7 Tips Kurus dengan Bakar Lemak, Bukan Otot

Kita tidak kira lelaki atau perempuan pasti inginkan tubuh badan dan berat yang ideal. Orang sering mengatakan mereka ingin menurunkan berat badan. Tetapi tahukah anda KURANGKAN BERAT BADAN dan KURANGKAN LEMAK BADAN adalah dua benda yang berbeza, Ini adalah kerana berat badan kita bukanlah hanya datang daripada lemak, tetapi juga daripada otot, air, glikogen dan sebagainya, Pada hakikatnya, kita semua mahu kehilangan LEMAK dan BUKAN OTOT. 
Kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Apakah kalori defisit? Kalori defisit apabila pengambilan jumlah kalori harian adalah kurang daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh anda. Apabila kurang pengambilan kalori, badan anda akan mencari sumber tenaga alternatif. Antara sumber tenaga alternatif yang badan akan bakar adalah lemak dan juga otot.  

Pasti anda mahukan badan anda untuk hanya mebakar lemak badan dan bukan otot. Tetapi, mustahil bagi anda untuk memberi arahan kepada badan sendiri untuk membakar lemak sahaja. Jadi bagaimana kita mahukan badan kita untuk bakar lemak sahaja?
Jadi di sini saya nak kongsikan beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk NYAHKAN LEMAK LEBIHAN DALAM BADAN ANDA.





TIPS #1
Pengambilan protein yang cukup adalah keperluan pemakanan yang paling penting untuk mengekalkan otot. Banyak kajian menunjukkan pengambilan protin yang mencukupi setiap hari mampu bantu badan untuk mengekalkan otot dan antara fungsi otot pula ia akan membakar lemak walaupun semasa kita berehat.

TIPS #2
Makan lebih kerap. Makan lebih kerap??Wah..biasa kalau nak kurang berat badan kena kurangkan makan. Ok, jangan salah faham. Makan lebih kerap di sini maksudnya makan dalam 5-7 hidangan kecil setiap hari (jangan skip waktu makan) berdasarkan jumlah pengambilan kalori anda sehari. Ini bukan sahaja boleh mengelakkan anda daripada kelaparan, tetapi juga dapat membantu badan untuk meningkatkan metabolisme badan,

TIPS #3
Tidak mengurangkan pengambilan kalori secara berlebihan. Laa...tadi suruh kurangkan kalori, sekarang tak boleh pula..macam mana tu?ok2, jangan salah faham. Apa yang saya maksudkan di sini adalah, wajib bagi siapa2 yang mahu menurunkan berat badan untuk mengambil jumlah kalori kurang daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Tetapi apa yang tidak boleh ialah mengurangkan pengambilan kalori pada jumlah yang terlalu besar. Sebagai contoh, jika badan kita memerluka kalori sebanyak 1200 kcal sehari, maka kita kurangkan pengambilan kalori sebanyak 100-200kcal sehari. Bukan kurangkan sehingga 400-500kcal. Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik di Universiti Rockefeller mengenai kesan kalori defisit harian. Melalui kajian tersebut, mereka dapati individu yang mengamalkan pengurangan kalori secara sederhana, pengurangan berat badan mereka adalah 91% daripada pembakaran lemak dan 9% adalah otot. Bagi individu yang yang mengurangkan pengambilan kalori harian pada jumlah yang besar, hanya 48% pengurangan lemak dan 42% adalah otot. Dalam erti kata lain, lebih banyak pengambilan kalori dikurangkan, lebih besar kehilangan jisim otot.

TIPS #4
Melakukan senaman otot tidak berlebihan. Senaman otot adalah penting supaya badan akan menghantar signal ke otak untuk mengekalkan otot yang ada. 
TIPS #5
Pengambilan lemak dalam diet seharian secukupnya. Aik? Nak bakar lemak, kena ambil lemak? Pada tahun 2007, penyelidik Australia mendapati bahawa apabila senaman aerobik digabungkan dengan pengambilan minyak ikan, lebih banyak lemak akan dibakar jika dibandingkan dengan hanya melakukan senaman. Penyelidik daripada Perancis pula mendapati bahawa pengambilan minyak ikan dalam diet harian dapat membantu mengurangkan lemak sehingga 2 pound dalam masa 3 minggu! Sumber lemak yang sihat boleh didapati daripada minyak zaitun, avocado, minyak kelapa dan ikan. Tapi awas, anda perlu elakkan lemak trans! Satu jurnal yang telah diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2007, telah menunjukkan satu kajian mengenai gabungan kesan minyak ikan dan senaman terhadap pemecahan lemak badan. Hasil kajian menunjukkan, mereka yang mengamalkan senaman dan pengambilan minyak ikan, berjaya mengurangkan jisim lemak badan selepas 12 minggu.



TIPS #6

Minum air kosong dengan secukupnya. Apabila badan dehidrasi, ia akan menyebabkan metabolisme badan menurun untuk menyimpan air dalam badan. Ini akan membantutkan proses pembakaran lemak. Minum air secukupnya mampu menjaga tubuh badan kita supaya berfungsi pada tahap optimum dan secara tidak langsung boleh membantu untuk membakar lebih banyak kalori. Satu kajian dari Jerman (2003) mendapati, minum setengah liter air akan meningkatkan metabolisme badan sebanyak 30%! Bagaimana ingin tahu berapa liter air yang badan anda perlukan? Boleh refer di sini

TIPS #7

Minum protein shake setiap kali selepas senaman otot. Minum kalori untuk bakar kalori?? Kegunaan protin shake ini adalah untuk membina lebih jisim otot yang mana dapat meningkatkan pembakaran kalori setiap hari. Ia juga dapat meningkatkan pembakaran kalori anda selepas bersenam. Saya akan mencadangkan pengambilan cinch shake shaklee. Ia bukan sahaja berkalori rendah tetapi juga kaya dengan leusine untuk menghalang kehilangan jisim otot.



Mudahkan untuk kurangkan lemak2 berlebihan dalam badan kalau kena dengan caranya? Shaklee juga ada menawarkan set kurus berasaskan vitamin2 yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Ingin tahu lebih lanjut. Boleh hubunhi saya pengedar sah Shaklee Kuantan Pahang. Konsultasi percuma akan diberikan eksklusif pada pelanggan saya. Cepat bertindak sekarang untuk dapatkan result yang cepat! 



Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UMP Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.





No comments:

Powered by Blogger.