5 cara terbaik atasi masalah jerawat dengan hanya rawatan di rumah

Monday, December 22, 2014
Masalah jerawat sangat sinonim dengan semua orang tak kira golongan, usia atau jantina. Jerawat kebiasaanya adalah disebabkan oleh hormon yang menyebabkan over production of sebum dan akhirnya liang pori tersumbat. Apakah cara terbaik untuk merawat masalah jerawat? Kebanyakkan kita, apabila ternampak sahaja jerawat muncul di muka, pasti kita akan start panik dan bergegas ke Watson atau Guardian atau seangkatan dengannya untuk mencari ubat merawat jerawat yang kadang2 agak mahal harganya. Jadi, sebagai alternatif, apa kata kita cuba beberapa petua rawatan di rumah menggunakan bahan2 semulajadi untuk merawat jerawat. Bukan sahaja bebas bahan kimia, tetapi boleh berjimat!!

TIPS #1
 Sapukan beberapa titik apple cider  atau cuka epal.

Cuka epal sangat efektif dalam menentang jerawat. Kenapa? Pertama, ia mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Selain itu, ia juga menjadi alkali dan dapat menyeimbangkan pH kulit anda. Ini akan menyebabkan sukar untuk bakteria membiak. Selain itu, seperti jus lemon, ia juga mengandungi asringent yang akan membantu mengeringkan minyak yang berlebihan.Tetapi perlu ingat, jangan sapu terlalu banyak sehingga menyebabkan kulit terlampau kering.

Bahan yang diperlukan:


  • Cuka Epal
  • Air suam
Cara-cara
  1. Basuh muka dengan air dan keringkan.
  2. Menggunakan nisbah 1:3 (cuka:air), celup kapas ke dalam cuka dan sapu ke kawasan berjerawat.
  3. Biarkan selama 10 minit atau semalaman dan bilas sehingga bersih.
  4. Pastikan untuk menggunakan pelembap muka selepas itu untuk elak kulit semakin kering.
TIPS #2
Membuat masker daripada kulit kayu manis dan madu

Apabila kulit kayu manis dan madu digabungkan, ia mampu menjadi 'pembunuh' no 1 jerawat! Kayu manis mempunyai ciri-ciri antimikrob. Jadi, ia dapat membantu dalam menghentikan bakteria daripada menyebabkan jerawat. Manakala madu pula bertindak sebagai anti-biotik semula jadi yang dapat membantu dalam melawan semua bakteria di kulit.

Bahan yang diperlukan:
  • 2 sb madu
  • 1 sb kayu manis
Cara-cara:
  1. Basuh muka dengan air dan keringkan.
  2. Campurkan madu dan kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  3. Sapu ke kulit muka untuk dijadikan masker.
  4. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas muka sehingga bersih.
TIPS #3
Campuran susu atau yogurt dengan madu.

Walaupun terdapat banyak desas-desus mengatakan produk tenusu boleh menyebabkan jerawat,tetapi jika ia disapu di kulit, tona kulit akan lebih sekata. Selain itu, ia juga dapat membuatkan kulit lebih lembut dan lembap. Yogurt juga boleh digunakan menggantikan susu. Asid yang terkandung di dalam yogurt boleh bertindak sebagai antibakteria manakala lemak di dalam yogurt boleh melembapkan dan memberi khasiat kepada kulit.

Bahan yang diperlukan:
  • 1 sudu yogurt asli atau susu
  • 1 sudu madu asli
Cara-cara:
  1. Campurkan yogurt atau susu dan madu.
  2. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering.
  3. Setelah kering, tambah lagi sapuan campuran tadi.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga anda mendapat ketebalan 'masker' yang anda inginkan,
  5. Biarkan selama 15 minit dan bilas muka dan menggunakan tuala kecil, gosok muka dalam gerakan membulat perlahan-lahan untuk menyingkirkan sel kulit mati.
  6. Sapu pelembap kulit.
TIPS #4
Putih Telur

Putih telur adalah cara yang paling mudah dan mampu untuk membantu mengurangkan jerawat dan parut jerawat. Ini adalah kerana, putih telur mempunai kandungan protin dan vitamin yang tinggi yang dapat melawan jerawat dan dapat membina semula sel-sel kulit. Ia juga dapat menyerap minyak berlebihan.

Bahan yang diperlukan:
  • 2-3 biji telur yang telah diasngkan kuning telur.
  • Satu mangkuk
Cara-cara:
  1. Bilas muka dengan air dan keringkan.
  2. Pukul putih telur sehingga berbuih dan biarkan selama 2-3 minit.
  3. Sapu putih telur ke seluruh muka dan lebihkan di bahagian yang bermasalah.
  4. Tunggu sehingga kering sebelum sapu lapisan kedua.
  5. Lakukan sehingga 3 atau 4 lapisan
  6. Biarkan selama 20 min dan bilas menggunakan air suam.
  7. Keringkan muka dan sapu pelembap muka.
TIPS #5
Betik!!!

Betik adalah antara ramuan yang penting dalam produk2 kosmetik di pasaran. Betik adalah ubat jerawat semulajadi yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan lipid yang berlebihan dari permukaan kulit dan meninggalkan kulit lebih lembut dan licin. Betik juga mengandungi enzim yang dipanggil 'papain' yang bertindak untuk mengurangkan keradangan kulit dan membantu mencegah nanah daripada terbentuk.

Bahan yang diperlukan:
  • Sebiji betik
Cara-cara:
  1. Bilas muka dengan air dan keringkan.
  2. Hancurkan betik dengan baik sehingga mendapat tekstur yang mudah digunakan di kulit.
  3. Sapu pada kulit muka dan biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.
Selamat mencuba!!!

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.