Kepentingan Energizing Soy Protein (ESP) Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Badan

Assalamu'alaikum..

Energizing Soy Protein adalah produk yang paling laris dan sentiasa ada orang cari. Kenapa? Sebab mereka dah merasai kesan yang positif (secara menyeluruh) apabila badan cukup semua 9 amino acid perlu. Aina nak kongsikan kenapa ramai sangat 'ketagih' ESP sampai selalu repeat order. 



Bagi yang tak kenali lagi ESP ni apa, ESP adalah makanan tambahan protein yang bersumberkan soya. Jadi, apabila protein bersumberkan tumbuhan, sudah tentu tiada kolestrol. Jadi ia adalah pilihan yang terbaik untuk dapatkan sumber protein. Tambahan pula, ESP lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan.



Jadi, kenapa penting sangat protein kepada badan?

Korang tahu tak? Sel-sel badan dalam badan kita adalah daripada binaan protein. Dari rambut, mata, kulit, sel darah, kesemuanya daripada protein. Enzim dan hormon yang terlibat dalam sistem-sistem badan juga dihasilkan daripada gabungan protein. Sebab itu, protein adalah antara nutrien asas yang sangat penting untuk kita ambil setiap hari.

Apa yang berlaku pada sel-sel badan kita? Seperti semua hidupan, sel-sel kita juga akan mengalami proses penuaan yang akhirnya akan rosak dan mati. Kemudian sel-sel ini akan digantikan dengan sel baru. Ini antara fakta-fakta yang anda perlu tahu:

1) Sel kulit digantikan setiap 28 hari.

2) Lapisan pada salur penghadaman digantikan setiap 6 hari.

3) Sel pada lidah digantikan setiap 10 hari.

4) Sel tulang lama yang dikenali sebagai osteoclasts akan digantikan dengan sel binaan-tulang baru yang dikenali sebagai osteoblasts. Proses gantian akan semakin perlahan apabila kita semakin dewasa. Jadi tulang akan semakin nipis dan menjadi punca osteoporosis. Sebab itu pentingnya pengambilan kalsium dan protein yang secukupnya.

5) Sel darah merah diganti setiap 4 bulan. 

6) Rambut secara umumnya akan terus memanjang 1 cm setiap bulan.

Apabila melihat pada fakta-fakta ini, kita dapat menilai bertapa pentingnya untuk mengambil protein yang berkualiti setiap hari. Ini adalah untuk memastikan sistem dalam badan dapat berfungsi dengan baik dan juga untuk hasilkan sel-sel yang sihat. Apabila badan dapat hasilkan sel yang sihat, secara langsung, badan kita akan rasa lebih sihat.

Selain itu, kulit juga akan kelihatan lebih cantik apabila badan kita cukup kesemua jenis asid amino perlu. Kenapa? Kulit adalah sistem pertahanan badan yang pertama kita. Jadi, ia akan lebih terdedah kepada pencemaran, luka, radikal bebas, kuman dan sebagainya. Kesannya, kerosakan sel berlaku lebih kerap. Sebab itu, badan memerlukan protein untuk membaikpulih semula tisu-tisu yang rosak dan hasilkan sel-sel yang lebih sihat untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak. Mudah kan? Hanya perlu jaga dalaman untuk mendapatkan kecantikan kulit semulajadi.

Kenapa Mesti Pilih ESP?

ESP seperti aina cakap tadi dihasilkan daripada protein soya. Dan soya yang digunakan bebas daripada pengubahsuaian genetik (non-GMO). Selain itu, ia juga bebas kolestrol. Tidak seperti protein yang bersumberkan haiwan, ESP adalah sumber protein yang tiada kolestrol. Sihat kan?

Tak semua sumber protein dapat bekalkan lengkap 9 jenis asid amino perlu. Ingat ye..kita perlukan 9 lagi asid amino perlu yang kena ambil dalam diet harian. Dengan ESP, tak perlu pening-pening dah. 

Dan kepada mereka yang berhajat nak kurangkan berat badan, ESP adalah pilihan terbaik. Kenapa? Sebab ia mempunyai glycemic index yang rendah. Glycemic index adalah cara untuk klasifikasikan makanan berkarbohidrat dari skala 0 - 100 (merujuk kepada tahap gula dalam darah selepas makan). Bawah daripada 55 dianggap makanan yang mempunyai low glycemic index (GI). Apabila makanan rendah GI, proses pencernaan adalah lebih perlahan, tahap gula dalam darah juga akan naik berperingkat, hasilnya kita akan rasa kenyang lebih lama. Dan nak tahu GI untuk ESP berapa? 39 je tau!

Jadi, cubalah ESP ni dan rasakan sendiri best ke tak. Ada perubahan ke tak pada diri sendiri. Bagi aina, memang banyak benefits yang aina dapat lepas amalkan ESP. Nak tahu apa dia? Boleh baca sini. Dan nak tahu apa pengalaman orang lain lepas minum ESP, boleh klik sini.

Untuk dapatkan produk Shaklee, boleh pm aina di:
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362


Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.