Detoks badan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan badan kita
Assalamu'alaikum
Siapa kat sini mak ayah ada masalah kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi? Dan dah start on medication pun untuk kawal kolestrol, tekanan darah dan juga kencing manis. Kenapa aina selalu sebut pasal kencing manis, tekanan darah tinggi ni? Sebab ia dah jadi penyakit common bagi orang malaysia bila capai usia 50 tahun ke atas.
Tapi ini dulu ye. Dulu penyakit darah tinggi sangat common di kalangan warga emas kan? Tapi sekarang seawal 6 tahun pun dah ada yang darah tinggi! Allahuakbar..Belum cerita stroke masa umur 30an, diabetes lagi. Semuanya sebab pemakanan yang tidak dijaga dengan betul. Bila dengar kes-kes macam ni memang la rasa risau sangat. Nak-nak lagi bila berlaku pada ahli keluarga sendiri.
Sebab itu pentingnya jaga pemakanan daripada sekarang. Bukan main makan ikut selera kita je. Cuba tengok sekeliling kita, berapa ramai orang yang obese yang anda boleh kire. Ramai kan? Bila badan obese, kita akan lebih cenderung untuk dapat penyakit seperti sakit jantung, kerintangan insulin yang menyebabkan kencing manis, strok, gout dan sebagainya.
Masa cuti pulang ke kampung baru-baru ni, kami singgah untuk makan di kepsi. Sebab dah lama tak makan, jadi sekali sekala belanja anak makan ayam goreng kepsi. Dan dalam kedai kepsi tu sahaja, aina perhatikan hampir 70% orang dalam tu obese! Dan kebanyakkannya satu family berbadan besar.
Dulu pernah belajar yang Rasulullah SAW tidak selalu makan daging. Kebanyakan masa berpuasa dan berlapar. Kehidupan baginda sangat sederhana. Baginda makan sayur dan daging dengan seimbang.
Kajian barat pun menyokong cara makan yg bersederhana. Seimbang. Contohnya kajian daripada University of Southern California menunjukkan mereka yang amalkan pemakanan tinggi protein daripada daging haiwan mempunyai risiko 4 kali lebih tinggi untuk dapat kanser berbanding dengan mereka yang makan daging secara bersederhana.
Jadi, yang penting sekali, jaga lah pemakanan. Sentiasa detoks badan. Kalau kereta kita sentiasa servis, takkan hati dan usus tak boleh 'servis' kan? Badan ni nak pakai lama. Once 'rosak', takde 'spare part' dah nak ganti. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Jadi bagi aina, apa-apa pun, perlu la bersederhana. Tak boleh la melantak sesuka hati. Once dah sakit, semua benda kena pantang. Dan detoks la badan sebulan sekali. Cara paling mudah bagi kita orang Islam adalah puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Puasa juga salah satu kaedah detoks yang paling mudah. Tapi jangan la time buka puasa tu melantak macam seminggu tak makan.
Kalau nak detoks cara hardcore punya, boleh pm aina. Shaklee sendiri ada tawarkan program detoks bersama vitamin-vitamin yang membantu untuk detoks badan. Detoks logam, cacing, toksin semua perlu supaya sistem dalam badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik.
Jadi, tunggu apa lagi. Jom detoks dengan kami dan semoga tahap kesihatan kita pun semakin meningkat. Baru la sihat selalu untuk lakukan aktiviti bersama keluarga.
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
No comments: