Kemurungan Selepas Bersalin : Mengapa Ia Terjadi dan Cara Mengatasinya

Assalamu'alaikum..

Sama ada akan bergelar ibu untuk pertama kali atau yang dah nak masuk kali keempat, rasa gembira dan excited tetap akan terasa setiap kali nak menyambut orang baru. Untuk first-time mother, tahukah anda, hampir kesemua ibu yang baru bersalin akan mengalami perubahan emosi dan mood yang besar? Tahap serius perubahan emosi dan mood tu boleh diskalakan daripada biasa, mild baby blues sehingga lah boleh bawa kepada kemurungan yang teruk.

Adalah sangat penting bagi bakal ibu untuk mengetahui simptom-simptom kemurungan selepas bersalin. Terutama sekali ahli keluarga terdekat, wajib ambil tahu simptom2 kemurungan selepas bersalin dan cara terbaik untuk menolong mereka.


Hampir 80% para ibu akan mengalami baby blues. Perasaan sedih dan sangat emotional akan bermula seawal hari pertama selepas bersalin. Bila baby blues, para ibu akan rasa gembira dan tiba2 boleh berubah jadi sedih. Dia boleh rasa sedih, marah, kecewa, tidak puas hati atau angin je dengan orang. Baby blues ni biasanya akan terjadi untuk beberapa hari sahaja.



Sesetengah wanita, mereka akan mengalami perasaan sedih atau keletihan yang melampau lebih lama daripada baby blues. Kira-kira 10% daripada ibu-ibu baru mengalami kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan selepas bersalin biasanya terjadi dalam 2-3minggu selepas bersalin. Tetapi ada juga kes yang berlaku bila-bila masa dalam beberapa hari pertama, minggu atau bulan selepas bersalin. Ibu-ibu yang mengalami masalah ini akan berasa sedih, sentiasa menangis, berputus asa, kecewa, tidak bernilai. Kemurungan yang melampau perlukan rawatan dan pemerhatian rapi daripada doktor.

Macam mana boleh terjadi?

Segala perasaan bercampur-baur ni bukanlah disengajakan. Malah ia disebabkan oleh perubahan hormon yang drastik daripada fasa mengandung ke fasa bersalin. Level hormon estrogen dan progesteron yang tinggi waktu bersalin akan turun dengan mendadak selepas bersalin. Penurunan hormon yang mendadak ini boleh memberi kesan kepada bahagian otak yang mengawal emosi. 

Ini yang boleh memberi kesan kepada mood ibu. Paras hormon ini akan kembali normal seperti sebelum mengandung dalam masa seminggu aau lebih. Jadi di awal minggu, sokongan daripada suami sangatlah penting. (Sebab tu kut kerajaan bagi suami cuti seminggu kalau isteri bersalin..)

Apa yang perlu di lakukan?

~ Rehat secukupnya
~ Rajin2 minta tolong ahli keluarga untuk melakukan kerja-kerja rumah (jangan malu2 nak minta tolong)
~ Makan makanan yang berkhasiat
~ Minta tolong ahli keluarga untuk jaga bayi sebentar dan ambil masa untuk uruskan diri sendiri.
~ Makan makanan yang berkhasiat.
~ Dapatkan sokongan moral daripada suami.
~ Sentiasa bercakap dan luahkan perasaan kepada rakan baik yang boleh berikan sokongan. (kadang2 kawan perempuan lebih memahami bab2 ni). Dapatkan support group daripada teman rapat.
~ Elak daripada melayan perasaan sedih. Tiap kali rasa sedih je, cari aktiviti atau buatlah apa2 yang boleh buatkan kita rasa gembira.
~Elak daripada menonton filem sedih atau membaca novel2 sedih.
~ Banyakkan istighfar dan berzikir.
~ Ambil supplemen atau vitamin untuk cukupkan keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan. Sebagai contoh, vitamin B-compleks sangat membantu untuk elak rasa tertekan dan murung.

Bolehkah vitamin dijadikan set pantang? Jom baca apa kata seorang doktor?



Haa..macam mana? Penting kan vitamin2 ni waktu pantang. Meh tengok pula apa kata ibu-ibu yang sudah amalkan pengambilan vitamin sewaktu pantang.









Macam mana nak dapatkan vitamin-vitamin best ni? Boleh la hubungi saya dan dapatkan free consultation eksklusif untuk pelanggan saya sahaja.

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Oh..nanti dulu. Nak tahu macam mana nak dapatkan vitalea secara percuma? Hubungi saya dan ketahui caranya. Penjimatan sehingga RM88!! Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2015.


No comments:

Powered by Blogger.