Pentingkah Jadual Mengepam Susu Dalam Meningkatkan Kuantiti EBM?
Assalamu'alaikum..
Bagi setiap ibu yang hamil pasti sudah mencapai angan-angan untuk susukan si manja anda sehingga mencapai 2 tahun. Cita-cita itu memang murni tetapi jika cita-cita sahaja tanpa usaha, tak boleh jadi juga. Jadi, sebab itu pentingnya ilmu penyusuan ni. Jadi, mesti para ibu tertanya-tanya bagaimana pentingnya jadual mengepam dalam meningkatkan kuantiti susu badan.
Jadual mengepam bergantug kepada jumlah susu yang si kecil perlukan sepanjang ibu pergi bekerja. Sebagai contoh, jika waktu kerja si ibu 8-5 petang, dalam tempoh 9 jam tu si kecil kebiasaannya minum susu 2 jam sekali. jadi sekurang-kurangnya perlukan 5 kali penyusuan. Kita ambil lebih la, si kecil menyusu 6 kali waktu si ibu pergi kerja. Sekali menyusu perlukan 3oz, Jadi jumlah yang perlu dibekalkan setiap hari 18oz. Betul kan?
Jadi, sehari ibu perlu pastikan dapat perah 18oz sekurang-kurangnya. Ok, berapa pula si ibu dapat untuk setiap kali perahan? Kita ambil contoh sekali perah dapat 2oz untuk satu sesi. Jadi, sehari kena 9 kali sesi perahan susu!!Fuuhhh banyak kan? Memang sukar, tapi ini semua permulaan sahaja.
Jadi, bila sudah membuat jadual pumping, kena la berdisiplin ikut. Dan pastikan mempunyai sela waktu yang tetap. Sebagai contoh, dulu aina akan buat perahan setiap 2 jam. Tetapi bermula dari pukul 7pm hingga 11 pm, kebiasaannya aina akan sibuk menguruskan rumah, masak, kemas rumah dan juga direct feed anak. Jadi ni contoh jadual pumping aina dulu:
7am
9am
11am
1pm
3pm
5pm
7pm
11pm
2am
4am
Pada waktu pagi aina akan buat power pumping kalau daya la. Sebab pada waktu pagi antara waktu yang susu banyak dihasilkan. Mungkin kerana pada waktu pagi kita rasa lebih tenang, jadi susu lebih banyak terhasil. =)
Bila kita disiplin ikut jadual ni, badan kita mula akan serasi dengan keadaan ini dan lama kelamaan setiap 2 jam badan akan hasilkan susu. Hasilnya, setiap 2 jam nanti confrim breast rase bengkak je. Dan insyaAllah jumlah susu pun akan eningkat sedikit demi sedikit. Saya masa mula2 bersalin dulu, nak dapatkan satu sudu susu pun sangat susah. Lama kelamaan, meningkat kepada 1 oz, kemudian 2 oz. Lepas tu sekali perah dapat 5-6oz. Bila kuantiti susu dah meningkat, dah boleh cuba kurangkan kekerapan mengepam kepada 2 jam sekali ke. Jadi, takdela penat sangat.
Kalau tercari-cari supplement untuk menyusu, boleh pm aina k. =)
Selamat mencuba ye.
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: