6 Perkara yang Anda Perlu Lakukan Apabila Susu Mula Drop Mendadak

Assalamu'alaikum...

Setiap ibu pasti bercita-cita ingin berikan yang terbaik untuk si kecil mereka. Tidak kurang juga dalam isu penyusuan. Semua ibu pasti ingin susukan anak mereka sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini adalah kerana, pelbagai kajian telah terbukti menunjukkan susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi anda. 

Tetapi, untuk susukan anak sepanjang tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapai oleh ibu untuk memastikan susu badan sentiasa mencukupi untuk keperluan bayi, cabaran apabila bayi anda mula tumbuh gigi (ngeri!!), rasa penat apabila susukan bayi dalam tempoh yang lama dan sebagainya. Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh para ibu yang berkerjaya adalah apabila kuantiti susu mula merundum apabila ibu mula bekerja. Jadi apakah yang perlu ibu lakukan apabila susu mula drop mendadak?


1) Periksa Jadual Memerah

Semak semula jadual memerah anda seminggu sebelum anda mula perasan susu semakin sikit dengan mendadak. Seorang ibu menyusu yang bekerja harus bijak membahagikan masa dan mematuhi jadual memerah susu dengan konsisten. Wajib memerah susu setiap 2 hingga 3 jam sekali di pejabat untuk 'create demand' pada susu setiap 3 jam. Ingat, susu terhasil berdasarkan demand. Semakin tinggi demand, semakin banyak susu akan terhasil.

2) Emosi

Emosi sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Apabila ibu stress di tempat kerja, ia akan menganggu penghasilan susu dan sekaligus boleh menyebabkan susu merundum. Apa yang berlaku adalah, stress boleh menyebabkan hormon oxytocin terbantut dan sekaligus menganggu pengeluaran susu. Oleh itu, apabila di tempat kerja, anda perlu tahu cara terbaik untuk tangani stress dan cuba tenangkan diri. Jangan biarkan stress selubungi diri anda.

3. Pemakanan


Pemakanan yang seimbang dan cukup nutrisi sangat penting dalam menghasilkan susu yang banyak dan juga berkualiti. Sesetengah ibu terlampau ingin menurunkan berat badan sehingga menghadkan pengambilan makanan harian secara drastik. Apabila kurang kalori dalam badan, tenaga yang diperlukan untuk hasilkan susu juga berkurangan. Sekaligus akan menganggu penghasilan susu ibu. Pastikan badan cukup dengan nutrisi untuk hasilkan susu yang berkualiti.

4. Pam susu

Pastikan pam susu anda sentiasa dalam berkeadaan baik. Sama seperti waktu anda mula2 belinya dulu. Pam susu yang dapat berfungsi dengan baik, dapat mengosongkan payudara anda dengan lebih efektif dan cepat. Jika pam susu tidak beroperasi dengan baik, anda perlu hantar pam susu untuk diservis atau periksa bahagian2 pam susu anda yang perlu diganti dengan baru. Antara tanda2 pam susu sudah perlu diservis seperti sedutan tidak sekuat waktu awal anda beli dulu atau mengambil waktu yang lama untuk kosongkan payudara.

5. Mengambil Pil Perancang

Tidak dinafikan pengambilan pil perancang sangat penting untuk merancang keluarg. Tetapi terdapat sesetengah pil perancang yang boleh menganggu penghasilan susu anda. Jika anda berhajat ingin mengambil pil perancang, consult dengan doktor anda terlebih dahulu pil perancang terbaik yang tidak akan menganggu penghasilan susu anda.

6) Buat Ujian Air Kencing (UPT)

Jika kesemua 5 perkara di atas anda dah lakukan tetapi masih mengalami masalah susu drop, buatlah ujian air kencing (UPT) untuk sahkan samada anda hamil lagi atau tidak. Jika anda disahkan hamil lagi, bersyukur lah dengan rezeki daripada Allah. Disebabkan oleh hormon pregnancy anda, kuantiti susu akan menurun secara semulajadi. Tidak mustahil untuk susukan bayi anda ketika anda sedang hamil. Anda boleh consult dengan doktor atau certified lactation counsellor anda.

Walau apa pun cabaran dan rintangan yang kita hadapi, jangan sesekali mudah untuk kita putus asa. Sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk bayi anda. Usaha sebaik mungkin selagi ada kemampuan. Yang penting bukanlah end result, tapi the efforts that count. Jika ditakdirkan kita tidak mampu juga untuk susukan anak selama 2 tahun disebabkan oleh masalah kesihatan atau sebab2 lain, anggaplah ia sebagai ujian yang Allah berikan. Dan berusaha lagi untuk anak yang seterusnya. Kita merancang tetapi Allah adalah sebaik2 perancang.

Jika anda mencari supplemen tambahan yang dapat membantu sepanjang tempoh penyusuan bayi anda, boleh hubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.