Cara Merawat Kulit Kusam Supaya Tak Perlu Makeup Tebal-tebal

Tuesday, January 03, 2017
Siapa sini ada masalah kulit kusam sampai malu nak jumpa orang? Macam-macam dah produk cuba tapi masih belum jumpa yang bersesuaian dengan kulit anda. Lagi teruk bila kulit semakin teruk. Kat sini aina nak cadangkan pengambilan supplement Shaklee yang mampu merawat kulit kita dari dalam dan akhirnya tiada lagi masalah kulit kusam. Dan paling best, tak perlu lagi makeup tebal-tebal.

 

Masalah kulit seperti kulit kusam, tona tak sekata, jerawat dan jeragat ni, kita perlu juga rawat dari dalam. Bukan hanya sekadar rawat daripada luar je. Sebabnya, kulit kita ni pun perlukan nutrisi secukupnya. Bila cukup segala nutrisi, kulit akan jadi lebih sihat dan glowing gitu. Kalah model dan artis tau!

Apakah supplement yang terbaik untuk kulit kita?

1) Vivix

Vivix ni memang dirumus khas atau dihasilkan khas oleh para saintis untuk melambatkan proses penuaan. Ia merawat sehingga ke tahap selular tau! Vivix mempunyai kandungan antioksidan dan resveratrol yang tinggi yang mampu baikpulih sel-sel badan kita. Untuk masalah kulit, biasanya disebabkan oleh sel-sel kulit yang telah rosak. Jadi, vivix mampu untuk baikpulih sel-sel kulit dan jadikan kulit kita lebih sihat. Yang paling penting, lebih awet muda tau!

 

Produk vivix ni sudah mempunyai paten dan takkan jumpa kat mana-mana kedai atau online. Eksklusif hanya ada di shaklee je. Hebat kan?

2) Collagen Powder Shaklee

Bila kita mula meningkat umur 25 tahun, production kolagen akan semakin berkurangan. Dan hampir 30% badan  kita memerlukan kolagen termasuklah kulit kita. Antara tanda-tanda kolagen berkurangan dalam badan bila muncul garis-garis halus di muka, kulit kurang anjal, rambut semakin banyak gugur, sakit-sakit sendi dan macam-macam lagi. Sebab itu pentingnya untuk topup kolagen dalam badan.

Dan istimewanya kolagen shaklee ni, ia mempunyai saiz molekul yang rendah (1000Da). Saiz yang paling sesuai untuk diserap oleh badan. Sebab tu bagi pengguna tegar collagen shaklee, mereka dapat kesan kulit lebih lembap dan jerawat-jerawat halus berkurangan seawal 3 hari. 

 

3) ESP

Energizing Soy Protein (ESP) mempunyai lengkap 9 jenis asid amino perlu yang diperlukan oleh badan. Dan pentingnya protein dalam badan kita sebab salah satunya untuk baikpulih sel-sel kulit yang rosak atau hasilkan sel-sel kulit baru untuk gantikan yang telah mati. Bila kita cukup semua keperluan asid amino, sel-sel yang dihasilkan pun lebih sihat. Selain itu, protein juga antara komponen penting untuk hasilkan kolagen.

Aina personally memang takleh tinggal esp sejak zaman pantang lagi. Dan antra kesan yang aina dapat, memang takde langsung keloi di bahagian czer dulu, stretch mark semakin hilang, jeragat makin pudar dan kulit makin cerah. Memang best sangat bila minum esp campur dengan fresh milk. 

 

4) Vitamin C

Vitamin C adalah antara vitamin terkenal untuk kesihatan kulit. Antara kelebihan vitamin c ni, ia mampu membuat warna kulit kita sekata. Selain tu, ia juga mampu mencerahkan kulit. Viitamin C juga antara vitamin yang diperlukan untuk hasilkan kolagen dalam badan. Sebab tu bila customer nak beli esp untuk kecantikan kulit, aina akan suggest vitamin C sekali. Dua supplement ni bila bergabung, kesan dia pada kulit memang amazing sangat!

 

 

5) Vitamin E 

Vitamin E pun antara vitamin penting untuk kulit. Untuk mereka yang selalu ada masalh kulit kering, vitamin E adalah pilihan terbaik. Selain tu, vitamin E mampu memudarkan parut-parut jerawat dan jeragat. Vitamin E juga adalah sejenis antioksidan yang menghalang radikal bebas (penyebab utama proses penuaan semakin cepat) dalam badan. Bila kita mampu mengurangkan radikal bebas, garis-garis halus di muka juga dapat dihilangkan dan sekaligus kelihatan lebih muda.

 

6) Carotomax

Ni lagi satu vitamin yang aina suka. Dulu mama selalu cakap, "makan la tomato tu, baik untuk kulit". Haa..kenapa? Sebab dalam sebiji tomato bersaiz medium mengandungi 1,025 IU Vitamin A. Fungsi vitamin A ni dia membantu menebal dan merangsang penghasilan lapisan dermis. Lapisan dermis adalah di mana kolagen, elastin dan salur darah berada. Jadi, ia akan mengurangkan kedutan di muka.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, vitamin A juga berfungsi menurunkan penghasilan sebum. Untuk masalah jeragat, vitamin A pilihan terbaik kerana ia membantu mengurangkan penghasilan kelompok melanin yang menyebabkan brown spots di muka.

 

Perlu ke ambil semua ni? Untuk kesan yang cepat, boleh ambil semua sekali. Kerana di samping untuk kesihatan kulit, secara tak langsung ia juga bagus untuk kesihatan badan. Dan semua vitamin Shaklee selamat diambil dan terbukti melalui landmark study. Motto shaklee pun untuk memastikan semua produk mereka adalah semulajadi, berkesan dan selamat.

 

Jadi untuk dapatkan vitamin-vitamin ni beserta konsultasi, boleh hubungi aina. Atau untuk lebih mudah klik sahaja link di bawah untuk membuat pembelian. Nanti aina akan hubungi anda untuk berikan konsultasi cara makan dan waktu makan terbaik supaya anda mendapat kesan yang anda inginkan.😍😍

 

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.