Cara Cegah Kencing Manis Ketika Hamil Dengan Mudah

Thursday, April 27, 2017
Korang tahu tak? 9 daripada 100 orang wanita hamil akan dapat kencing manis ketika hamil. Ia juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM). Masalah kencing manis ketika hamil tidak boleh dipandang ringan tau. Ia boleh memberi kesan buruk kepada si ibu dan bayi dalam kandungan. Bagaimana boleh berlakunya kencing manis ketika hamil?

3 Cara Cegah Kencing Manis Ketika Hamil 

Ketika hamil, palsenta akan hasilkan hormon yang dapat bantu untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Hormon yang terhasil akan menyebabkan sel-sel ibu menjadi rintang kepada insulin (hormon yang bertanggungjawab untuk bantu glukosa dalam darah masuk ke dalam sel). Jadi pankreas si ibu perlu bekerja lebih kuat untuk hasilkan lebih insulin untuk atasi masalah kerintangan insulin.

Masalah kencing manis berlaku apabila pankreas tidak dapat hasilkan insulin yang mencukupi. Ini menyebabkan paras glukosa dalam darah akan meningkat dan kencing manis ketika hamil akan berlaku. Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil kerana ketika ini palsenta sudah besar dan dapat hasilkan lebih banyak hormon.

Siapa Yang Berisiko Untuk Dapat Kencing Manis Ketika Hamil?

1) Ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
2) Berat badan berlebihan sebelum hamil.
3) Berumur 25 tahun ke atas.
4) Mempunyai sejarah GDM pada kehamilan sebelumnya.

Cara Cegah Kencing Manis

1) Diet

3 Cara Cegah Kencing Manis Ketika Hamil 

Kurangkan gula dalam diet harian. Sebolehnya elak minum air manis sepanjang hamil. Banyakkan makanan yang tinggi serat seperti sayuran, roti whole-grain dan bijirin. Makanan yang terbaik adalah makanan yang mempunyai glycemic index yang rendah. Supaya badan dapat tukarkan karbohidrat kepada gula dalam kadar yang perlahan. 

Satu kajian menunjukkan peningkatan pengambilan serat sebanyak 10 gram dalam diet harian boleh mengurangkan risiko GDM sebanyak 26%. Bila kita kawal pengambilan gula dan karbohidrat dalam badan, bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kencing manis, tetapi juga dapat kawal kenaikan berat badan ketika hamil.

2) Bersenam

3 Cara Cegah Kencing Manis Ketika Hamil 

Lakukan senaman ringan yang sesuai ketika hamil. Senaman terbaik adalah berjalan dan berenang. Satu kajian menunjukkan wanita yang amalkan gaya hidup yang aktif sebelum dan semasa hamil (bersenam 4 jam seminggu), mampu mengurangkan risiko kencing manis ketika hamil sebanyak 70%!

3) Kurangkan Berat Badan Sebelum Hamil

Dapatkan berat badan ideal sebelum anda mengandung. Kerana obesiti boleh meningkatkan risiko kencing manis ketika hamil. Jadi, bila anda plan u tuk hamil, cuba sedaya upaya untuk kurangkan berat badan. Ingat, sebelum hamil tau. Bila hamil jangan buat diet hardcore pula. Jika sudah hamil, cuba kawal kenaikan berat badan supaya tidak naik mendadak.

Bila berlakunya kencing manis ketika hamil, akan menyebabkan risiko tinggi untuk menghidap pre-eclampsia (mempunyai tekanan darah tinggi dan protein berlebihan dalam air kencing), saiz bayi yang besar dan juga risiko kematian bayi dalam rahim. Jadi sangat penting untuk pantau diet kita ketika hamil terutama bagi mereka yang mempunyai risiko untuk dapat kencing manis. Dan sentiasa berbincang dengan doktor dan pegawai zat makanan untuk tahu lebih lanjut mengenai diet ketika hamil. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan?

Jika anda tercari-cari supplement terbaik untuk membantu sepanjang proses kehamilan anda, boleh hubungi aina k. Jom kekal cergas bertenaga sepanjang kehamilan dengan set hamil Shaklee.

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 


Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.




No comments:

Powered by Blogger.