Protein Soya Terbaik Yang Diperbuat Daripada Bukan GMO Soya

Thursday, September 03, 2015
Apakah sebenarnya GMO produk? Ramai masih belum mempunyai kesedaran pasal ini walaupun sudah banyak kali hangat dibincangkan di seluruh dunia. Tahukah anda, terlampau banyak produk GMO yang dijual di pasaran?


Apakah GMO? GMO adalah singkatan untuk 'Genetically Modified Organism'. Bahasa mudahnya, tumbuhan yang telah 'diubah' oleh saintis. Tetapi ia bukanlah satu benda yang baru kerana ia sudah mula dijual sejak tahun 1994 lagi. Kelebihannya? Epal tidak mudah bertukar menjadi coklat apabila kita potong, ubi kentang yang sentiasa kelihatan segar tanpa lebam-lebam, jagung yang sentiasa mempunyai rasa manis dan sebagainya.

Bagaimana ia dilakukan? Saintis akan mengubah ciri-ciri tumbuhan itu dengan menambah DNA daripada tumbuhan lain, bakteria atau virus. DNA ini membawa ciri-ciri yang istimewa atau yang mereka nak. Ini akan meningkatkan kualiti tumbuhan itu seperti akan lebih resistant terhadap penyakit, serangga. Ia juga dapat meningkatkan kualiti rasa juga.

Antara sedar atau tidak, sudah banyak makanan GMO yang telah kita makan. Sebagai contoh, tembikai. Tembikai di pasaran sekarang banyak yang dijual tanpa biji atau pun biji berwarna putih. Ini adalah contoh buah yang telah diubahsuai gentiknya. Sekarang sudah susah kan nak jumpa tembikai yang ada biji hitam tu?Boleh rujuk di sini

Sumber: http://www.ecojesuit.com/gmos-and-zambia/5686/

Jadi selamatkah kita ambil makanan GMO ni?Antara kesan sampingan yang kita boleh dapat seperti:


X Meningkatkan risiko alergi pada makanan.
X Meningkatkan toksin dalam badan
X Merendahkan nutrisi dalam badan
X Boleh jadi salah satu punca badan gagal bertindak balas dengan antibiotik' "antibiotic resistance"

Sumber: http://happypaleokids.com/dangers-gmo-soy/

Bagaimana pula dengan ESP Shaklee? Adakah daripada soya yang telah diubah genetiknya?

Jawapan saya sudah semestinya tidak. Apa yang best mengenai Shaklee, ia menggunakan "Identity Preservation Program" untuk memastikan kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP bebas daripada sebarang pengubahsuaian genetik (daripada benih sehinggalah kepada pengeluarannya). Tanaman kacang soya sentiasa dipantau dengan teliti daripada mula ditanam sehingga la waktu proses. Tanaman akan dibiarkan tumbuh secara semulajadi. Dalam kata lain, tiada intervention seperti diberi bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan.

Kacang soya diproses menggunakan air, bukan alkohol dan diproses pada suhu rendah. Oleh sebab itu, ESP adalah protein bukan GMO yang terbaik dan lengkap dengan semua asid amino perlu. Sebab itu ramai yang sudah jatuh cinta dengan ESP dan telah mendapat manfaat dan kebaikannya selepas mengamalkan ESP. Dan yang paling penting, ia selamat digunakan oleh semua golongan.

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan produk protein soya yang terbaik sekarang dengan menghubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Sumber:
1) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18989835
2) http://enhs.umn.edu/current/5103/gm/harmful.html
3) http://www.responsibletechnology.org/gmo-dangers/health-risks/articles-about-risks-by-jeffrey-smith/Doctors-Warn-Avoid-Genetically-Modified-Food-May-2009

1 comment:

  1. soya adalah minuman yang terbaik di mana kita memerlukan protein yang seimbang dalam tubuh badan kita...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.