7 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Kulit Tanpa Cela

Assalamu'alaikum..

Sebagai wanita, untuk dapatkan kulit muka yang licin, gebu, sihat dan bebas cela adalah antara kulit idaman la senang katakan. Korang tahu tak? RULES pertama untuk dapatkan kulit yang sihat adalah untuk mengurangkan penggunaan alat make-up tetapi lebihkan lah penjagaan kulit muka! Kat sini aina nak share lagi 7 tips mudah untuk dapatkan kulit yang sihat. 

1) Cuci Muka


Jangan sesekali tidur tanpa cuci dulu make-up. Ini adalah kerana ia mampu menghalang proses penggantian kulit baru dan juga boleh menyebabkan liang pori kulit tersumbat.  Pori yang tersumbat boleh menyebabkan timbulnya jerawat, blackhead dan juga keradangan.

Pilihlah pencuci muka yang lembut untuk kegunaan seharian. Bukan menggunakan pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pencuci muka terbaik bebas daripada bahan kimia berbahaya dan diperkaya dengan sumber2 tumbuhan organik yang dapat memberikan kesegaran pada kulit kita.

2) Toner

Ramai yang selalu mengabaikan step menggunakan toner kerana menganggap ia leceh dan tidak memberikan apa-apa manfaat pun. Tapi yang sebenarnya, toner penting untuk mengembalikan kulit kepada keadaan seimbang terutamanya selepas kita mencuci muka. Toner membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi pastikan anda berhati-hati ketika memilih toner dan elakkan menggunakan toner yang mengandungi alkohol. Alkohol boleh menyebabkan kulit menjadi kasar.

3) Pengelupasan / Exfoliate

Kulit kita akan digantikan dengan kulit baru dalam tempoh 22-50 hari (bergantung kepada faktor umur, kesihatan, pendedahan kepada radikal bebas dan sebagainya). Pengelupasan secara lembut perlu dilakukan untuk membantu proses ini.

Elakkan daripada menggunakan scrub yang jenis kasar untuk proses ini kerana ia hanya boleh menyebabkan kecederaan pada kulit dan menyebabkan pigmentasi dan jerawat. Nanti saya kongsikan resepi masker yang anda boleh lakukan sendiri dan memberi kepuasan pada diri.=)

4) Mata

Kulit di bawah mata adalah kawasan kulit yang sensitif. Elakkan menggunakan pelembap muka di bawah mata. Kadang-kadang 'milia' (biji-biji putih di bawah mata) boleh terbentuk disebabkan pori-pori tersumbat.

Sebaiknya guna kan krim bawah mata untuk melembapkan kulit bawah mata, mengurangkan dark circle, sembab dan garis-garis halus. Gunakan jari hantu untuk sapu krim bawah mata kerana jari hantu mampu memberikan tekanan paling rendah di kawasan yang sensitif.

5) Lembap dan Lindung

Setiap kali sebelum keluar rumah, jangan lupa untuk pakai pelembap (moisterizer) dan juga pelindung matahari (sunscreen). Langkah ini penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan juga dilindungi daripada pancaran UV yang boleh merosakkan kulit dan terjadinya jeragat. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30.

6) Jaga Pemakanan Seimbang

Tidak cukup untuk kita jaga secara luaran sahaja. Kita juga perlu jaga secara dalaman untuk dapatkan kulit yang cantik dan anjal. Pengambilan vitamin-vitamin antioksidan (A, C dan E) sangat penting untuk memelihara kesihatan kulit dari dalam. 

7) Servis Professional!

Sebulan atau dua bulan sekali reward la diri anda untuk memanjakan kulit di spa-spa yang membri khidmat professional. Mereka bukan sahaja dapat memberikan rawatan kepada kulit anda tetapi juga memberi nasihat-nasihat yang berguna cara-cara penjagaan kulit mengikut jenis kulit masing-masing. 

Shaklee ade ke produk penjagaan kulit?

Seharusnya ada!! Jom tengok sini:



Lengkap kan set penjagaan kulit keluaran Shaklee? Yang paling best, bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti paraben, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Produk rangkaian nutriwhite dirumus khas daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang sangat lembut pada kulit.

Jika ingin mencuba produk-produk nutriwhite ni, boleh kontek kami. Dijamin, anda pasti akan berpuas hati dan takkan cari yang lain dah la. =) Selamat Mencuba!


FB : Aina Amin

FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.