Review Lake Kenyir Resort & SPA

Sunday, August 30, 2015
Alhamdulillah, minggu lepas telah diberi kesempatan untuk bercuti sekeluarga ke Tasik Kenyir. Asalnya ikut suami join family day office dia. Tapi tak banyak sangat slot program diaorang, last2 end up macam bercuti dengan keluarga masing-masing je. Tak kisah la, janji dapat spend time dengan family.

Ok, best ke duduk kat Lake kenyir resort ni? Biasa la, takkan ada tempat yang 100% perfect kan? Meh nak review satu-satu pasal tempat ni.

1) Persekitaran

Tak dinafikan kawasan tasik kenyir ni memang cantik. Kalau rasa nak hirup udara segar, nak berjauhan sekejap dengan hiruk-piruk kota dan nak back to nature, tempat ni memang best. Resort ni memang betul2 tepi kasik kenyir. Kalau dapat bilik mengadap tasik memang cantik la.
Bilik kami 
Kalau dapat chalet tepi tasik memang best la


Pemandangan dari lobi
2) Chalet

Chalet dia agak besar kat dalamnya. Selesa la untuk bermalam. Tapi malangnya chalet dia tak maintain betul2. Kalau bernasib baik, dapat la bilik yang ok. Kalau nasib kurang baik sikit, dapat la bilik yang aircond bocor, telefon rosak, pintu bilik persalinan baju berlubang. Kalau nak dibandingkan dengan harga, memang tidak berbaloi. Laundry bag dan ubat gigi pun tidak disediakan. Jadi kalau nak bercuti ke sini, jangan lupa ubat gigi dan laundry bag bawa sendiri ye.




Gambar dekat beranda
Yang bagusnya, dia ade sediakan ubat nyamuk. Yela, bilik kat kawasan hutan, memang banyak nyamuk. Tapi sepanjang tido malam, takde pula kena gigit nyamuk. Sejuk sangat kut malam2. Kalau bawa anak kecil, dinasihatkan bawa insect repellent ye. Even time mandi kolam pun boleh kena gigit nyamuk tau.

3) Makanan

Hm....makanan dia setakat yang kami makan, biasa je. Boleh la hilangkan rasa lapar dan dahaga. Tapi yang penting, pemandangan masa makan tu memang speechless. Dinasihatkan juga kalau nak bercuti ke sini, bawa la makanan extra macam maggi ke, roti ke. Sebab kalau lapar, resort ni agak jauh dengan kedai makan kat luar. Makanan kat cafe pula boleh tahan mahal.

4) Servis

Dari segi servis memang sangat ok. Nak2 lagi servis buggy. Yela, nak pergi dari chalet ke receptionist ke, tempat parking kereta, memangla jauh. Bukan setakat jauh, jalan pula berbukit. Memang kena naik buggy macam mana pun.


Naik buggy nak balik chalet


Jalan yang berbukit




Berangan nak jalan kaki je ke receptionist
5) Aktiviti

Kat sini macam2 aktiviti boleh buat. Untuk outdoor boleh pergi river cruise. Dia akan bawa pergi jungle tracking dan mandi air terjun. Ada juga aktiviti mandi dengan ikan kelah. Macam2 lagi la aktiviti tapi semua tak sesuai kalau ada anak kecil. Sebab semua aktiviti macam adventure sikit.

Kat hotel sendiri ade indoor aktiviti yang kita boleh buat macam main snooker, ping pong, aktiviti untuk kanak2, dan mandi kolam la..hehe. Mainan indoor macam monopoli pun ada.
Bawa ammar main sini jela..hehe
Kolam ada 3 jenis


Tempat main kanak-kanak


Suka sangat la dapat mandi kolam
Kesimpulannya, tempat ni boleh la untuk relaks kan minda, dan elok la untuk spend masa yang berkualiti bersama keluarga. Sebab ape? Internet setakat edge je. Siap ade takde line lagi kat certain tempat. So, blh la letak segala jenis gadjet and handphone ke tepi dan spend masa dengan keluarga. Untuk mereka yang bujang sukakan aktiviti yang adventure, boleh la pergi kat sini juga. Macam2 aktiviti boleh buat.

Untuk resort ni pula, saya bagi 3 bintang!!! Banyak bintang hilang sebab bilik tak maintain betul2 dan makanan plak kurang sedap..hehehe. Tapi semua tu boleh tutup sebelah mata je bila tengok ammar happy yang teramat sangat. Nak2 lagi waktu mandi kolam!!haha. Kegembiraan anak adalah priceless!

Cuti-cuti pun, kedai vitamin masih dibuka 24jam ye..hehehe. Boleh hubungi saya di:



FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

3 comments:

  1. Anak tak kisah pun kita bawa diorang pergi jalan mana. Asalkan mak ayah ada kan.
    Rugi resort ni tak maintain betul-betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..asal dapat bercuti je, memang seronok la. tak kisah la gi mana2 pun. =)

      Delete
  2. memang menarik pemandangan kat Tasik Kenyir Resort ni....ada peluang boleh pi bercuti di sini...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.