Atasi Masalah Jerawat Kronik Anda dengan Vitamin

Tiap kali muncul jerawat di muka, pasti kita akan rasa resah gelisah. Pelbagai produk dan cara yang kita sanggup lakukan untuk hilangkan jerawat sekelip mata. Alangkah indahnya jika kita dapat 'memadam' jerawat seperti pemadam. Tak kira la daripada sekecil-kecil jerawat sehingga sebesar-besar jerawat, kita akan pasti cuba sedaya-upaya untuk menutupnya.
Jerawat akan timbul apabila ketidakseimbangan hormon berlaku. Apabila kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa, pori-pori kulit akan tersumbat dan menyebabkan bakteria membiak. 
Pembentukan jerawat
Apabila kita berkata mengenai rawatan untuk jerawat, kebiasaannye orang tidak terfikir pun ingin menggunakan vitamin. Walau bagaimanapun, banyak kajian telah menunjukkan bahawa diet memainkan peranan penting dalam merawat atau mengawal jerawat. Terdapat beberapa makanan nutrisi yang boleh menyuburkan kulit. 

Apakah vitamin Shaklee yang kita boleh ambil untuk atasi masalah ini?



1) Vitamin A merupakan antioksidan yang tergolong dalam kelas sebatian yang dikenali sebagai retinoid. Menurut mayoclinic.com, dermatologi sering menggunakn retinoids untuk merawat jerawat. Vitamin A sangat penting dalam mengekalkan liang pori yang bersih.Vitamin-Nutrition melaporkan bahawa kekurangan vitamin A sebenarnya boleh menyebabkan jerawat.


2) Omega Guard merupakan minyak ikan yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Asid lemak omega-3 berfungsi untuk merawat jerawat dengan menghalang pengeluaran dua bahan kimia yang dipanggil PGE2 dan LTB4 yang menjadi punca utama timbulnya jerawat. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan pemakanan diet yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti di Jepun, kawasan pantai North Carolina dan Papua New Guinea mempunyai masalah jerawat pada kadar yang rendah.

3) Zink mempunyai banyak fungsi dalam merawat jerawat. Salah satu daripada fungsinya ialah, zink membantu dengan proses metabolisme asid lemak omega-3. Selain itu, zink adalah antioksidan dan anti-radang yang penting untuk kulit. Zink juga membantu memecahkan bahan kimia saraf yang menyebabkan pengeluaran sebum apabila kita dalam tekanan. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah jerawat, mempunyai tahap zink yang rendah dalam sistem badan mereka.

4) Vitamin C adalah penting untuk pembaikan sel, melawan jangkitan dan meningkatkan imuniti. Ia juga penting dalam melawan radikal bebas dari merosakkan kulit. Bioflavonoids pula memainkan peranan sebagai anti-bakteria di dalam badan.

5) Energizing Soy Protein (ESP) adalah sumber protin yang penting dalam menghasilkan sel-sel kulit baru. ESP amat diperlukan dalam merawat kulit yang telah rosak akibat daripada jerawat.

Jadi, anda inginkan kulit bebas jerawat?
Anda inginkan kulit halus dan gebu?
Anda inginkan kulit yang bebas daripada parut?

MUDAH SAHAJA!! Anda hanya perlu hubungi saya di:

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.