Review Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Saturday, October 08, 2016
Assalamu'alaikum...

Masa Ogos yang lepas dok bincang-bincang satu family nak jalan2 kat mana. Lepas brainstorming satu family, last-last decide pergi jalan-jalan dekat zoo kemaman. Dah alang-alang duduk Balok dan Ammar pun suka sangat tengok haiwan, so pergi sana jela. 

Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman tak lah jauh mana. Nak-nak lagi sekarang dah ada highway. Jadi sangat mudah la nak pergi. Mini zoo kemaman ni dibuka setiap hari dari pukul 9pagi sehingga 5petang. Harga tiket pun quite affordable. RM10/dewasa dan RM7/kanak-kanak. Tapi sebab Ammar baru 2 tahun, jadi masuk free je. Oh, ayah mentua pun dapat masuk free sebab dah masuk kategori warga emas,hehe.

Kawasan mini zoo kemaman ni boleh tahan juga luas. Kalau ikut peta kira-kira 30 hektar. Masa mula-mula masuk, kita akan dibawa naik dengan trem, ke kawasan haiwan. Kalau rasa nak kurangkan berat badan, boleh je jalan kaki sikit. Tapi sebabkan kami bersama kanak-kanak dan warga emas, naik jela trem..hehe.

Muka happy naik trem. Tapi Ammar seperti biasa buat muka cool je, padahal dalam hati excited sangat,haha.

Mula-mula tempat yang kitaorang pergi of course la nak pergi tengok hidupan liar (macam harimau, gajah, singa). Sebab ammar memang excited kalau dapat tengok binatang yang besar dan selalu tengok dalam buku atau TV je.



Hasrat di hati nak la tengok singa juga kan. Malangnya singa tak ada. Tak tahu la sakit ke atau dah mati. Tapi tempat singa memang kosong, takde haiwan.

Nampak tak haiwan apa kat belakang kami?hehehe

Ni kat kawasan burung. Pandai burung hantu tu nak posing..hehe

Kuda pun nampak tak sihat je

Monyet ni memang akan follow je orang jalan ke mana. Attention seeker sungguh,hehe

Ni dua ekor burung helang berlagak cool.

Banyak-banyak kawasan, taman orkid dan herba ni je yang nampak cantik. Tempat lain tak maintain sangat.

Selain daripada haiwan2, sepatutnya kat situ ada juga taman tema air. Tapi masa kitaorang pergi macam dah tutup je. Banyak juga kerosakan sana sini. Yang ada, taman permainan jela. Tu pun ammar dah excited sangat dah.


Itu jela yang boleh dikongsikan. Secara keseluruhan, aina rasa kesian sangat dekat haiwan-haiwan dalam tu. Semua nampak tak sihat dan tak bermaya je. Tempat tu kalau maintain betul-betul memang sangat cantik dan boleh jadi salah satu tempat tarikan pelancong. 

Kesimpulannya, ok la kalau nak bagi experience tengok haiwan liar dekat kanak-kanak yang baya-baya ammar ni. Sebab dia excited je tengok semua haiwan. Cuma bagi kita yang dah besar ni, memang rasa kesian kat haiwan-haiwan dalam tu. Harap lepas ni pihak berwajin dapat lakukan sesuatu pada tempat tu. Maintain betul-betul. InsyaAllah memang akan jadi lebih cantik tempat tu dan confirm ramai yang akan pergi. =)

Balik rumah, malam telan ostematrix 4 biji sebab penat dukung anak soleh seharian. Bangun pagi nanti, takde la sakit-sakit urat semua.hehe..Jangan lupa ye, kalau tengah cari supplement terbukti berkesan dengan landmark study, boleh roger aina k. 



FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

1 comment:

Powered by Blogger.