Tips Penjagaan Bayi Lelaki Selepas Pembedahan Hernia dan Sunat
Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya jaga Ammar masa dia lepas kena pembedahan hernia dan sunat sekaligus. Cerita sikit pasal hernia, bahasa biasa yang kita gunakan ialah angin pasang. Boleh rujuk di sini dan kat sini untuk pembacaan lebih lanjut mengenai hernia. Macam mana saya boleh tahu ammar kena hernia?
Saya mula perasan masa umur dia 3 bulan lagi. Lepas mandi dan nak pakaikan pampers, 'batu' belah kiri dia mula membesar dan menguncup (macam leher katak tu..kejap besar..kejap kecil). Mula2 ingatkan biasa je sebab bila saya tekan bahagian membesar tu, ammar relaks je, tak nangis pun. Lepas tu, tunjuk dekat suami dan suami agak terkejut. Dia siap rakam lagi bila batu ammar start mengembang menguncup semula. Nanti senang, boleh tunjuk terus kat doktor, tak perlu terang panjang2.
Pendekkan cerita, lepas bawa ammar pergi jumpa specialist dekat Hospital Kuantan, terus dapat tarikh untuk bedah kawasan hernia. Saya fikir, dah alang2 nak kena operate, saya minta doktor untuk sunatkan terus Ammar. Satu keputusan besar yang saya buat selepas berfikir dan berbincang panjang dengan suami dan doktor. Masa pembedahan dan ammar kena sunat tu, ammar baru berumur 5 bulan. Dah boleh guling2 masa tu. Kat sini saya kongsikan tips macam mana saya jaga ammar sebelum dan selepas pembedahan dan sunat ammar
SEBELUM PEMBEDAHAN.
1) Susukan bayi secukupnya. Seperti orang dewasa, bayi juga tak terlepas kena berpuasa sebelum pembedahan. Saya tak ingat berapa jam ammar kena berpuasa. tapi bila kira2, start pukul 3 pagi dia dah kena stat berpuasa sampai la masa pembedahan nanti. Jadi apa yang saya buat, nak dekat2 pukul 3 pagi memang kejutkan ammar, dan susukan dia banyak2. Macam bersahur juga la.
2) Pagi2 tenangkan dia, peluk dan sentiasa cakap kat dia yang dia kuatkan semangat untuk pembedahan nanti. Alhamdulillah, pagi tu memang ammar tak merengek langsung nak susu. Siap boleh main2.
3) Salah seorang ibu bapa akan dibenarkan masuk OT. Waktu ni saya yang masuk dengan ammar. Dalam OT akan tunggu lagi sehingga doktor panggil. Bila ada dalam OT, peluk bayi erat2 sebab OT sejuk yang amat, tenangkan hati dia dan selawat dan zikir banyak2 di telinga bayi anda. Waktu ni ammar siap tertido semula dalam dakapan saya.
SELEPAS PEMBEDAHAN DAN SUNAT
Yang ni waktu yang para ibu bapa kena kuatkan semangat dan banyakkan bersabar. Lepas ammar sedar daripada bius, dia melalak dan menangis yang dasatnya. Jadi, kita kena pandai tenangkan bayi kita,
1) Bila bayi dah dipindahkan masuk wad, time ni dah boleh susukan bayi anda. Susukan la dia. Kalau boleh bagi direct breastfeed supaya bayi anda lebih tenang dan rasa selamat.
2) Untuk bayi yang dah boleh makan solid food, prepare siap2 makanan kegemaran bayi anda dan bawa ke hospital.
3) Bayi yang baru lepas bersunat, dah boleh pakaikan pampers. Elakkan pakai pampers jenis pants. Pakaikan pampers jenis tape dan pakaikan longgar2.
4) Tak perlu pakaikan seluar pada bayi..biarkan dia pakai pampers je. Sama la macam kalau kanak2 yang baru sunat, pakaikan kain pelikat kan?jadi konsep dia sama.
5) Selepas sunat, hospital akan bekalkan satu ubat krim. Sapu krim tu pada kawasan luka jahit sunat setiap kali selepas tukar pampers. Pastikan kawasan luka sunat betul2 kering baru sapu krim ubat yang hospital bekalkan. Untuk kawasan pembedahan, biarkan sahaja. Tak perlu sapu apa2 dan sentiasa pastikan ia kering sahaja.
6) Sentiasa tukar pampers dalam sejam hingga dua jam sekali. Untuk pastikan kawasan luka jahit sunat sentiasa bersih dan kering.
