Pengalaman berpantang dengan set pantang shaklee selepas bersalin secara pembedahan
Sempena hari ibu hari esok, teringat semua detik2 masa mula bergelar 'mama'. Tanggal 28 Febuari 2014, bermulalah episod perjalanan saya menjadi seorang ibu. Teringat masa tu dah ditakdirkan oleh Allah yang anak soleh ni lahir melalui pembedahan disebabkan oleh kepala tak nak pusing ke bawah. Sudah cuba alternatif jumpa doktor pakar dan lakukan prosedur ECV untuk betulkan kedudukan anak soleh ni, tapi anak soleh ni lagi selesa kepala dok atas..hehe. Jadi terpaksa la czer. Masa tu dah teringat orang asyik cakap sangat seksa bila pantang lepas pembedahan ni. Nak jalan seksa, buang air seksa, nak susukan baby pun seksa...fuuuhhhhh..Jadi saya membuat persediaan mental dan fizikal untuk lalui tempoh pantang tu.
Sebelum bersalin, saya buat survey apakah set pantang yang terbaik untuk saya. Lepas survey dengan penuh teliti, akhirnya saya pilih set pantang shaklee dan ini adalah pertama kali saya makan supplemen shaklee. Masa tu saya dah set dalam minda saya, bila badan cukup segala nutrient, maka badan pun akan lebih cepat sihat dan bertenaga. Jadi, itu adalah sebab utama kenapa saya pilih set pantang shaklee. Dan...ternyata pilihan saya tepat!!! Kenapa? Moh nak share sikit Shaklee effect saya lepas makan set pantang shaklee. Set pantang Shaklee yang saya ambil masa tu adalah Vitalea, Zinc Complex, ESP, Vitamin C, B complex dan ostematrix.
#Shaklee effect 1: Kurang rasa sakit kat kawasan pembedahan.
Seriously saya memang kurang rasa sakit kat kawasan pembedahan bila nak berjalan mana2. Tapi still la bila nak jalan kena tampung perut sebab kalau tak rasa ngilu macam nak terburai perut bila jalan,hehe. Tapi, saya masih boleh jalan dengan mudah, lebih2 lagi masa seminggu pertama, hari2 saya ulang-alik ke klinik kesihatan sebab Ammar masa tu jaundice. Jadi, tiap2 hari kena ke klinik untuk check darah. Sampai ada nurse tegur 'tak gaya macam bersalin czer pun..relaks je jalan'. Senyum jela balik kat nurse sambil dalam hati sebut la alhamdulillah..hehe
#Shaklee effect 2: Rasa sangat bertenaga dan tak rasa penat pun
Walaupun sebulan pertama setiap sejam kena bangun susukan anak soleh, tukar pampers dia, tapi alhamdulillah, memang tak rasa penat. Muka pun tak macam zombi sangat la kan. Lepas sebulan pantang, dah makin ligat jalan sana sini, buat kerja rumah sampai mak pun tegur suruh duduk je setempat. Risau nanti luka pembedahan terbuka kalau banyak sangat gerak.
#Shaklee effect 3: Susu meriah yang amat
Beberapa minggu pertama agak stress sebab susu sangat sikit. Bila perah dapat satu sudu tu rasa macam lebih berharga daripada emas!!Tapi alhamdulillah, dengan support daripada suami, aplikasi beberapa teknik pumping dan urutan, konsisten minum esp, alhamdulillah, memang lepas tu meriah yang amat susu. Kalau dulu bila pump dapat tak sampai 1 oz untuk dua2 belah, tapi lepas tu tiap kali pump dapat 5oz sebelah!!Masa tu memang rasa nak nangis dan bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi.
#Shaklee effect 4: Tak pernah sembelit sepanjang pantang
Orang cakap masalah paling utama ketika pantang adalah masalah sembelit yang teruk. Tapi alhamdulillah saya tidak ada masalah sembelit. Bukan sahaja sepanjang pantang, tapi sampai sekarang saya dah takde masalah sembelit sebab ostematrix adalah supplemen wajib saya sampai sekarang. Kalau tak makan ostematrix, rasa la penangan sakit belakang time tido nanti..huhu.
#Shaklee effect 5: Kulit makin cerah
Ni kira bonus la kan. tapi tak tahu la bonus ke tak untuk saya sebab suami cakap kulit saya makin putih dan cerah macam momok!!!errr...sabar jela..Ini semua penangan vitamin C dan ESP la ni. Equation yang mudah; ESP (protein) + vitamin C = penghasilan kolagen!!Gebu gebas kulit! :D
#Shaklee effect 6: Luka pembedahan cepat baik
Sebelum discharge, doktor pesan untuk banyakkan makan makanan sumber protein untuk bagi luka pembedahan cepat baik. Jadi memang tepat la pilihan saya untuk minum energizing soy protein. Sumber protein yang terbaik tanpa kolestrol ye. Dengan bantuan zinc complex lagi, alhamdulillah, dalam sebulan macam tu saya dah boleh berjalan lasak sikit. Tak perlu dah nak tampung2 perut yang rasa mcam nak terburai tu.
#Shaklee effect 7: Berat badan turun 15kg!
Sepanjang pregnant, berat naik sampai 11kg. Habis pantang berat turun 15kg!Turun lagi banyak daripada naik. Dapat berat badan bukan sahaja sebelum pregnant, tapi berat time kawin dolu-dolu..Bukan saya sahaja tau yang rasa turun berat badan yang banyak. kakak kat bawah ni lagi hebat, turun sampai 20kg lepas bersalin. =)
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.
Macam mana?best kan? Saya dah merasai #Shaklee effect semasa berpantang dan membuatkan saya jatuh cintan terus dengan Shaklee ni. Produk bukan sebarang produk. Produk yang dah jalani banyak ujian klinikal ye. Jika anda berminat untuk merasai #Shaklee effect ni, boleh directly hubungi saya dan konsultansi percuma akan saya berikan...
Tunggu!!!ada tawaran yang lebih baik..Jika anda daftar sebagai ahli bulan ni dan membeli set pantang di atas, anda akan dapat:
- Percuma satu botol Vitalea yang berharga RM99.08!!(Tak perlu dah susah2 nak beli vitalea dah,jimat2)
- Diskaun sehingga 20% dan penjimatan sehingga RM1xx!!!
Best kan? Jadi hubungi saya di:
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: