11 makanan yang bantu menambah susu badan

Friday, February 07, 2014
Dilema bagi seorang ibu adalah sentiasa memikirkan cukup ke tak keperluan susu ibu yang hendal diberikan kepada bayi mereka. Terutama sekali bagi first time mom yang baru hendak belajar dunia parenting dan dunia ibu menyusu. Tidak dinafikan, hendak susukan bayi selama 2 tahun memerlukan semangat juang yang tinggi, ilmu penyusuan yang banyak dan kesabaran yang tinggi.

Hari ini, saya nak share info tentang makanan yang boleh membantu untuk memperbanyakkan lagi susu (milk booster). Semua ini adalah ringkasan yang saya buat melalui pembacaan2 saya di lawan sesawang (website) dan buku2. Dan ada juga melalui pengalaman saya sendiri.



APAKAH MAKANAN YANG DAPAT MEMERIAHKAN SUSU ANDA?

1)Biji halba (Fenugreek seeds) – Sudah berzaman orang menggunakan biji halba untuk meningkatkan bekalan susu. Kini, terdapat juga kajian yang menyokong fakta ini. Sesetengah doktor mengatakan bahawa jika anda tambah biji halba dalam diet anda, anda akan mempunyai peningkatan bekalan susu dalam tempoh seminggu. Selain itu, biji halba mempunyai sumber zat besi, kalsium, vitamin dan mineral. Tetapi berhati-hati untuk tidak mengambil terlalu banyak kerana ia adalah mild diuretic yang boleh menyebabkan anda kehilangan banyak air.

2) Benih Adas (Fennel seeds): Kajian telah mendapati bahawa benih adas dapat meningkatkan bekalan susu. Sesetengah doktor juga mengatakan bahawa biji adas membantu mencegah kolik pada bayi anda. Mereka kaya dengan vitamin C. Selain itu, mereka adalah penyegar mulut yang baik dan membantu dalam system pencernaan. Benih adas boleh ditambah k dalam sayur-sayuran dan pencuci mulut.

3) Kacang: Badam dan cashews dikatakan kacang yang membantu penyusuan susu ibu. Mereka boleh dijadikan sebagai makanan ringan yang sangat baik.

4) Oatmeal: Oatmeal telah lama disyorkan sebagai satu cara untuk ibu-ibu untuk meningkatkan bekalan susu mereka. Oatmeal dapat membantu untuk menurunkan kolesterol dan mengekalkan tekanan darah yang sihat. Oat juga boleh membantu dengan fungsi-fungsi lain dalam badan termasuk penyusuan. Apabila seorang wanita duduk dan makan semangkuk oatmeal, ia boleh membantu dirinya untuk berehat, yang seterusnya boleh menyebabkan badannya untuk melepaskan oxytocin (hormon yang terlibat dalam pengeluaran susu).

5) Bayam: Penyusuan akan meningkatkan keperluan kalori anda dan keperluan anda untuk vitamin dan mineral tertentu. Bayam adalah sumber yang baik kalsium, zat besi, Vitamin K, A, dan folat. Folat (atau asid folik) adalah penting bagi wanita yang hamil atau menyusukan bayi. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam juga mengandungi phytoestrogens. Phytoestrogens, yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan tisu payudara dan penyusuan, adalah bahan kimia berasaskan tumbuhan yang mempunyai sifat yang sama seperti estrogen.

6) Lobak: Seperti bayam, ia mengandungi phytoestrogens. Lobak juga tinggi beta-karotena dan vitamin A, yang amat diperlukan oleh para ibu yang sedang menyusu. Jus carrot dipercayai dapat menyediakan tenaga tambahan yang diperlukan oleh wanita menyusu, dan ia boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu. Minum secawan jus lobak merah sebelum makan tengah hari boleh memberi meningkatkan pengeluaran susu pada sebelah petang.


7) Betik : Betik biasa digunakan di Asia sebagai galactagogue (penggalak susu). Secara tradisinya, ia dibuat ke dalam sup menggunakan betik hijau. Ia dipercayai bahawa enzim dan fitokimia dalam betik boleh meningkatkan rangsangan tisu payudara serta meningkatkan pengeluaran susu. Betik juga telah digunakan sebagai sedatif semula jadi. Ketenangan boleh membantu anda untuk berehat, dan pada masa yang sama membantu dengan proses pengeluaran susu.

8) Asparagus: Asparagus tinggi dengan serat, asid folik, Vitamin A, C, dan K. Asparagus juga mengandungi phytoestrogens. Phytoestrogens dapat membantu dalam pengeluaran susu dan makanan serat yang tinggi ini juga membantu untuk mengekalkan bekalan susu yang sihat. Tambahan pula, asparagus mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh merangsang pengeluaran prolactin (hormon utama yang terlibat dalam pengeluaran susu) dan kemudiannya meningkatkan bekalan susu.

9) Beras perang: Para penyelidik telah mendapati bahawa beras perang boleh menyebabkan peningkatan paras serotonin di dalam otak. Serotonin adalah neurotransmitter yang membantu mengawal mood anda, selera makan, dan tidur. Ia juga merangsang rembesan prolaktin.

10) Aprikot : University of Wisconsin’s School of Health and Public Medicine, mengesyorkan aprikot sebagai galactagogue semula jadi. Aprikot (terutamanya kering) mengandungi phytoestrogens yang membantu untuk mengimbangi hormon yang terlibat dalam pengeluaran susu. Aprikot tinggi dengan serat, vitamin A, C, kalium dan kalsium. Buah-buahan kering yang kaya dengan kalsium seperti ara, aprikot, dan kurma yang dapat membantu dengan pengeluaran susu. Aprikot juga mengandungi tryptophan, yang secara semula jadi meningkatkan tahap prolactin.

11) Suplemen tambahan: Selain itu, salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran susu badan adalah dengan mengambil suplemen tambahan (ketahui suplemen tambahan yang dapat menambah susu badan). Fungsi suplemen tambahan adalah untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu menyusu dan sekaligus dapat meningkatkan hasil kuantiti dan kualiti susu ibu.

PENGALAMAN SENDIRI?

Untuk pengalaman saya sendiri, 3 makanan yang memang sangat membantu dalam meningkatkan produksi susu badan. Setiap orang akan mempunyai milkbooster berbeza. Bagi saya, milkbooster saya adalah:
  1. Durian!!!
  2. Susu segar
  3. Supplemen (ESP dan ostematrix)
Memang saya dah pernah buat experiment kepada diri sendiri terutama sekali durian. Lepas makan je durian, beberapa jam lepas tu confirm cik 'b' akan bengkak. Scientifically, tak pernah cuba search apakah kandungan durian yang mampu menaikkan produksi susu badan. Untuk susu segar, kandungan protein dan kalsium yang tinggi memang akan meningkatkan susu badan. Jadi lepas ni boleh la cuba makan durian dan susu segar. Supplemen pula sangat membantu saya waktu awal2 penyusuan. Sebulan pertama saya memang mempunyai masalah untuk susukan anak soleh saya sebab susu sangat sikit. Selepas ikhtiar dengan supplemen shaklee, alhamdulillah, lepas tu penuh je freezer dengan stok susu anak soleh. ^_^


APA LAGI YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN BEKALAN SUSU?

1) Minum air masak secukupnya.

2) Susukan anak anda sekerap yang mungkin. Badan anda akan menyesuaikan diri dengan jumlah pengeluaran susu yang diperlukan. Lebih banyak anda susukan bayi anda, lebih banyak susu badan akan dihasilkan.

3) Dapatkan rehat yang secukupnya. Jika anda terlalu letih, badan anda tidak akan mempunyai tenaga untuk menghasilkan susu dengan baik. Oleh itu, cuba untuk rehat dan tidur di siang hari jika anda banyak berjaga pada waktu malam.

4) Elakkan tekanan. Membiasakan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang ibu kadang-kadang boleh memberi tekanan. Tekanan diketahui boleh menjejaskan pengeluaran susu. Jadi mintalah bantuan daripada ahli keluarga untuk membantu dalam kerja-kerja di rumah.



Oleh itu, selamat mengamalkan tips2 mudah ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua terutama kepada para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu. ^_^



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.