Badan Rasa Cergas Bertenaga Sepanjang Tempoh Pantang

Assalamu'alaikum...

Siapa kat sini rasa tempoh berpantang adalah tempoh paling menyeksakan dan rasa badan lemah je? Masa aina dulu, sebabkan pantang la aina kenal dengan shaklee. Aina amalkan set pantang shaklee seawal sehari selepas kelahiran anak soleh. Aina dulu bersalin secara czer jadi aina memang cari set pantang yang mampu berikan kesembuhan yang segera kepada luka pembedahan. Dan alhamdulillah, walaupun aina bersalin secara czer, teapi sepanjang tempoh pantang badan rasa cergas bertenaga je. Hari kedua selepas pembedahan, tanpa disuruh nurse, aina bangun sendiri ke bilik air untuk bersihkan badan sampai orang katil sebelah pelik kenapa rilek je minah ni jalan..haha
 
Jadi kat sini aina nak share satu lagi kisah best. Puan Norshahrizan ni sebelum ni memang bukan pengamal vitamin. Tetapi beliau mula jatuh cinta dengan Shaklee lepas amalkan set pantang pada kelahiran anak yang ketiga.

    Bagi puan norshahrizan ni. Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi beliau kerana kerana beliau sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat beliau dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup.

Jika dulu beliau tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudah tentu bukan 'sahabat rapat'. Tetapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Beliau mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan GDM (diabetik ketika mengandung). Teringat tentang Shaklee, beliau pun mendapatkan Set Hamil untuk membantu beliau lalui tempoh kehamilan. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Beliau hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sikap acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal dalam diri beliau.

    Sehinggalah hamil anak ketiga, sikap sambil lewa dalam pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga beliau mula mudah rasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan, beliau terbaca satu entry seorang SID yang juga merupakan teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Beliau mula menghubunginya. Perbualan mereka menjadi lebih mudah kerana mereka saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat, beliau mula mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan beliau yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan beliau merancang untuk digunakam semasa tempoh berpantang. 

Teman Shaklee beliau ada menyatakan bahawa beliau sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang beliau beli itu semasa mengandung. Setelah diberi panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin, memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan beliau masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana tuntutan kerjaya sebagai seorang guru. 

Vitamin yang sepatutnya beliau makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana beliau mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka beliau membuat keputusan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Vivix hanya boleh diambil selepas bersalin sahaja.

    Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 beliau telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, rasa letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri beliau. Selepas bersalin, beliau tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Beliau mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening. 

Selepas membersihkan diri, beliau sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin beliau perlu dipapah untuk ke bilik air kerana bimbang beliau akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah. Tetapi sekarang, boleh rilek je jalan sendiri.

    Selepas dibenarkan pulang ke rumah, beliau melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas  dan bertenaga selepas amalkan VIVIX dalam rutin harian. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang beliau akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.

  Seperti orang lain, beliau masih mengamalkan urutan selepas bersalin. Pada minggu kedua tempoh berpantang, beliau didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihatkan beliau yang bergerak agak lincah, bidan kampung bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”. 

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua.  Sekali lagi beliau mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Beliau hanya mampu tersenyum je.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang beliau amalkan semasa berpantang kali ini. Tanpa membuang masa, beliau pun menunjukkan kesemua vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).

    Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, beliau mendapat manfaat lain juga seperti susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu dan alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu.

    VIVIX dan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi beliau dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu.
 

Selepas baca kisah Puan Norshahrizan ni rasa teruja tak nak cuba set pantang shaklee termasuk vivix lepas ni? Sudah ramai yang dapat kebaikan vitamin Shaklee bila amalkan sewaktu pantang. Kerana tempoh pantang adalah waktu paling kritikal bagi wanita kerana proses penyembuhan selepas melahirkan anak syurga ke dunia ni memakan masa dan badan perlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan urat-urat dalam badan dan sistem peranakan betul-betul sembuh. Jika tidak dijaga dengan betul, kesannya kita boleh rasa di hari tua nanti.

Jadi pengajarannya, untuk membeli vitamin bukanlah semudah pilih, bayar dan makan. Ia perlu disertakan dengan konsultasi cara makan yang betul. Baru la akan dapat kesan positif. Disinilah peranan aina. Aina bukan sekadar ingin menjual vitamin Shaklee, malah aina akan guide betul-betul cara makan vitamin, pantang larang yang perlu dijaga supaya badan dapat menyerap vitamin sebaiknya. 

Jika berminat untuk merasa sendiri kehebatan produk Shaklee ni, meh hubungi aina dan kita borak lebih lanjut tentang vitamin Shaklee ni. Baaannnyyaaakk lagi benda yang aina nak share dengan korang.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362



Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.