7) Untuk para ibu, banyakkan makanan protein dan vitamin c dalam diet. Salah satu usaha supaya nutrien2 ni dapat pas kepada bayi kita melalui susu badan. Macam saya dulu memang tak miss minum esp dan makan vitamin C Shaklee. Bila minum esp, alhamdulillah susu badan lebih pekat dan berkualiti.
8) Untuk luka pembedahan, tak banyak yang perlu dilakukan. Hanya perlu pastikan ia sentiasa bersih dan kering sahaja. Boleh mandi seperti biasa, tiada masalah. Jangan sapu apa2 minyak atau krim antiseptik. Recovery rate bayi lebih cepat jika dibandingkan dengan orang dewasa, jadi tak perlu risau k.
Bila anda memilih untuk sunatkan bayi anda seawal 7 hari sekalipun, benda pertama yang anda perlu bersedia ialah kena kuat dan yakin dengan keputusan yang dibuat. Macam pengalaman saya, lepas ammar sunat (masa tu dia baru berumur 5 bulan), banyak suara2 orang sekeliling yang berbunyi negatif dan cuba downkan kita. Antara ayat yang akan kita dengar 'laaa..siannye kena sunat, patut tunggu la besar sikit. Sian baby lagi dah kena sunat', 'kenapa nak sunatkan masa baby lagi ni?tak kesian kat anak ke?' dan macam2 lagi ayat negatif akan keluar.
Macam saya, alhamdulillah, keluarga dan keluarga mertua fully support keputusan kami suami isteri. Suara2 negatif tu saya terima betul2 selepas keluar OT daripada sesetengah nurse yang tengah jaga wad ketika itu. Memang saya rasa down, tekanan dan sedih selepas dilontar macam2 ayat negatif. Tapi saya cuba berfikiran positif dan fikir nurse ni kesian tengok anak saya nangis meraung kuat sangat. Jadi, kena sentiasa kuat, dan sokongan daripada suami amat penting waktu ni. Kenapa saya ambil keputusan untuk sunatkan Ammar masa baby lagi?
- Deria rasa masih belum fully develop waktu baby ni. Jadi dia akan kurang rasa sakit.
- Recovery rate yang cepat berbanding dengan kanak2 lebih tua. Ammar hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk sembuh sepenuhnya.
Muka happy. 3 hari lepas sunat dah boleh pakai seluar - Tak perlu nak pantang makan apa2 seperti kanak2 yang baru nak bersunat sebab waktu ni dia hanya minum susu ibu.
- Lebih mudah nak jaga dan cepat baik sebab baby tak banyak bergerak.
- Terdapat hadis yang sebut Rasulullah khatankan cucu Baginda pada usia 7 hari.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi
Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Jadi kepada para ibu yang ingin sunatkan bayi lelaki anda seawal 7 hari, dipersilakan dan anda telah membuat satu keputusan yang besar dan bijak. Untuk para ibu yang bayi lelaki anda mengalami hernia dan perlukan pembedahan, tak salah kalau minta doktor tolong sunatkan terus. Boleh dapat peluang bayi anda disunatkan oleh doktor pakar lagi.
Dan yang paling penting dan utama, banyakkan berdoa kepada Allah semoga anak kita dilindungi dan dipermudahkan sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan. Ingat, doa ibu antara doa yang paling mustajab =)
Aina Mohd Amin
(ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Zarith dengar juga penjagaan baby lelaki lebih memerlukan penjagaan yang rapi dari baby girl kan? Tak tahu lah nanti bila ada baby boy macam mane huhu
ReplyDeleteHehe..aina tak tahu part tu zarith sebab baru ade sorang baby boy.takde pengalaman jaga baby girl lagi.. =)
DeleteTq aina.. best baca pengalaman aina.. xpe.. pekakkan telinga. Tak salahnya nak sunat smasa baby lg... lg senang.. :)
ReplyDeleteTerima kasoh diana. Tula yang mampu buat...sentiasa fikir positif.kalau layankan semua kata2 negatif tu,kita juga yg stress kan?=)
Deleteyup..that's the hardest part as a mother to see our baby cry non-stop. But it will not last long. Maybe sehari je, lepas tu insyaAllah ok dan boleh tersenyum riang. Bravo Pn. An Nasir for making big and right decision (pat on the back)! I hope your baby will get well soon! ^_^
ReplyDeleteOh..memang lain ek ragam baby boy and girl?heehhe
Best sharing...tq
ReplyDeleteBila bsr kena perhatikan semula zakarnya..kdg2 sunat masa kecik xsama kejadian masa bsr..ada yg kena sunat semua sb pertumbuhan setiap kenak2 berbeza..
ReplyDelete