Cara Atasi Masalah Rambut Gugur dengan Makan 7 Jenis Makanan Ni

Assalamu'alaikum.

Masalah rambut gugur ni bukan satu masalah yang baru. Hampir semua orang ada masalah ini. Terutama bagi lelaki yang semakin berusia, dan bagi wanita yang lepas bersalin. Jadi, memang sangat common bila ada masalah rambut gugur ni. 



Korang tahu tak? Terdapat satu kaitan yang kuat antara pemakanan anda secara keseluruhan dan rambut anda . "Salah satu cara mudahyang saya boleh beritahu bagaimana tahap kesihatan seseorang itu dan jika mereka amalkan pemakanan yang berkhasiat - ialah dengan melihat rambut mereka, " kata Whitney Bowe , MD , pakar dermatologi. Rambut akan mudah gugur, kusam dan rosak jika ia tidak mendapat nutrien yang secukupnya.

Jadi, amalkan 6 makanan penting ini untuk pastikan rambut kita mendapat segala nutrien yang diperlukan.

1) Salmon

Jika rambut anda kusam, salmon adalah pilihan terbaik. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang penting untuk kelenjar minyak di sekitar folikel rambut , membantu membuat rambut kelihatan lebih bersinar. Jika susah nak dapatkan salmon, omega guard sentiasa ada. =)

2) Kuaci (biji labu)

Secawan setengah biji labu panggang mampu membekalkan 19% daripada keperluan harian zink. Zink sangat penting untuk mencegah daripada kulit kepala kering. Selain itu, ambil la juga makanan yang kaya dengan zink seperti bijirin, ypogurt dan cashews untuk mencukupkan keperluan 8mg zink yang diperlukan setiap hari.

3) Ayam



Rambut gugur setiap hari. Kehilangan purata 50 hingga 100 helai sehari. Oleh sebab itu protein sangat penting untuk memastikan rambur yang gugur tu tumbuh semula. Protein adalah binaan asas rambut. Tanpa protein yang mencukupi, rambut tidak dapat nak tumbuh.

Nak lebih mudah, minum je ESP. Diperkaya dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.

4) Strawberi

Badan memerlukan vitamin C untuk membantu menghasilkan kolagen semulajadi. Kolagen sangat penting untuk pastikan rambut kita kuat dan tidak mudah gugur. Strawberi kaya dengan vitamin C. Satu cawan strawbei mampu berikan hampir 113% daripada keperluan harian. Vitamin C juga boleh didapati daripada buahan citrus yang lain.

Atau....untuk lebih mudah, telan sustained release vitamin C Shaklee. Badan anda akan menerima vitamin C berterusan selama 5 jam tau!

5) Kacang badam


Kacang badam adalah snek terbaik dan lebih menyihatkan. Kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat baik. Vitamin E adalah antioksidan yang boleh melindungi sel-sel kulit daipada sinaran UV. Ia juga boleh membantu membaiki kerosakan sel-sel kulit kepala akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari.

Lagi satu alternatif ialah pengambila vitamin E Shaklee. Vitamin E Shaklee mengandungi selenium yang akan membantu antioksidan membaiki sel-sel kulit yang rosak.

6) Keledek Manis

Keledek manis adalah sumber beta-carotine. Bila masuk badan ia akanbertukar menjadi vitamin A. Vitamin A bukan sahaja baik untuk mata, tetapi ia juga sejenis vitamin antioksida yang sangat diperlukan oleh sel-sel untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan kelemumur dan gatal-gatal kulit kepala.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengambil carotomax untuk cukupkan keperluan vitamin A harian anda.

7) Kekacang

Kekurangan zat besi juga merupakan salah satu punca rambut gugur terutama bagi wanita. Kenapa? Sebab wanita akan mengalami tempoh menstrual setiap bulan. Dan ini akan menyebabkan mereka kehilangan zat besi yang banyak. Satu cawan kacang putih mengandungi 8mg zat besi. Jadi ia adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan snek.

Selain itu, kerang, oyster dan clam juga kaya dengan zat besi. Nak lebih mudah? Ambil la vitalea setiap hari. Bukan hanya sekadar cukup lengkap dengan vitamin, tetapi ia juga mengadungi iron tau!

Selain daripada pemakanan, penjagaan rambut juga penting. Elakkan menggunakan shampoo yang mengandungi bahan kimia yang banyak dan bahaya kerana ia boleh merosakkan rambut. Untuk set penjagaan rambut terbaik, boleh baca pengalaman aina dengan set prosante.

Bila rambut lebat, sihat dan bermaya, baru la ada rasa keyakinan diri yang tinggi kan? Walaupun yang wanita muslim bertudung, tetapi depan suami mesti nak nampak cantik je kan? Semoga post ni memberi manfaat kepada semua. Dan kalau ada yang tercari-cari set untuk rambut gugur, meh pm aina. Nak beli pada harga penjimatan sehingga 15-20%? Pm aina juga ye.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.