6 Tips berkesan untuk kempiskan perut buncit

Friday, May 08, 2015
Perut yang kempis dan 'flat' adalah perut idaman semua orang kan? Tidak kira lelaki atau perempuan, apabila semakin meningkat usia, perut pun semakin 'meningkat' kan? Bagi lelaki, selepas kahwin adalah waktu paling ketara perut semakin buncit manakala bagi wanita pula adalah selepas bersalin. Berat badan yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan anda dan boleh membawa kepada penyakit jantung dan kencing manis. Kat sini saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh kita guna untuk nyahkan lemak-lemak degil di perut.

1) Kurangkan Pengambilan kalori

Walaupun anda sudah mengamalkan cara pemakanan yang sihat, anda mungkin tidak sedar berapa banyak pengambilan kalori sehari. Untuk menurunkan berat badan, anda perlu membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil sehari. Jumlah makanan yang diambil secara berlebihan sering mengakibatkan pengambilan kalori yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, jangan mengambil kurang daripada 1200 kalori setiap hari kerana ia akan menganggu sistem badan anda dalam usaha untuk menjimatkan tenaga dan mengelakkan badan anda kebuluran.

2) Masukkan lemak baik dalam diet

Lemak 'baik' sangat penting dan perlu dimasukkan dalam diet harian kerana semua sel di dalam badan kita terdiri daripada 2 lapisan lemak iaitu lemak baik dan tidak baik (bergantung kepadajenis lemak utama di dalam diet anda). Jika lapisan lipid sel anda terdiri daripada lemak sihat, ia akan menjadikan sel-sel lebih sensitif terhadap insulin yang penting untuk metabolisme yang baik. Selain itu, menghadkan lemak trans dalam diet adalah penting kerana ia bukan sahaja boleh membuat anda gemuk, malah akan menyebabkan penyakit seperti sakit jantung dan strok.
3) Senamrobik

Ini yang selalu saya dan suami saya lakukan setiap hari. Peruntukan masa 30 minit, buat yang high intensity senamrobik. Tahap peluh menitik2 keluar. Setakat ni suami saya berjaya turun 3kg dalam masa seminggu dan ada orang tegur perut dia dah makin slim..hehe. Senamrobik sangat berkesan dalam membakar lemak dan menurunkan berat badan kerana ia menaikkan heart rate anda dan ia melibatkan pergerakan seluruh badan. Untuk mengekalkan berat badan anda, anda perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senamrobik seminggu. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu lakukan dalam 300 minit seminggu.

4) Latihan kekuatan (strength training)

Strength training adalah sama penting dengan senamrobik dalam mengurangkan lemak perut kerana ia membantu dalam membina otot. Apabila anda membina otot, anda juga akan meningkatkan metabolisme badan anda. Jadi, walaupun anda dalam keadaan rehat, badan anda tetap membakar kalori dengan banyaknya.

5) Kurangkan tekanan

Mengurangkan tekanan dapat membantu mengurangkan tahap kortisol anda. Sepertimana yang kita tahu, peningkatan tahap kortisol dalam badan boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam badan terutama sekali di bahagian perut. Tidak kira berapa banyak senaman yang anda lakukan, jika anda stress dan tahap kortisol anda tinggi, sukar bagi anda untuk turunkan berat badan,

6) Minum Teh Hijau

The American Journal of Clinical Nutrition  menunjukkan bahawa minum 4 cawan teh hijau setiap hari dapat membantu mengurangkan 2-3kg dalam masa dua bulan. Ini adalah keran terdapat sebatian dalam teh hijau yang dapat meningkatkan metabolisme badan. Teh hijau yang dibancuh seharusnya sugar-free ye.

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.