6 Perkara Yang Ibu Perlu Jaga Kalau Nak Berjaya Susukan Anak

Wednesday, April 19, 2017
Susukan anak sehingga 2 tahun adalah antara impian semua ibu. Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Dan kita tahu, susu ibu adalah susu yang paling baik dunia yang Allah kurniakan kepada para ibu. Tetapi tak semua ibu berjaya susukan anak mereka kerana kurangnya ilmu penyususan. Jadi kali ni aina nak kongsikan perkara-perkara yang ibu perlu jaga kalau nak berjaya susukan anak.

6 Perkara Yang Ibu Perlu Jaga Kalau Nak Berjaya Susukan Anak

1) Minum air masak yang banyak.


Kita digalakkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter air. Ini adalah penting untuk usaha mengekalkan penghasilan susu badan. Bagi ibu menyusu, pernah tak rasa tekak haus sangat lepas susukan anak anda? Itu tandanya badan sangat perlukan air untuk hasilkan susu badan.

2) Pengambilan protein.

Ketika dalam proses penyususan, dinasihatkan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan protein setiap hari. Sumber protein boleh jadi daripada keju, kekacang, telur. Jadi bukan limited pada daging dan ayam sahaja tau. Aina dulu tak pernah miss ambil esp (soya protein). Bila protein mencukupi, boleh nampak susu badan lebih pekat dan anak lagi cepat kenyang.

3) Pengambilan Zat Besi

6 Perkara Yang Ibu Perlu Jaga Kalau Nak Berjaya Susukan Anak
Dari tahun ke tahun, badan wanita akan mengalami kekurangan simpanan zat besi sejak mula alami haid yang pertama lagi. Oleh itu, semua wanta digalakkan untuk mengambil pelbagai makanan yang mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Ini adalah untuk memastikan bekalan zat besi cukup untuk keperluan tubuh dan juga bayi yang disusukan.

4) Cukupkan keperluan Kalsium

Pengambilan kalsium harian seorang ibu menyusu adalah lebih tinggi daripada orang biasa. Ibu menyusu perlukan 1,300mg sehari. Jadi jangan lupa masukkan sumber kalsium dalam menu makanan setiap hari. Sumber kalsium boleh dapat daripada yogurt, susu, keju, sayuran hijau dan kacang soya. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, akan meningkatkan risiko osteoporosis pada si ibu atau sakit gigi. Dan paling teruk, gigi cabut!!

5) Pilihan Snek berkhasiat.

6 Perkara Yang Ibu Perlu Jaga Kalau Nak Berjaya Susukan Anak
Di antara sesi makan, si ibu boleh ambil kudapan yang berkhasiat. Ini untuk pastikan perut sentiasa terisi. Biasala bila menyusu, perut mudah rasa lapar. Tapi awas, jangan ambil kudapan atau snek berkalori tinggi. Ia boleh menyebabkan kegemukkan! Jadi ambil la yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, buahan segar dan sebagainya. Ingat ye, apa yang ibu makan, si kecil pun dapat juga tau melalui susu ibu.

6) Hati-hati dengan makanan dan minuman yang boleh mengurangkan susu.

Tak semua ibu menyusu boleh makan dan minum. Dan kadang-kadang ada sesetengah makanan atau minuman boleh menganggu penghasilan susu. Sebagai contoh minuman berkafein. Kafein bersifat diuretik. Ia akan menyebabkan banyak air keluar daripada badan. Bila kurang air, penghasilan susu akan terjejas. Aina personally tak boleh minum kopi atau nescafe. Sebab tiap kali minum je, susu memang kurang.

Kenali Tanda Bayi Sensitif Terhadap Makanan

Terdapat juga sesetengah makanan yang boleh beri kesan kepada si anak. Sebagai contoh, makanan yang berangin, ia akan menyebabkan perut anak kembung selepas menyusu. Bagi anak yang ada masalah eczema, si ibu perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan untuk dimakan. Semuanya kena try and error kerana tak semua bayi adalah sama. Sebagai contoh kawan aina terpaksa ambil alternatif protein daripada tumbuhan. Kerana bila dia makan ayam atau daging, akan naik gatal-gatal pada badan anaknya. Jadi si ibu perlu pantau sebarang perubahan keapda anak masing-masing.

6 Perkara Yang Ibu Perlu Jaga Kalau Nak Berjaya Susukan Anak

Proses Menyusu Adalah Proses Menurunkan Berat Badan


Tidak dinafikan, proses penyusuan adalah satu proses yang dapat memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kepada ibu, inilah masa untuk dapatkan semula berat badan sebelum hamil atau lebih best berat badan zaman anak dara! Ini adalah kerana proses menyusu perlukan kalori yang banyak! Jika kalori intake kurang daripada kalori yang diperlukan, badan akan menggunakan lemak dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga untuk proses penghasilan susu. Sebab itu ramai para ibu yang mudah lapar ketika menyusukan anak.

Jadi jika para ibu berazam untuk turunkan berat badan ketika menyusukan anak, mudah sahaja. Makan seperti biasa. Ambil portion sama seperti sebelum mengandung. Jangan makan selera dinasour. Jika lapar, cuba minum air kosong terlebih dahulu. Jika masih lapar, ambil kudapan yang sihat dan berkalori rendah. Aina dulu semasa mula-mula hamil berat aina 52kg. Sebelum bersalin 63kg. Selepas pantang maintain 45-48kg. Memang mudah nak turunkan berat badan semasa susukan anak. Sambil baring pun korang dah boleh bakar kalori sampai 400-500kcal! Jogging setengah jam pun tak dapat bakar banyak tu tau!

Hopefully post kali ni dapat memberi manfaat kepada semua terutama para ibu yang  bakal melahirkan anak atau yang sedang menyusukan anak. Sepanjang tempoh menyusukan anak bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi tidak mustahil. Yang penting terus gali ilmu penyusuan, jangan stress dan jangan berputus asa. Just enjoy the journey! Kalau nak dapatkan supplement untuk membantu proses penyusuan, boleh roger aina k.




FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

2 comments:

Powered by Blogger.