Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Supaya Mudah Hamil

Assalamu'alaikum

Salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh kaum hawa adalah masalah haid tidak teratur. Masalah haid tidak teratur boleh memberi masalah lain kepada wanita terutama bagi yang sudah berkahwin dan merancang untuk mendapat anak. Ini adalah kerana kitaran haid yang teratur sangat penting untuk mengetahui waktu subur seseorang wanita.  (Ketahui 8 cara untuk tingkatkan kesuburan suami isteri)



Kitaran haid adalah berbeza untuk setiap wanita. Secara puratanya, kitaran haid adalah dalam 24 hingga 38 hari. Dan waktu haid dalam 7-14 hari. Bagi kitaran haid yang tidak teratur, ada yang mengalami haid yang berpanjangan. Dan ada juga yang berbulan-bulan tidak datang period. 

Haid berkaitan dengan fungsi hormon dalam badan wanita. Jika berlaku kitaran haid yang tidak teratur, maksudnya ada masalah dengan hormon dalam badan. Jangan pandang ringan dengan masalah haid. Masalah haid ni boleh menyebabkan seorang wanita rasa emosi tidak stabil je. Jom kita tengok video ini.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Punca period tak stabil atau tidak period untuk jangka masa yang lama boleh disebabkan oleh dua faktor:

1) Kehamilan
2) Menyusukan bayi

Kedua-dua faktor adalah normal jika kitaran haid terganggu. Jika kitaran jaid tidak teratur bukan disebabkan oleh kedua-dua faktor ini, terdapat lagi punca-punca lain yang boleh menyebabkan kitaran haid terganggu. Ada yang boleh menyebabkan masalah kepada wanita itu seperti sukar untuk hamil. Ada yang perlukan rawatan dan ada juga yang tidak. Bergantung kepada tahap serius ketidakstabilan kitaran haid itu. Jadi apakah faktor lain?

1) Tekanan
2) Berat badan yang berlebihan atau obese. Obese boleh menyebakan gangguan fungsi hormon dalam badan.
3) Pertambahan rutin senaman. Kebiasaannya di kalangan atlit.
4) Masalah hormon.
5) Pengambilan ubat dan juga pil perancang.
6) Masalah kesihatan seperti polycystic ovary syndrome (PCOS), Asherman's syndrome atau uterine fibroid.

Bagaiman Nak Atasi Masalah Kitaran Haid Tidak Teratur?

Jika ada kawan-kawan atau future customer yang akan datang kepada aina bertanyakan set Shaklee untuk stabilkan kitaran haid, kebiasaannya aina akan nasihatkan untuk bertemu dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk kenal pasti punca haid tidak teratur. Ini adalah kerana, jika kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan seperti PCOS, uterine fibroid dan sebagainya, terdaoat rawatan susulan yang akan disarankan oleh pakar perubatan.

Selain itu, boleh juga untuk amalkan tips-tips ini untuk stabilkan hormon dalam badan:

1) Pengambilan diet yang seimbang. Elakkan makanan proses dan segera untuk pastikan badan mendapat segala nutien yang diperlukan. Badan kita berfungsi pada tahap optimum apabila cukup segala keperluan nutrien.

2) Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah dinasihatkan untuk turunkan berat badan ke berat yang ideal.

3) Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Gaya hidup yang aktif dan sihat sangat penting bagi sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik,

4) Kurangkan stress dan sentiasa bertenang sahaja.

5) Pengambilan supplement seperti Vivix, GLA dan Bcomplex sangat membantu dalam menstabilkan hormon dalam badan.

Bagaimana Vivix, GLA dan Bcomplex membantu untuk stabilkan kitaran haid?

GLA Complex

GLA adalah supplement wajib jika anda inginkan kitaran haid yang stabil. Ia membantu dalam menstabilkan hormon dan mencegah aktiviti sel yang abnormal (seperti cyst). GLA juga membantu dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang sangat penting untuk kesuburan.

B-Complex with Folic Acid

Vitamin BComplex sangat penting untuk mengatur dan menyokong hormon reproduksi sekaligus meningkatkan kesuburan wanita. Bagi wanita yang merancang untuk hamil, bcomplex Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ia juga mengandungi folic acid.

Vivix

Vivix mengandungi kandungan resveratrol dan polifenol yang tinggi yang mampu melingdungi sel daripada rosak. Selain itu, ia juga membaiki sel-sel yang rosak akibat radikal bebas. Jadi pentingnya vivix ini untuk pastikan sel-sel dalam badan dalam keadaan sihat. Bila sel sihat, sistem dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Ketahui lebih lanjut mengenai vivix di sini.

Meh tengok testimoni mereka yang dah berjaya stabilkan kitaran haid mereka.





Jadi jangan biarkan masalah kitaran haid tidak teratur tanpa rawatan. Jika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak stabil, meh pm aina dan dapatkan konsultasi percuma. Jangan biarkan masalah anda lama-lama tau! ;-)


FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.