15 perkara yang suami perlu tahu di saat bergelar bapa

Sunday, July 05, 2015
Assalamu'alaikum..

Di saat isteri anda khabarkan berita yang dia hamil, pasti nda teruja dan rasa gembira kerana tidak lama lagi akan ada anak yang ber'bin'kan atau ber'binti'kan nama anda. Sekaligus taggungjawab sebagai seorang bapa sudah terbayang2 di fikiran anda kan? Kat sini saya nak kongsikan beberapa perkara biasa yang anda sebagai suami perlu tahu apabila anda akan melangkah ke alam kebapaan.

1 Semasa saat pertama isteri anda mengumumkan yang dia hamil, segala perhatian akan tertumpu kepada isteri anda dan bukan diri anda ye.

2 Apabila bayi anda dilahirkan, isteri dan anak juga akan diberi perhatian sepenuhnya, bukan anda. Jadi jangan kecewa jika tiada orang memberi perhatian kepada anda selama 9 bulan dan bulan-bulan seterusnya ya.

3 Isteri memerlukan pusat perubatan atau hospital untuk bersalin. Dia perlukan pakar obstetrik. Dia mahukan doktor. Dia tidak mahukan epidural dan membuat pesanan kepada anda jangan berikan epidural kepadanya walaupun dia menjerit2 memintanya..eh, tiba2 isteri merayu2 dan menangis2 nak epidural. Isteri kena caesarean pula. walaupun bunyi macam hebat, tapi ketahui lah bahawa ia amat menakutkan! Jadi, bersedialah untuk keliru dengan permintaan isteri. 

4 Tiada lagi duit dibelanjakan untuk keperluan diri sendiri. Semuanya akan tertumpu kepada barang anak dan isteri. Tiada lagi jam baru, handphone baru, baju baru, spare part kereta..semuanya akan dibelanjakan membeli stroller, katil bayi, baju bayi, baju mengandung, upah mengurut, carseat dan lagi...dan lagi..dan lagi...

5 Semasa minggu pertama di hospital, kena belajar berdikari dengan memasak sendiri, pakaian dibasuh sendiri, kemas rumah dan segala kerja yang sebelum ini isteri lakukan kena buat sendiri!


6 Kena belajar pegang bayi seawal kelahirannya nanti. =)

7 Anda akan berasa kekok untuk menukar lampin bayi pada kali pertama. Tetapi jangan risau, selepas itu anda akan menjadi pakar menukar lampin bayi. Guna sebelah tangan pun boleh! 

8 Satu hari nanti anda akan dipandang sebagai hero oleh anak anda. Nikmati la saat2 yang indah ini.

9 Contraction boleh menjadi saat mencemaskan atau melucukan. Bila isteri cakap sudah tiba masanya, cepat2 hantar isteri ke hospital tanpa banyak soal!

10 Kata2 seperti anak anda tak cukup susu kerana susu isteri anda sikit, bayi hanya perlu minum 4 jam sekali, jika anda mengangkat bayi anda setiap kali dia menangis nanti ia akan membuatkannya tidak berdikari. Jangan percaya!!Itu semua mitos. Jadi abaikan semua kata2 negatif.

11 Anda akan terkejut walaupun terpaksa 'oncall' tiap2 malam, anda masih mampu bekerja dengan baik.

12 Anda akan mengenang kembali saat peristiwa bayi anda membuang air kecil dan besar serta kentut pada anda! Dan anda pasti akan ceritakan pada semua orang!

13 Ketika keluar 'date' dengan isteri, kadangkala isteri akan mengatakan rindu pada anak di rumah. Jangan bimbang kerana perkara ini tidak akan berlanjutan.

14 Memory hp anda akan penuh dengan video dan gambar anak anda.

15 Tiap kali ada benda yang tak kena dengan bayi anda, pasti anda panik dan en.google menjadi rakan baik anda.

Apa-apa pun, menjadi seorang bapa bukanlah satu kerja yang mudah. Walaupun begitu, ia adalah perjalanan yang sangat indah dan gembira. Bergembiralah di saat2 anda bergelar bapa dan jagalah amanah yang Allah berikan sebaik-baiknya! ^_^



FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

1 comment:

  1. Suami ataupun seorang ayah adalah super hero yang sangat penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Alhamdulillah saya diberikan seorang suami yang sebegini. Rela berkorban demi isteri dan anak-anak tanpa mempedulikan dirinya sendiri. Syabas kepada anda atau sesiapa sahaja yang bergelar ayah...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.