Kenapa Hantar Kelas TaeKwanDo

Tuesday, November 19, 2019
Ramai orang tanya kenapa hantar Ammar ke kelas taekwando seawal 5 tahun? Ok, kat sini saya share kenapa secara personally seboleh mungkin saya nak install macam-macam skills kepada ammar seawal 5 tahun. Untuk permulaan, saya hantar ke kelas taekwando.

Kenapa Hantar Kelas TaeKwanDo


Korang tau tak? Otak kanak-kanak berkembang dengan pesatnya untuk 6-7 tahun pertama. Jadi 7 tahun pertama ni adalah waktu kritikal untuk kita membentuk dan mendidik mereka. Waktu ni otak mereka akan hasilkan synapse (ala, biasa orang cakap nak bagi sel-sel otak berhubung tu) lebih banyak dan cepat dibandingkan dengan otak orang dewasa.

Kenapa Allah jadikan proses begitu? Supaya anak-anak ni dapat belajar benda baru dengan lebih cepat berbanding orang dewasa. Belajar berjalan, makan, kawal emosi, motor skills dan sebagainya. Banyak benda nak kena 'master' bila mereka menginjak alam persekolahan nanti.

taekwando itf
Sebelum Upgrading

Sebabkan ni, anak-anak ni ibarat span. Mereka serap ilmu dan skills lebih cepat berbanding orang dewasa. Jadi sayang la kalau tak guna peluang ni untuk ajar mereka macam-macam skills supaya semua synapse yang terbentuk itu akan digunakan. Semakin banyak synapse digunakan (makin banyak skill diajar dan praktis) semakin kuat sel-sel otak berhubung. Jadi pentingnya kita exposed mereka dengan skill-skill penting dan PRACTICE!

Perkara yang selalu dilakukan setiap hari (reading, walking, talking) akan kekal dalam otak kanak-kanak. Tetapi untuk perkara yang kita neglect, (synapse yang tidak digunakan) akan hilang begitu sahaja. Sayang kan?

Jadi key point sini, reason utama saya hantar ammar ke kelas taekwando seawal mungkin adalah untuk mengaktifkan synapse dalam otak dia. Dan saya boleh nampak perkembangan ammar bila dia cepat hafal pattern. Ajar sekali terus dapat. Tapi wajib buat hari-hari baru dia ingat betul-betul. Jika tak, dia akan teragak-agak juga.

Sir masukkan dalam team elite sebab ada potential. Team tournament.

Selain daripada tu, biasa orang cakap jawapan cliche nak anak tahu self-defense supaya dapat protect diri. Yes, memang betul. Tapi kelas taekwando lebih daripada tu. Kelas ni juga ajar untuk anak-anak lebih berdisiplin. Kalau rasa anak-anak terlebih hyper, boleh la hantar ke kelas seni pertahanan diri supaya mereka dapat salurkan tenaga mereka yang terlebih-lebih tu ke arah yang betul.

taekwando ITF
Amanat daripada Sir

Taekwando ITF
Masa Upgrading

Dan banyak lagi reason lain. But untuk stimulate synapse dan juga disiplinkan anak adalah 2 main reasons kami kenapa hantar ammar ke kelas taekwando. But at the same time selari juga dengan minat Ammar.

Jadi my suggestion, cari la apa-apa aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak kita. Terutama waktu kritikal otak mereka berkemabng. Apa-apa pun aktiviti yang kita nak cari untuk anak-anak, perlu ada minat sekali. Baru anak-anak akan enjoy dan tidak stress. Dan of course pemakanan seimbang juga penting. Untuk ammar, kami memang bagi omega guard setiap hari. =)

No comments:

Powered by Blogger.