Nak Cerahkan Kulit? Guna la Vitamin C

Assalamu'alaikum..

Anda pasti fikirkan 'ala,vitamin c je..bila selsema ke, demam ke, ambil la vitamin c'. Tapi tahukah anda? Vitamin C bukan sahaja mampu meningkatkan sistem pertahanan badan anda, tetapi ia juga mampu mencerahkan kulit tau! Arini aina nak share macam mana vitamin C mampu mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa memberi kesan sampingan. Yang penting selamat dan berkesan. Sebelum tu, meh kita tengok fakta menarik mengenai pigmentasi penyebab jeragat dan kulit gelap dan kusam.


Proses Pigmentasi Kulit

Warna kulit kita bergantung kepada melanin (sejenis pigment yang dihasilkan oleh sel melanocyte). Sel-sel melanocyte ni terdapat di kulit dan ia bertanggungjawab untuk menukarkan asid amino tyrosine kepada melanine menggunakan enzim tyrosinase. Melanin yang dihasilkan akan deposit dalam lapisan kulit paling atas (epidermis) dalam bentuk pheomelanin (pigment lebih cerah dan kekuningan) atau eumelanin (pigment lebih gelap). Semakin banyak melanin dihasilkan oleh sel anda, semakin gelap warna kulit. Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan aktiviti sel melanocytes (proses pigmentasi) seperti masalah hormon tidak seimbang, terdedah kepada cahaya matahari, pengambilan ubat dan juga kerosakan akibat radikal bebas.

Bagaimana Vitamin C Bantu Cerahkan Kulit?

  1. Vitamin C adalah vitamin antioksida yang mampu neutralkan radikal bebas penyebab kerosakan kulit. 
  2. Ia membantu dalam proses penghasilan semula sel-sel kulit dan membaiki sel kulit yang rosak.
  3. Ia membantu untuk buang sel kulit mati yang lebih gelap.
  4. Vitamin C meningkatkan tahap glutathione dan vitamin E. Kedua-dua antidoksida ini sangat penting untuk membantu kulit menghasilkan pheomelanin yang lebih cerah dan kekuningan daripada eumelanin yang lebih gelap.
  5. Ia menghalang enzim tyrosinase (enzim yang bertanggungjawab dalam menukar tyrosine kepada melanin). Dengan ini, kurang melanin dihasilkan.
Selain itu, sifat semulajadi vitamin C yang lebih berasid dapat membantu membersihkan kulit dan menghapuskan bakteria punca jerawat. Ini akan membantu kulit untuk lebih sihat, cerah dan lembut.

Apakah Lagi Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit yang Cantik?

  1. Vitamin C antara komponen penting dalam sintesis kolagen dalam badan. Kolagen sanagt penting untuk memastikan keanjalan dan buatkan kulit kelihatan lebih muda. 
  2. Vitamin C sangat bagus dalam merawat kemerahan kulit dan juga keradangan. Ia sangat efektif dalam merawat jerawat.
  3. Vitamin C sangat penting dalam penyembuhan luka. Ia membantu memelihara dinding salur darah dan kapilari supaya lebih utuh. Ia juga membantu dalam penghasilan kolagen di kawasan luka.
Bagaimana Cara Terbaik Untuk Mencerahkan Kulit Dengan Vitamin C?

Walaupun vitamin C diambil secara oral dalam dos yang berlebihan, badan kita mempunyai limit penyerapan vitamin C dalam sesuatu masa. Lebihan Vitamin C akan disingkirkan melalui air kencing. Jadi, cara terbaik adalah pengambilan vitamin C yang mempunyai teknologi sustained release. Ini akan memastikan badan akan sentiasa mendapat bekalan vitamin C setiap sejam.


Selain itu, pengambilan vitamin C secara topikal (sapu directly pada kulit) juga dapat memberi kesan terbaik dalam mencerahkan kulit. Carilah set penjagaan muka yang mempunyai kandungan vitamin C atau untuk lebih mudah, buat masker menggunakan vitamin C. Untuk kesan yang lebih mantap, gabungkan kedua-dua kaedah; 1)pengambilan vitamin secara oral dan 2) sapu vitamin C pada kulit.

Jadi, cadangan aina untuk dapatkan kulit cerah semulajadi dan selamat, sudah semestinya vitamin C Shaklee yang mempunyai teknologi sustained release. Untuk info lanjut mengenai vitamin C shaklee ni, klik je sini.

 Selain itu, untuk set penjagaan kulit, boleh gunakan set nutriwhite. Bestnya set nutriwhite Shaklee ni, ia dihasilkan melalui 3 tahun kajian oleh saintis Jepun dan US.


Daripada hasil kajian, last-last diaorang pilih 16 bahan semulajadi terbaik untuk menjadi bahan utama set nutriwhite Shaklee ni.


Tengok bahan-bahan dia pun dah tau set nutriwhite ni menagndungi vitamin C juga kan? Jadi, memang pilihan set penjagaan muka yang terbaik la!


Jadi, mana nak beli semua produk ni?Haa...produk-produk Shaklee ni eksklusif sikit. Tak boleh beli dekat mana-mana farmasi. Hanya boleh di dapati melaui ejen-ejen distributor Shaklee yang sah je atau boleh beli di branch Shaklee sendiri. Nak lagi senang, pm je aina. Bukan setakat produk je dapat, aina akan berikan kosultasi PERCUMA tau supaya semua pelanggan aina dapat efek yang diingini.haa...tunggu ape lagi? Meh kontek sekarang.


FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.