Pengedar Sah Shaklee di Kuantan

Thursday, January 30, 2014
Assalamu'alaikum semua....ok, sebelum saya berceloteh panjang (banyak betul idea dalam kepala ni nak share kat korang semua), biar saya perkenalkan diri dulu. Tak kenal maka tak cinta dop?hehehe..Saya Aina Mohd Amin, seorang isteri, bakal ibu (tengah sarat pun ni..hoho), seorang anak dan seorang suri rumah. Baru sahaja menamatkan pelajaran peringkat Sarjana dalam bidang Produk Halal Sains, UPM. Sebelum ni, mendapat kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sains bioperubatan di UIA...pssttt..kalau tau mana2 lubang keje kosong, roger2 saya k..hehehe. Salah satu tujuan create blog ni sebab semangat yang berkobar2 nak share pasal produk SHAKLEE. 

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK DENGAN DUNIA SHAKLEE? 

Al-kisahnya, selepas saya berhenti kerja di UPM dan berpindah ke Kuantan mengikut suami tercinta, saya dok umah jela. Takde buat ape2. Masa tu tunggu tarikh untuk viva (pembentangan thesis master di hadapan pemeriksa) je la. Nak cari keje, sape la nak amik org yang tengah sarat mengandung ni. Jadi, banyak masa terluang di hadapan laptop dan layari internet. Mencari maklumat pasal dunia keibu-bapaan, pantang, ilmu untuk didik anak dan macam2 lagi la. Masa tengah cari set untuk pantang, selalu jumpa set pantang SHAKLEE ni. Dan banyak review yang kata ok. Memang terpengaruh jugak la. Terus contact Kak Yana (isteri kepada ex-classmate masa kt UIA dulu), untuk tanya pasal set pantang n sekaligus tanya pasal bisnes SHAKLEE ni. Tengok macam kencang je orang2 berbisnes online ni. Nak jugak try..ye dop? Dah alang2 dok ngadap internet je hari2, jadi terus bercadang nak tolong suami untuk cari income tambahan family.

Jadi sekarang genap dah sebulan jadi distributor SHAKLEE... Alhamdulillah, walaupun mula2 terkontang-kanting, tapi alhamdulillah ade upline yang sgt best dan sangat membantu. Bulan pertama ni dah tercapai target untuk dapat bonus pada bulan hadapan. Penat lelah berbaloi2!! Bulan depan boleh target up lagi..hehe. Tak rugi jadi distributor SHAKLEE, selain boleh jana pendapatan, produk2 dia pun memang SUPERB!!!dapat beli dengan harga ahli..hehe. Time paling best bile ade customer yang tanya pasal produk dan order nak beli barang SHAKLEE..perrggghhh..memang best. Best sebab dapat bagi consultation pasal produk SHAKLEE dan sekaligus boleh amalkan ilmu2 yang belajar time degree dulu. Harap dapat membantu lebih ramai org kat luar sana dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat. =)

Jadi, kalau sape2 yang berminat nak join family SHAKLEE yang best ni..siap ade coaching and bengkel bagai, boleh contact saya 013-9695362. Memang tak rugi..join jadi ahli untuk beli makan sendiri pun boleh. ^_^

Nama : Aina Mohd Amin
ID : 1092280
HP : 013-9695362
Email : aina061@gmail.com
COD : Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UMP Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.