sihat. Ia kelihatan berbeza disebabkan oleh susunan gentian dalam tisu adalah berbeza dengan tisu normal.

Source: http://buildmestronger.com/about_Active_Release_Technique_ART.html
Kat sini ada beberapa resepi yang anda boleh cuba di rumah untuk hilangkan atau membantu pudarkan parut-parut anda. Tetapi kepeutusan mungkin berbeza-beza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada kedalaman dan tahap masalah tersebut. Selain itu, tisu parut juga cenderung untuk pudar secara semulajadi dari masa ke semasa.

1) Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mempunyai asid lemak rantaian sederhana yang bertindak sebagai antioksidan. Ia membantu dalam mencegah dan mengurangkan kerosakan radikal bebas. Minyak ini memang berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen dan membantu dalam melembutkan kulit. Anda hanya perlu sapukan minyak kelapa dara di kawasan parut dan perlahan-lahan mengurut secara bulatan kecil sehingga minyak diserap oleh kulit. Ulangi beberapa hari sehingga anda mendapat hasil.

2. Lidah buaya ('Aloe vera')

Lidah buaya mampu menjana semula tisu kulit dan boleh membantu mengurangkan saiz parut. Lendir lidah buaya mempunyai pelembap yang dapat meningkatkan keanjalan tisu parut dan membantu mengurangkan keradangan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah potong satu lidah buaya pada separuh dan perah lendirnya. Sapukan lendir pada parut dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit. Biarkan ia kering sebelum bilas dengan air. Ulang langkah ini beberapa kali sehari selama 1 hingga 2 bulan atau sehingga parut pudar.



3. Vitamin E

Vitamin E sangat popular sebagai vitamin yang boleh menghilangkan parut. Ia adalah antioksidan yang berkesan dan mempunyai pelembap yang membantu dalam menyuburkan kulit. Selain itu, ia juga membantu dalam melawan radikal2 bebas yang boleh merosakkan tekstur kulit. Ambil satu kapsul vitamin E dan ekstrak cecair dalam kapsul. SApu pada parut 2 hingga 3 kali sehari untuk beberapa minggu. Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin E boleh didapati dalam badam, hazelnut dan mentega kacang.


4. Jus lemon

Jus lemon adalah cara yang sangat berkesan untuk memudarkan parut. Lemon mempunyai alpha hydroxy acid (AHA)  yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan membina semula dan membaiki kulit rosak. Selain itu, ia mempunyai vitamin C yang membantu dalam merangsang pengeluaran kolagen. Anda hanya perlu sapukan jus lemon yang telah diperah di kawasan parut anda. Biarkan ia kering selama 10 minit, kemudian basuh dan lap sehingga kering. Sapukan pelembap pada kulit anda.


5. Cuka epal sider

Sifat berasid cuka epal sider akan menggelupas kulit yang terjejas dan membuan kulit mati. Ini dapat membantu untuk menghilangkan parut. Cara-caranya, celupkan bola kapas dalam cuka epal sider dan sapu pada parut. Biarkan selama 10-15 minit kemudian basuh dengan air. Sapukan losyen pelembap. Jika cuka epal cider memberi irritasi pada kulit anda, cairkan dengan air terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

6. Minyak Lavender

Pati minyak lavender mengandungi kandungan yang mampu meremajakan kulit. Ia membantu meningkatkan kadar gantian sel kulit dan seterusnya menghalang parut daripada menjadi kekal. Sapukan beberapa titik pati minyak lavender pada parut. Urut perlahan2 dalam gerakan membulat selama 10-15 minit supaya minyak meresap ke dalam kulit. Selain itu, anda juga boleh menambah minyak zaitun dengan minyak lavender dan sapu pada kawasan yag diingini dan urut dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan dua kali sehari selama beberapa minggu untuk dapatkan kesan yang positif.


7. Madu

Madu adalah pelembap semulajadi yang sering digunakan untuk merawat parut. Madu mampu merangsang pertumbuhan tisu baru dan menghalang pengumpulan kulit mati. Sapukan madu di kawasan parut dan urut selama 10 minit. Biarkan selama lebih kurang sejam sebelum dibilas dengan air suam. Selain itu, anda juga boleh campurkan 2 sudu besar madu dengan 1 sudu baking soda. Sapu campuran ini di kawasan parut dan urut selama 2 hingga 3 minit dan letakkan tuala suam di kawasan tersebut. Lap apabila tuala menjadi sejuk.

8. Minyak gelam wangi (Tea tree oil)

Minyak tea tree banyak digunakan dalam produk penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen antikulat dan antibakteria yang mujarab. Tambah 2 titik minyak tea tree dengan 1 sudu teh minyak zaitun atau minyak badam. Sapukan pada kawasan parut dan biarkan selama beberapa jam sebelum mencuci. Selain itu, tambah 2-3 titik minyak pokok teh ke dalam 1/2 cawan air suam. Gunakannya untuk membasuh kawasan parut 2 kali sehari untuk beberapa minggu.

9. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP mengandungi 9 jenis amino acid yang perlu oleh badan kita. Protein adalah antara komponen yang paling penting dalam mengembalikan keanjalan kulit, memperbaharui sel kulit baru dan sekaligus memudarkan parut. Dengan kombinasi vitamin C, ia dapat merangsang pengeluaran kolagen. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah, campurkan satu sudu ESP bersama sedikit air. Untuk kesan lebih bagus, campurkan dengan sebiji vitamin C ada satu sudu lemon. Sapukan campuran pada kulit yang berparut. Selain itu, anda juga boleh minum ESP setiap hari untuk dapatkan kesan yang lebih bagus.


Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.