Set Pantang Terbaik Untuk Kekal Cergas Bertenaga

Assalamu'alaikum..

Aina nak share ssatu set pantang yang aina rasa sangat best dan sangat membantu aina sepanjang proses aina berpantang dulu. Set pantang ni juga yang buat aina mula2 jatuh hati dengan shaklee. Kenapa best sangat? Haa...meh nak cerita pengalaman aina dengan set pantang shaklee.

 

Al-kisahnya masa masuk trimester ketiga, macam ibu2 hamil yang lain, aina mula cari set-set pantang terbaik. Masalah aina ialah, aina takde ilmu dalam perubatan tradisional. Jadi kalau nak cari jamu apa pun, aina tak tahu mana yang terbaik dan tak berikan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Jadi, sebabkan mak aina pun bukan lah tradisional punya orang, aina decide untuk ambil supplement sahaja sepanjang proses berpantang nanti. Bagi aina, bila badan cukup nutrisi, sistem badan kita akan lakukan proses penyembuhan dengan baiknya.

Jadi, bila google, shaklee yang tawarkan set pantang seperti mana yang aina inginkan. Ditambah dengan shaklee mempunyai rekod dalam bidang supplement selama berpuluh tahun, dan siap ada landmark study lagi oleh pihak ketiga, so keyakinan itu makin bertambah. Jadi aina decide untuk beli set pantang shaklee.

Dan aina mula makan set pantang seawal hari pertama selepas bersalin. Aina bersalin secara caesarean atau pembedahan sebab baby dalam kedudukan songsang. Siapa yang pernah kena czer, tau la sakitnya macam mana bila ubat bius habis. Ditambah bula nak berjalan. Kena tampung perut. Kalau tak, rasa macam nak terburai perut.

Doktor pun pesan, untuk bagi luka cepat baik, kena ambil protein dan vitamin c. Dan yes, dalam set pantang shaklee memang ada ambil. Jadi masa pantang aina ambil esp, vitamin c, vitalea, bcomplex, zinc complex dan ostematrix. Masa mula2 aina agak culas juga makan vitamin. Sebab sehari selepas discharged, baby disahkan jaundice pula. So kena warded semula! So, vitamin2 semua kadang2 makan, kadang2 tak. Hasilnya, beberapa hari pertama aina sangat stress atau orang kata hampir nak meroyan. Dengan susu macam nak tak nak keluar, baby selalu nangis, sakit kat perut lagi, hormone imbalance lagi...Allah je tau betapa stress nye aina sampai almost everyday nangis. Alhamdulillah suami cuti seminggu. Jadi dia lah yang banyak tolong dan bagi semangat.
 
Selepas beberapa hari, aina nekad untuk makan vitamin ikut cara yang betul dan ikut jadual. Dan hasilnya alhamdulillah, badan rasa lebih cergas bertenaga walaupun waktu malam setiap sejam terpaksa bangun untuk susukan ammar, ulang-alik ke klinik kesihatan setiap hari dengan rileknye sampai nurse tanya 'yeke ke kena operate ni?', susu makin meriah, dan dapat manage stress dengn jayanya.

Dan lagi kesan yang paling ketara, aina tak pernah sembelit sepanjang pantang. Setiap pagi, confirm senang je nak melabur,hehe. Dan biasanya akan ada keloid scar kalau czer, tapi alhamdulillah aina takde. Luka pembedahan tertutup dengan cantik je. Stretch mark pun makin hilang. Suami tegur kulit makin cerah.

Part paling best, aina dapat susukan ammar sehingga 2 tahun dengan bantuan supplement shaklee. Bukan tu je, berat badan turun macam zaman anak dara dulu tau! Minum esp masa pantang dan susukan anak, bantu aina untuk rasa kenyang lebih lama. Jadi memang takde rasa lapar pun walaupun baru lepas susukan baby. Rasa dahaga je,hehehe.

Jadi, kalau ibu-ibu hamil yang rasa nak cari set-set pantang, aina recommend ambil la set pantang shaklee. Waktu berpantang kan macam-macam makanan kita tak boleh makan. Itu yang menyebabkan badan kurang nutrisi. Bila badan kurang nutrisi, itu yang badan cepat rasa penat, mudah stress, susu pun kurang, luka bersalin lambat baik dan sebagainya. Jadi kalau nak lalui episode pantang yang relaks, sentiasa bertenaga, set pantang shaklee memang highly recommended!

Ni pengalaman mereka yang pernah berpantang dengan set pantang shaklee:


 

 

 

 

Macam mana? Teruja tak? Hehe...benda yang baik, mesti la aina share dengan semua orang. Berharap sangat semua ibu-ibu dapat berpantang dengan seronoknya. Bila ibu seronok, baby pun boleh rasa seronok tau! Kalau nak cuba set pantang shaklee ni, boleh pm aina. Aina akan share dengan cara makan semua sekali. Dan akalu ada apa2 masalah penyusuan, aina akan cuba tolong juga mana yang aina mampu berbekalkan dengan pengalaman 2 tahun sususkan ammar. Hubungi aina cepat tau!

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

1 comment:

Powered by Blogger.