Perlu ke ambil vitamin setiap hari?
Assalamu'alaikum..
Sekarang makin ramai yang sudah mula sedar kepentingan supplement dalam kehidupan harian kan? Kalau tak, takdela ramai yang mencari vitmain shaklee,hehe. Tapi aina nak tekankan sini salah faham yang sering terjadi dikalangan kita bila asyik sebut sihat tanpa ubat.
Kami sid (shaklee independent distributor) tidak pernah sesekali suruh customer yang on medication atas arahan doktor untuk stop ambil ubat. Kami siap buatkan jadual cara makan ubat (berdasarkan prescription yang doktor bagi) dan supplement yang customer request untuk beli. Kesimpulannya, ubat kena ambil (melainkan doktor sendiri yang suruh stop) dan supplement pun boleh ambil. Tiada masalah.
Kita perlu bezakan supplement dengan ubat. Ubat untuk mengubati penyakit. Ia yelah di design untuk treat specific tempat. Contoh ubat darah tinggi untuk turunkan tekanan darah, ubat kolestrol untuk turunkan kolestrol dalam badan, ubat asthma untuk bantu bukakan saluran pernafasan dan seterusnya. Tetapi. supplement pula untuk cegah penyakit atau topup balik mana2 nutrisi yang tak cukup dalam badan supaya badan. Bila badan cukup segala keperluan nutrisi yang diperlukan, sistem dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Seperti sistem pertahanan badan, sistem penyembuhan dan sebagainya. Dan kebanyakkan penyakit perlukan masa untuk develop macam darah tinggi, diabetes, strok, obesity. Takdenye hari ni makan makanan tinggi kolestrol, esok terus kena darah tinggi. Kalau hari2 makan makanan tinggi kolestrol, so yes eventually akan dapat darah tinggi.
Begitu juga dengan supplement. Tak boleh la makan hari ni, esok terus nak rasa sihat. Kena la konsisten untuk dapat kesannya.
Dan kenapa mesti pilih Shaklee? Sebab dah terbukti melalui landmark study, consumer yang amalkan shaklee selama 20 tahun mempunyai potensi untuk dapat penyakit kronik sangat la kurang berbanding dengan mereka yang tidak amalkan supplement atau mengambil supplement brand lain. Landmark study dijalankan oleh pihak ketiga. Jadi tidak ada isu data kena manipulate sebab pihak ketiga tiada kepentingan pun dalam kajian ni. Hebat kan? Memang terjamin selamat dan tiada negative side effects pun. Salah satu kajian adalah yang dilakukan ke atas pengguna suplemen jangka panjang. Kajian dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam UC Berkeley dan diterbitkan dalam Journal Pemakanan.
Daripada hasil kajian, pengguna supplemen shaklee didapati mempunyai kesihatan yang lebih baik dan ketara:
1) paras trigliserida 33% lebih rendah.
2) nisbah 11% lebih rendah daripada jumlah kolestrol.
3) tahap homosistein 36% lebih rendah.
4) tahap protein c-reaktif 60% lebih rendah.
Shaklee juga telah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal penyelidikan saintifik. Ini telah menunjukkan komitmen mereka dalam penyelidikan dan pembangunan produk untuk memastikan keberkesanan produk. Teringat masa aina buat master dulu. Nak publish satu jurnal pun menangis bergelen-gelen air mata bila asyik reject je,huhu.
Dan yang paling penting bukan orang biasa2 je ambil shaklee tau, orang hebat2 seperti angkasawan NASA dan atlit olimpik pun ambil shaklee tau!
Jadi, nasihat aina, bila nak beli supplemen, make sure tengok checklist ni dulu:
Untuk aina, sudah semestinya pilih shaklee. Dijamin berkesan, semulajadi dan selamat. Hanya yang terbaik aina pilih untuk keluarga aina.
Jadi, kalau nak rasa sihat sampai tua takde rasa sakit sini sana, amalkan la gaya hidup sihat dan ambil la vitamin #shaklee untuk kita top up mana2 nutrien yang kurang dalam badan kita supaya sel2 badan lebih sihat dan dapat bekerja dengan lebih efficient. Untuk beli vitamin shaklee boleh roger aina. Aina akan cadangkan vitamin mengikut keperluan anda. Dan yang paling penting, kalau rasa nak makan vitamin shaklee tanpa perlu gunakan duit gaji sendiri, haaa...aina ada caranya. Jangan lupa pm aina ye.
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
No comments: