5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu

Monday, April 17, 2017
Berpatang adalah satu proses untuk si ibu berehat dan beri peluang kepada badan untuk jalani proses penyembuhan selepas bersalin. Bukan mudah tau nak lahirkan seorang khalifah di muka bumi ni. Sakit kontraksi hanya yang pernah alami sahaja tau betapa sakitnya. Belum lagi sakit bila kena jahit. Dan kalau bersalin secara pembedahan, lain pula ceritanya. Sebab itu ketika berpantang, si ibu perlu berpantang dengan betul supaya badan lebih cergas dan sihat di masa hadapan.

5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu

Kali ni aina nak kongsikan sedikit, masalah biasa yang berlaku ketika berpantang yang bakal ibu patut tahu. Masalah ni sangat common walaupun tak semua yang alami tetapi peratusan yang alaminya adalah tinggi.

1. Berlaku koyakkan di episotomi atau luka bersalin. 

Aina ada kawan yang pernah alami masalah ni. Bila jahitan terbuka semula, maka doktor terpaksa jahit semula. Antara penyebab berlakunya jahitan terbuka terpaksa panjat katil yang tinggi (selalunya katil hospital), kerap berjalan dan sebagainya. Jika berlaku koyakkan pada episiotomi, anda akan mengalami rasa sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan berlarutan sehingga dua hingga tiga minggu terutama semasa berjalan atau duduk. Koyakkan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya. Bila berlaku ini, cepat-cepat dapatkan rawatan daripada doktor.

2. Sakit rengat.

5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu
Sakit rengat berlaku apabila perut berasa seperti mengalami kontraksi atau senggugut. Ia terjadi pada rahim sebaik melahirkan. Namun, jangan risau kerana ia terjadi kerana rahim mengecut dengan kuat. Kecutan itu menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Hal ini berlaku terutamanya ketika menyusukan anak. Kerana proses penyusuan sangat membantu untuk kecutkan rahim kita.

3. Sembelit.

5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu
Masalah sembelit antara masalah paling biasa dialami oleh para ibu berpantang. Ia terjadi akibat perasaan fobia kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau pun sakit yang dialami disebabkan oleh buasir. Selain itu, disebabkan amalan tradisi segelintir mak-mak yang melarang ibu pantang untuk mengambil macam-macam jenis buah dan sayur dan juga air mmasak juga tidak boleh minum banyak. Hal ini boleh menyeybabkan najis menjadi keras dan punca utama sembelit. Jadi amalan memakan sayur dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah digalakkan.

4. Bengkak Susu.

5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu
Selepas melahirkan, payudara akan dipenuhi susu dan ia mulai sakit, rasa berat dan bengkak. Namun ia perkara biasa. Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir setelah bayi mula pandai menghisap susu ibu. Jadi jalan terbaik untuk elak berlakunya bengkak susu, sentiasa susukan anak anda dan bila bayi anda sudah kenyang, pam keluar susu untuk kosongkan payudara anda. Masalah bengkak susu jika tidak dibendung boleh buatkan si ibu demam kerana sakit yang ditanggung.

5. Fizikal badan berubah.

5 Masalah Biasa Berlaku Ketika Berpantang Yang Bakal Ibu Patut Tahu
Sebaik sahaja melahirkan, fizikal masih kelihatan bulat, tidak ramping dan menggeleber. Sesetengahnya kelihatan masih seperti hamil. Jangan risau, ia mengambil masa untuk kembali kepada bentuk asal. Jalan paling mudah untuk turunkan berat badan ialah susukan bayi anda secara eksklusif. Kerana proses penyusuan itu sendiri bantu bakar kalori yang sangat banyak. Tapi dengan syarat makan tak boleh macam selera raksaksa tau! Aina sendiri dulu  awal kehamilan berat 52kg. Sebelum bersalin 63kg dan selepas pantang maintain 45-48kg. Berat lebih ringan daripada sebelum hamil.

Jadi bagi mereka yang akan menunggu saat kelahiran si comel, bukan sahaja perlu lengkapkan keperluan si comel anda, tetapi ilmu ketika berpantang, bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku ketika pantang, ilmu penyusuan dan ilmu parenting semua sangat penting.

Perkara paling penting yang perlu diambil kira adalah cukupkan nutrisi badan supaya badan kita dapat lakukan proses penyembuhan dengan sebaiknya. Makan protein dan vitamin c untuk luka bersalin cepat sembuh. Ambil makanan tinggi serat untuk elakkan sembelit. Dan cukupkan keperluan air masak setiap hari. InsyaAllah tempoh pantang anda akan berjalan lebih lancar. Kalau tercari-cari set pantang terbaik untuk anda? Boleh roger aina k.


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 



Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.



No comments:

Powered by Blogger.