8 Makanan yang dapat meningkatkan hemoglobin wanita hamil dalam masa 2 minggu
Assalamu'alaikum..
Hemoglobin adalah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan, Ujian tahap hemoglobin adalah antara ujian wajib dilakukan oleh wanita hamil apabila pergi buat check-up bulanan. Oleh itu, apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (Kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Jika ujian darah menunjukkan paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl, itu adalah petanda mengalami anemia. Cara utama untuk mengatasi masalah anemia ialah melalui pengambilan suplemen dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Jadi, apakah makanan yang terbaik untuk tingkatkan paras hemoglobin?
1) Kurma dan Delima
Delima mempunyai kandungan Vitamin A, C, E, folic acid dan zat besi yang tinggi. Ia mempunyai kandungan antioksidan 3 kali lebih tinggi berbanding teh hijau. Buah ini akan membantu meningkatkan pengambilan zat besi dalam darah dan sekaligus meningkatkan paras hemoglobin dalam darah. Kurma juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi.Selain itu, ia juga mengandungi potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin B. Kurma juga boleh membantu ibu hamil untuk lebih bertenaga. Jadi, waktu bulan puasa ni, sangat penting bagi ibu hamil untuk bersahur dan berbuka puasa dengan buah kurma.
2) Ubi Bit Merah (Beetroot)
Ubi bit merah adalah sumber zat besi yang terbaik. Satu cawan ubi bit merah mengandungi 1.1 mg zat besi. Apabila anda membuat menu salad, jangan lupa tambah beberapa potong ubi bit ke dalam salad anda. Selain itu, anda juga boleh membuat jus ubi bit.
3) Tembikai
Tembikai adalah antara buah yang sangat menyegarkan dan sangat sedap. Ia bukan sahaja sedap, tetapi juga berkhasiat. Tahukah anda, satu kajian menunjukkan tembikai merah mengandungi kandungan lycopene yang lebih tinggi berbanding tomato?Selain itu, tembikai juga mengandungi zat besi, protein, karbohidrat, potassium, vitamin c dan vitamin B. Buah ini juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina badan kita.
4) Sayur-sayuran hijau
Sayuran hijau sumber terbaik zat besi dan kalsium. Sayuran hijau seperti bayam dapat membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah.
5) Makanan tinggi Vitamin C
Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dalam badan. Buah-buahan seperti oren, kiwi, strawberi, mangga, betik dan anggur mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi. Anda boleh makan begitu sahaja, buat dalam salad buah atau dalam bentuk jus buahan (tanpa gula tambahan semestinya).
Selain itu, terdapat juga herba yang boleh membantu penyerapan zat besi dalam badan. Herba2 seperti daun pudina, daun basil dan daun bay sangat membantu. Oleh itu, jangan lupa masukkan dalam masakan anda.
6) Kekacang
Semua jenis kekacang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Ini termasuklah kacang soya, kacang buah pinggang merah, kacang kuda, kacang merah dan kacang Fava. Makan kekacang dalam diet harian anda boleh meningkatkan paras zat besi dalam badan. Tapi awas..bagi mereka yang mempunyai masalah angin dalam badan, hadkan pengambilan kekacang kepada 3 kali seminggu.
7) Biji labu (pumpkin seeds)
Biji labu bukan sahaja kaya dengan zat besi, tetapi juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan zink. 1/4 cawan biji labu mengandungi 8.6mg zat besi. Cara terbaik untuk makan biji labu adalahdengan begitu sahaja. Jadi, bolehlah masukkan dalam menu anda sebagai salah satu snek sihat.
8) Makanan tambahan atau supplement.
Selain itu, pengambilan vitamin-vitamin sewaktu hamil jangan tinggal tau. Ia amat penting untuk top-up balik mana2 yang tak cukup dalam diet harian kita. Bagi ibu hamil yang memang mmepunyai masalah hemoglobin susah sangat nak naik, saya cadangkan 3 vitamin ni:
InsyaAllah, dengan pengambilan yang betul dan konsisten, tak perlu risau dah bila nak cek Hb level kat klinik setiap kali appointment. =)
Hubungi saya dan dapatkan free consultation seumur hidup khas untuk pelanggan saya sahaja. ^_^
Hubungi saya dan dapatkan free consultation seumur hidup khas untuk pelanggan saya sahaja. ^_^
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: