9 Nasihat Mengenai Kehamilan : Mitos atau Fakta?

Sunday, July 05, 2015
Assalamu'alaikum..

Di saat kita dapat tahu je kita hamil, pelbagai perasaan akan bercampur aduk dan macam2 benda yang kita fikir kan? Terutama sekali bagi bakal ibu yang hamil untuk kali pertama atau wanita yang sudah lama menunggu saat untuk hamil, mesti pelbagai benda yang 'do's' dan 'donts's'  bermain di benak fikiran kita. Ditambah lagi apabila ahli keluarga terdekat dan rakan2 mengetahu berita gembira ini, telah menjadi satu kezaliman untuk kita menerima pelbagai nasihat dan pantang-larang sewaktu hamil. Tetapi adakah semuan nasihat2 yag diberikan adalah fakta atau mitos semata2?



#1 Mabuk hamil adalah wajib!


Hampir separuh daripada wanita hamil mengalami masalah mabuk hamil di awal2 kehamilan. Loya dan mual selalunya lebih teruk di waktu pagi. Mungkin sebab itu ia digelar morning sickness. Pertambahan hormon, perubahan gula dalam darah dan pertambahan asid dalam perut adalah antara faktor2 yang menyumbang kepada rasa loya dan mual.

#2 Ibu hamil harus mengurangkan aktiviti fizikal

Kita sentiasa disogokkan dengan nasihat supaya banyakkan berjalan dan naik turun tangga untuk memudahkan kita bersalin. Fakta ini benar tetapi ia hanya boleh diaplikasi di saat2 akhir kehamilan, bukan di awal kehamilan. Satu kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik di John Hopkins School of Public Health mendapati wanita yang aktif seperti naik turun tangga mempunyai risiko untuk melahirkan bayi secara pramatang. Wanita hamil yang mengamalkan senaman sederhana mempunyai 50% risiko bersalin awal. 

#3 Ibu hamil harus makan untuk dua orang

Ini sudah semestinya mitos semata-mata. Wanita hamil hanya memerlukan 15% atau penambahan sebanyak 300 kalori dalam sehari sahaja. Jika ibu hamil mengambil kalori yang berlebihan, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan yang mendadak dan meningkatkan risiko kencing manis (gestational diabetes meliitus; GDM). Apa yang penting adalah mengamalkan diet yang seimbang.

#4 Ibu hamil tidak boleh bersenam


Siapa kata ibu hamil tidak boleh bersenam? Bersenam penting untuk menggalakkan otot lebih kuat. Akan tetapi, janganlah melakukan aktiviti yang lasak dan berat (seperti angakt berat!!). Lakukan senaman seperti yoga pranatal kerana senaman lembut seperti ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit belakang ketika kehamilan, sembelit dan keletihan. Ia juga membantu membaiki mood tidur anda.

#5 Bentuk perut menentukan jantina bayi

Ini adalah mitos. Jika perut membuncit ke hadapan, ini mungkin disebabkan oleh ketinggian anda. Badan yang rendah akan menyebabkan kandungan anda berada di posisi hadapan. Jika seseorang itu tinggi, ia akan memberi lebih ruang kepada bayi dan menyebabkan perut melebar ke tepi.

#6 Pendidikan mula seawal dalam kandungan.

Beberapa kajian menunjukkan otak bayi sudah mampu membri tindakbalas terhadap rangsangan dan pendidikan awal. Persekitaran sangat mempengaruhi perkembangan emosinya. Oleh itu, wanita hamil perlu memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan baik supaya perkembangan bayi sentiasa sihat.

#7 Perlu elak daripada mengambil minuman berkafein

Pengambilan kafein yang berlebihan semasa kehamilan boleh meningkat risiko kerencatan pertumbuhan jain, Kafein juga boleh menganggu penyimpanan zat besi dalam badan. Wanita hamil disyorkan untuk menghadkan pengambilan kafein kepada 2 cawan sehari.

#8 Tidak boleh memakai kasut tinggi.


Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh wanita hamil menampung berat badan yang lebih. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya wanita hamil memakai kasut yang tapaknya lebar untuk sokongan lebih. Bukan itu sahaja, tapak kasut yang lebar juga membantu menyerap hentakan. Perubahan postur badan semasa hamil juga boleh menyebabkan wanita hamil susah berjalan.

#9 Pembedahan Caesarean kurang sakit berbanding kelahiran normal

Ini tidak benar. Parut daripada pembedahan adalah lebih sakit daripada parut episiotomi kerana ia lebih panjang dan melintang. Bersalin secara semulajadi, akan sembuh lebih cepat berbanding melalui pembedahan.

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.