Kenali 5 jenis jerawat dan cara merawatnya
Kulit berjerawat adalah masalah biasa dihadapi oleh semua lapisan masyrakat. Tidak kira lelaki, perempuan, remaja malah orang tua, pasti akan mengalami masalah ni. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis jerawat dan semestinya cara untuk merawat juga berbeza. Tetapi, secara umumnya, semua jerawat adalah disebakan oleh liang pori tersumbat. Jom kita kenali jenis-jenis jerawat. Nanti baru senang nak merawatnya.
1) Blackhead dan whitehead
2 jenis jerawat ini disebabkan oleh liang pori tersumbat oleh minyak, sel-sel kulit mati dan jangkitan bakteria. Jika liang yang tersumbat kekal terbuka, pigmen kulit telah teroksida dan menyebabkan ia kelihatan bintik hitam. Ini dikenali sebagai blackhead. Jika liang yang tersumbat itu tertutup, bintik putih akan kelihatan dan ini dikenali sebagai whitehead.
1) Blackhead dan whitehead
2 jenis jerawat ini disebabkan oleh liang pori tersumbat oleh minyak, sel-sel kulit mati dan jangkitan bakteria. Jika liang yang tersumbat kekal terbuka, pigmen kulit telah teroksida dan menyebabkan ia kelihatan bintik hitam. Ini dikenali sebagai blackhead. Jika liang yang tersumbat itu tertutup, bintik putih akan kelihatan dan ini dikenali sebagai whitehead.
2) Papules dan Pustules
Jerawat jenis ini berlaku apabila ia menjadi radang. Papules membentuk benjolan kecil berwarna merah atau merah jambu pada kulit. Jerawat jenis ini boleh menjadi sensitif apabila disentuh. Manakala pustules menyerupai whitehead dengan bualtan merah di sekitar ketulan. Ketulan ini biasanya dipenuhi dengan nanah putih atau kuning. Elakkan picit jerawat jenis ini kerana ia boleh menyebabkan jerawat semakin teruk dan akan meninggalkan parut. Kedua-dua jenis jerawat ini sukar untuk dirawat. Ubat jerawat yang boleh didapati di farmasi mungkin berkesan untuk merawat jerawat jenis ini. Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk dapatkan rawatan.
3) Nodules dan cyst
Apabila liang tersumbat mengalami keradangan yang lebih serius, benjolan jerawat akan menjadi lebih besar dan jangkitan bakteria lebih jauh ke dalam kulit. Ia akan rasa sakit bila disentuh. Nodul atau lebih dikenali sebagai jerawat batu, mempunyai tekstur keras apabila disentuh dan ia boleh meninggalkan parut di muka. Cyst pula besar, bernanah, kelihatan luka dan menyerupai bisul. Kedua-dua jenis jerawat ini sangat menyakitkan dan harus dirawat oleh pakar kulit. Mereka yang mempunyai masalah ini, dikategorikan sebagai masalah jerawat yang serius.
4) Jerawat Mechanica
Jerawat jenis ini disebabkan oleh haba, geseran dan tekanan terhadap kulit. Ia selalu terjadi apabila memakai gear sukan seperti topi keledar atau topi besbol. Ia kadang-kadang dikenali sebagai 'sports-induced acne' kerana ia kerap terjadi kepada atlet. Langkah-langkah pencegahan termasuklah memakai kain yang menyerap peluh di bawah peralatan sukan dan mandi serta-merta selepas aktiviti sukan.
5) Jerawat Conglobata
Jerawat conglobata adalah sejenis jerawat yang paling serius. Ia melibatkan banyak keradangan nodul yang berhubung dengan nodul lain di bawah kulit. Ia boleh menjangkiti kawasan leher, dada, lengan dan punggung. Ia sering meninggalkan parut. Jerawat jenis ini kebiasaannya dialami oleh lelaki dan kadang-kadang disebabkan oleh pengambilan steroid atau testosteron. Rawatan oleh pakar kulit amatlah penting.
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat yang serius, saya sarankan berjumpalah dengan pakar kulit. Jangan biarkan berlarutan dan menggunakan produk-produk sebarangan yang boleh memudaratkan lagi masalah anda. Manakala bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius dan tidak kronik, anda boleh cuba amalkan set vitamin yang khas untuk masalah jerawat. Set vitamin ini berfungsi untuk membantu dari dalam untuk mengurangkan jerawat. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat, dengan amalkan vitamin ini secara konsisten, kulit anda akan menjadi lebih cerah, gebu dan licin!Bonus lain, badan anda akan berasa lebih sihat dan cergas.
Jika inginkan kulit cantik tanpa ada negative side effect, malah dapat kesihatan badan yang lebih baik, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan set vitamin untuk masalah jerawat ni. Mereka yang mementingkan penggunaan produk yang bermutu tinggi dan memberi kesan postif adalah pengguna yang bijak.
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
sumber:
1) http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/ss/slideshow-acne-dictionary
2) http://www.bona-fide-skincare.com/types-of-pimples.html#.VVOITvkirIV
3)https://www.aad.org/dermatology-a-to-z/for-kids/about-skin/acne-pimples-and-zits/different-kinds-of-pimples
No comments: