5 Kebaikan Utama Mengambil Minyak Ikan Dalam Diet Harian
Assalamu'alaikum..
Saya teringat masa zaman buat master di Institut Penyelidikan Produk Halal, saya hadiri satu talk atau lebih kepada kelas kajian mengenai minyak ikan. Speaker yang ajar kami diimport khas dari Jepun. Dan yang paling menariknya, speaker tu dah berusia hampir seratus tahun!!ke lebih..hm..tak ingat. Tapi sangat kagum tengok prof tu. Masih larat travel daripada Jepun ke Malaysia, dan berjalan tanpa perlukan bantuan tongkat, daya ingatan yang masih kuat. Dia bagi talk kepada kami dengan menulis atas whiteboard dan juga kertas transparency. Tak main la prepare slide awal2. Semua ilmu tersimpan kemas dalam otak dia dan mampu tulis balik semua chemical reaction dengan jayanya. Selepas dengar talk tu, memang menjadi inspirasi kepada kami untuk amalkan pengambilan minyak ikan dalam diet harian. Yela, nak juga bila dah tua nanti, sihat dan cergas lagi. Betul kan? Kat sini saya nak share sikit apakah kelebihan minyak ikan atau omega-3 ni.
1) Mengurangkan gejala osteoarthritis
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Bristol, pengambilan minyak ikan yang mengandungi omega-3 dapat mengurangkan tanda-tanda dan gejala osteoarthritis. Diet yang kaya dengan omega-3 tgelah diberikan kepada tikus makmal yang mengalami osteoarthritis dan hasil kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan penyakit sebanyak 50% berbanding dengan kumpulan yang diberi standard diet.
2) Meningkatkan metabolisme badan
Sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan membakar lemak. Omega-3 dapat membantu dalam pembakaran kalori sehingga 400 kalori. Dan part paling best, omega-3 bantu bakar lemak dalam badan.
3) Kesihatan otak
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan dementia dan dapat menguatkan daya ingatan seseorang. Selain itu, pengambilan omega-3 juga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Sesuai la diambil oleh pelajar2 kerana ia dapat membantu dalam pembelajaran. Dan jika anda mempunyai masalah anak yang susah nak fokus dalam kelas, cuba bagi mereka makan supplemen omega-3, InsyaAllah anak anda akan lebih fokus dan sekaligus dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka.
4) Kesihatan jantung
Omega-3 adalah asid lemak tidak tepu yang boleh mengurangkan keradangan seluruh badan. Keradangan di dalam badan boleh merosakkan saluran darah dan membawa kepada penyakit jantung. Omega-3 dapat mengurangkan tryglycerides, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah. mengurangkan risiko strok dan kegagalan jantung. Sebab itu omega-3 juga dikatakan makanan untuk jantung dan otak yang sihat.
5) Baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan
Ibu mengandung memang disarankan untuk mengambil omega-3 sebagai supplemen tambahan. Kenapa? Ia elok untuk perkembangan otak bayi dalam janin. Orang kate, bayi yang baru lahir nanti lebih bijok la gitu. Banyak kajian yang telah dilakukan mengenai kesan pengambilan omega-3 terhadap bayi dalam kandungan. Antara kebaikannya:
- Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, minyak ikan mampu membuat kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan verbal yang lebih baik dan juga tingkah laku pro-sosial yang lebih tinggi.
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan ketika hamil, risiko untuk dapat ekzema atau alahan terhadap telur berkurangan.
Berapakah kandungan Omega-3 dalam makanan?
120g Atlantic salmon = 2400mg
95g tuna dalam tin = 220mg
2 biji telur biasa = 80mg
120g tofu = 400mg
1/4 cawan walnuts = 627mg
235ml susu soya = 400mg
Atau, anda juga boleh dapatkan sumber omega-3 yang terbaik, dengan mengambil omega guard Shaklee!=)
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
1) Omega-3 fatty acids show to prevent and slow progression of osteoarthritis
2) Omega-3 for metabolic function and weight loss
3) Omega-3 in fish. How eating fish helps your heart
4) Do pregnant women need omega-3?
No comments: