Best Sangat Ke Buat Bisnes Shaklee Ni?

Friday, October 14, 2016
Assalamu'alaikum..

Aina ni hari-hari cerita pasal Shaklee je kan? Best sangat ke buat bisnes Shaklee ni? Boleh buat duit ke? Haa..kali ni aina nak share kenapa aina masih setia dan sentiasa memberi komitmen sepenuhnya dengan bisnes shaklee ni.
Aina pada awalnya memang mula-mula join Shaklee sebab nak cari income lebih secara sampingan. Masa tu tengah tunggu tarikh untuk viva (master) dan juga tengah tunggu masa je anak sulung ni lahir. Jadi, daripada tak buat pape, aina decide nak join Shaklee. Salah satu sebab aina pilih Shaklee sebab masa pantang nanti aina nak pantang dengan set shaklee. Kita pantang cara moden sikit,hehe.

Itu kisah serba sedikit. Dan di kala aina buat secara santai2 tu, bulan pertama aina dah dapat bonus dah. Pastu bulan kedua dapat lagi banyak daripada bulan pertama (memang balik modal dah la yuran keahlian sebelum ni,hehe). Bulan ketiga aina start slow sikit sebab aina dah bersalin dan cuba nak adapt dengan title baru sebagai ibu (bukan kerja mudah rupanya,huhu).

Tapi tak lama lepas tu aina start aktif balik secara santai mula-mula. Bila buat secara santai, bonus pun dapat santai jela kan. Sesuai la dengan effort yang aina buat,hehe. Semakin lama aina buat, semakin aina rasa seronok sangat berada dalam kelompok orang-orang yang sangat positif, sentiasa memberi semangat antara satu sama lain (tak kira la downline , upline, sideline), seme sangat memberi aura positif dari semua sudut.

Kalau tak caya, cuba tengok video syok ke tak syok



Group Jutawan Shaklee Paling ROCK - ASB Mega Seminar 2014 from iReach HD on Vimeo.

Amacam? Sporting kan belaka2?

Jadi, aina pun mula fikirkan nak buat dengan lebih serius. Mula join kelas nutrisi anjuran pihak Shaklee sendiri, kelas online dan offline bersama upline, join mana2 contest yang upline buat dan macam-macam lagi la. Dan melalui mereka juga aina dapat banyak ilmu tentang bisnes yang sebelum ni memang zero knowledge.

Dan part yang paling best, kawan-kawan Shaklee ni bukan sahaja dok kejar duit je, kami sentiasa diingatkan tentang bekalan akhirat juga. Kami sentiasa diingatkan untuk banyak berzikir, berdoa, baca quran, amalan-amalan sunat kena amalkan, sedekah walaupun sedikit. 

Pada mulanya aina agak memberontak juga. Aina fikir kenapa nak kena banyakkan baca surah al-waqiah, solat sunat dhuha jangan tinggal, tahajjud kena buat, zikir banyak2, sedekah dengan harapan sales banyak masuk. Macam dah lari kan daripada niat kita beribadah niat kerana Allah, bukan nak dapat habuan dunia. Tetapi lama-lama aina faham. Manusia ni kalau nak buat kebaikan, mula-mula kena buat dengan paksaan atau ada tujuan mula. Bila dah jadi habit dan selalu buat, lama-lama keikhlasan mula terbit.

Siapa kata dunia bisnes ni tiada cabaran sendiri? Sangat mencabar ok. Sebab itu pentingnya amalan-amalan rohani ni. Tahajjud membantu kita membina kekuatan dalaman, sedeqah mengajar kita untuk tidak terlalu cintakan harta benda dunia, redha dengan segala kekurangan dan solat dhuha sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dengan segala nikmat yang diberikan.

Apa lagi yang aina suka tentang bisnes Shaklee ni?

1) Produk dijamin berkesan, semulajadi dan terbukti melalui pelbagai ujian klinikal. Tak perlu susah-susah nak bangunkan produk sendiri.
2) Kami dididik untuk mengutamakan ilmu tentang produk daripada keuntungan.
3) Sentiasa diberi tunjuk ajar cara yang betul pengambilan produk.
4) Sentiasa diupdate oleh upline setiap kali ada ilmu baru dalam bidang nutrisi supaya lebih mudah kita nak consult dengan customer.
5) Mempunyai sumber khidmat nasihat dan maklumat yang tepat seperti nutritionist Shaklee sendiri, doktor dan juga lactation counselor.
6) Support group dalam berkongsi ilmu cara pemakanan yang lebih sihat.

Dan hampir 90% bisnes Shaklee ni menghadap hp / laptop je. Tak perlu nak keluar mana-mana. Nak reply mesej customer sambil layan anak pun boleh. Keluar untuk pos dan cod barang je. Mudah kan?

Aina harap dengan perkongsian aina ni sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang masih tercari-cari bisnes yang dapat mereka lakukan terutama sekali suri rumah. Bagi mereka yang betul-betul nak serius buat bisnes, boleh pm aina dan join banyak support group bisnes yang best2.

Dan kalau nak join Shaklee untuk makan vitamin untuk diri sendiri je, aina tidak akan paksa untuk buat bisnes. Malah aina akan sentiasa kongsi juga ilmu nutrisi yang aina dapat supaya lebih mudah korang tau cara makan vitamin yang betul sehingga dapat kesan yang korang nak.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362


Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.