6 Fakta yang anda perlu tahu mengenai badan anda selepas bersalin

Assalamu'alaikum...

Proses waktu kehamilan selama 9 bulan adalah antara pengalaman yang sangat indah dan menyeronokkan bagi semua para ibu. Apabila sudah tiba ke hujung-hujung kehamilan, perasaan teruja dan tak sabar nak lihat wajah bayi yang dikandung selama 9 bulan mula melonjak-lonjak. Tetapi, sudah bersediakah untuk menghadapi sedikit perubahan pada tubuh anda selepas anda melahirkan si kecil? Apakah antara fakta-fakta yang anda perlu ketahui selepas anda melahirkan bayi anda.

1) Sejurus selepas lahir, anda akan kehilangan 4-5kg.

Betul: Apabila di campur berat bayi, darah dan amniotic fluid, anda pasti boleh kurangkan 4-5kg sejurus selepas anda bersalin. Lisa Duzman (fitness-trainer di San Diego dan penulis Lean Mommy) mengatakan "Pada seminggu pertama, anda mungkin boleh menurunkan 1-2kg berat air. Tetapi, untuk dapatkan berat sebelum waktu bersalin, akan mengambil masa". Kenaikan berat badan kita mengambil masa 9 bulan untuk naik, jadi jangan harapkan untuk dapatkan berat sebelum mengandung dalam masa sebulan.

Terdapat juga kajian mengatakan, berat badan turun dengan mendadak adalah tidak bagus kerana ia akan membebaskan toksin yang terkumpul dalam lemak. Toksin ini akan sedikit sebanyak mencemarkan susu badan. Maka, amat tidak bagus untuk bayi anda. Jadi, cuba turunkan berat badan secara berperingkat.

2) Rambut gugur

Betul: Orang tua kata, kalau bayi sudah mula menyembur atau main air liur, rambut si ibu pun akan mengalami keguguran yang teruk. Sebenarnya, hampir 50% kaum ibu akan mengalami masalah ini. Ia dipanggil teloge effluvium dan akan berlaku sekitar sebulan hingga 6 bulan selepas bersalin.

Apa yang berlaku adalah waktu kehamilan, hormon seperti estrogen sangat tinggi dan menyebabkan rambut sentiasa lebat dan kurang gugur. Selepas bersalin, hormon ini turun dengan mendadak dan kitaran rambut anda kembali kepada sediakala. Untuk memastikan rambut kekal sihat dan kuat, Dr. Francesca Fusco (seorang pakar dermatologi di Mount Sinai School of Medicine di New York) menyarankan mengambil makanan tinggi protein, iron, zinc, flavenoids, antioxidants yang sangat bagus untuk kulit kepala dan rambut yang sihat. Atau anda boleh juga set rambut gugur Shakee untuk membantu masalah rambut gugur anda. Boleh baca di sini pengalaman saya atasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

3) Anda perlu makan banyak untuk susukan anak

Salah: Jika anda ingin dapatkan berat badan sebelum waktu hamil, tidak perlu makan seperti 'dinasour'. Lemak2 yang berlebihan yang diternak sepanjang anda mengandung sebelum ni, akan dibakar dan menghasilkan tenaga untuk mengahasilkan susu anda. Ingat tak tips calorie deficit untuk kurangkan berat badan? Jadi, jangan mengambil jumlah kalori lebih daripada yang badan perlukan. Cukup sekadar amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti biasa untuk menghasilkan susu yang berkualiti.

4) Susukan anak bantu untuk menurunkan berat badan

Betul: Apabila kita susukan anak secara eksklusif, kira-kira 500 kalori akan dibakar setiap hari. Jadi, apabila kerap kita susukan anak dan semakin kerap kita mengepam susu, semakin banyak kalori terbakar. Tetapi jangan rasa kecewa jika berat anda tidak turun secepat yang anda inginkan.


5) Ibu baru perlu tunggu beberapa bulan baru boleh bersenam

Salah: Terdapat beberapa senaman ringan seperti kegel dan abdominal bracing (contract otot abdomen, lower back dan otot punggung dalam masa yang sama) boleh diamalkan sejurus selepas bersalin (bersalin normal ya..bukan melalui czer). Bukan sahaja bagus untuk kesihatan ibu baru bersalin, tetapi juga boleh memberikan kecergasan kepada para ibu.


6) Stretchmarks tidak akan hilang

Salah: 90% wanita akan mengalami stretch mark ketika hamil. Ia adalah hasil daripada peningkatan berat badan yang mendadak waktu hamil. Apabila badan mengembang dengan pantas, kulit akan stretch. Tambahan lagi, peningkatan hormon glucocoticoids waktu mengandung akan memperlahankan pembentukan kolagen dan elasti fibers di lapisan kulit dermal. Kunci utama adalah untuk merawat stretchmark waktu ia baru terbentuk.

Anda boleh mengurangkan stretchmark dengan:

*Pengambilan air kosong yang banyak untuk meningkatkan elasticity kulit.
*Elak pengambilan snek, manisan yang boleh menambahkan lagi berat badan.
*Pengambilan buahan citrus dan makanan tinggi vitamin C yang penting untuk pembentukan kolagen.
*Sapukan minyak zaitun atau vitamin E pada trimester pertama untuk maximize elasticity kulit.
*Amalkan pengambilan collagen selepas bersalin untuk mengembalikan elasticity kulit anda.

Video bawah ni adalah seorang ibu yang berjaya turunkan berat sehingga 20kg selepas bersalin!!Teruja tak? Dalam masa yang sama dia mampu susukan anak dia secara ekslusif dan juga menjadi ibu susuan juga. Jom kita dengar perkongsian daripada ibu hebat ini.



Macam mana? Best kan? Nak dapatkan vitamin-vitamin yang disebut di atas? Mudah sahaja, hubungi saya dan dapatkan free consultation daripada saya istimewa untuk pelanggan saya sahaja.

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.