6 makanan yang membantu mengatasi masalah alahan

Assalamu'alaikum..

Biasa tak kita asyik bersin setiap kali membersihkan rumah? Nak2 lagi bila kita bersihkan habuk. Mesti rasa gatal je hidung dan bersin tak berhenti. Atau mengalami kegatalan kulit setelah makan makanan laut atau gatal hidung selepas makan belacan. Jika ya, ini adalah disebabkan masalah alahan atau alergi dimana tindak balas yang terjadi ketika partikel asing masuk ke dalam tubuh. 


Apabila hal ini berlaku, sel-sel dalam tubuh akan menghasilkan satu bahan kimia yang dikenali sebagai  histamin yg menyebabkan alergi. Secara umumnya, antara simptom2 alergi kebiasaannya terjadi dikulit ( ruam, bintik2 merah, gatal2, iritasi), bersin, mata merah, mulut bengkak dan macam2 lagi. Bagi mengelakkan perkara seperti ini brrlaku, boleh cuba amalkan beberapa jenis makanan ini yang dapat membantu atasi masalah alergi ni.

1) Epal

Epal mengandungi quarcetin yang dipercayai mampu mencegah pelepasan histamin dari sel tubuh dan sekaligus menstabilkannya. Justeru, mengamalkan pengambilan epal sangat membantu dengan masalah alergi. Lagipun orang putih pun cakap 'an apple a day, keep the doctor away'.

2) Kunyit

Kunyit kaya dengan zat yang dikenali sebagai kurkumin. Kurkumin bersifat anti inflamasi dan anti alergi. Banyak kajian membuktikan khasiat kunyit ini seperti mempercepatkan proses pemyembuhan luka, mempunyai sifat anti-kanser, membantu mengurangkan berat badan dan agen detoks semulajadi. Hanya dengan mencampurkan sesudu teh kunyit bersama susu panas, amalkan pengambilan minuman ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mencegah masalah alergi.

3) Lemon

Lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan dapat membantu masalah alergi. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan dan sekaligus mencegah tindak balas alergi. Lemon juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang berupaya mengurangkan radikal bebas dalam badan. Amalkan pengambilan air lemon suam setiap pagi dan rasai perbezaan pada tubuh anda.

4) Teh Hijau

Teh hijau sangat bagus diamalkan dalam kehidupan seharian. Kandungan antioksidan ynag tinggi iaitu epigallocatechin gallate dipercayai mampu mencegah tindak balas alergi dalam tubuh. Bukan itu sahaja, teh hijau juga dipercayai berupaya mengurangkan masalah keradangan. Hanya dengan mengambil 2 cawan teh hijau yang dicampur dengan lemon, mampu mengurangkan masalah alergi anda.

5) Bawang Putih

Bawang putih sangat bagus dalam meningkatkan tahap imun sistem badan dan melawan masalah keradangan. Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Dengan mengambil 3 ulas bawang putih setiap hari, ia dipercayai mampu mengelakkan alergi bermusim. Namun, kalau anda bukan penggemar bawang putih,boleh juga mengambil dalam bentuk pil seperti Garlic Complex Shaklee.

6) Halia

Halia bukan sahaja bagus untuk membuang angin dalam badan, malah ia sangat bagus untuk mengurangkan masalah peradangan dan alergi. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mereka yang mempunyai masalah asma. Bagi individu yang mengalami masalah alergi yang tidak serius, disarankan mengambil secawan air halia hangat. Jika tak boleh telan air halia, boleh juga mengambil dalam bentuk kapsul.

Semoga entri kali ini dapat membantu sedikit sebanyak dengan masalah alergi anda. Untuk dapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya dan konsultasi diberikan secara percuma eksklusif untuk pelanggan saya. 

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.