Simptom PMS

Thursday, January 30, 2014

PMS..bila sebut PMS je, saya bukan maksudkan Pinang Medical Supply. Tapi Premenstrual Syndrome. Tapi ada juga orang labelkan PMS sebagai 'Psychotic Mood Shift' atau 'Pimples May Surface' atau 'Pissy Mood Syndrome', hehe..tapi pape pun, hanya perempuan sahaja memahami perasaan melalui PMS ni. Kenapa saya buat entry ni? Sebab saya tahu ramai wanita2 di luar sana yang selalu mengalami masalah PMS ni, termasuklah saya (terutama zaman bujang la..dah tengah pregnant ni, lame dh tak rase PMS..hehe)
Selain itu, boleh juga memberi sedikit gambaran pada jejaka2 di luar sana macam mana rasanya PMS ni. At least pasni paham la sikit perasaan wanita pada waktu2 tertentu..ye dop?hehe..
.
This is my version of PMS masa zaman bujang dulu:

1. PMS ianya singkatan bagi Premenstrual Syndrome.
Satu sindrom atau lebih hebat digelar ‘gejala’ yang berupa gangguan pd fizikal & mental subjek.

Anytime in 7-14 days menjelang menstruasi. Maka hormon estrogen memulakan perjalanan roller coaster nya!

Kita takkan alert menda ni. Serius tidak. Melainkan anda sentiasa menanda di kelendar anda period cycle anda. Jadi, boleh la anda bajet bila kah gejala itu akan berlaku.

2. Mental : Mode jadi Swings/Off.  Selalu sesuatu/idea/keputusan/alasan bila dibawa berbincang pasti ada je tak puas hati. Ada je spoil. Ada je tak kena.



3. Fizikal: Perubahan pd bentuk tubuh. Kadang tiba-tiba rasa gemuk je, bila rasa gemuk–>tekanan–>bila tekanan, semua benda akan jadi serba tak kena.


4. Sakit: Biasanya sakit kepala, perit di bahagian bonbon, joint ache, backpain dan yang tidak dialu-alukan JERAWAT.
Anda happy tak bila tiba-tiba terpacak dua tiga ulas jerawat di pipi?? Parut yang lepas tak hilang lagi..dah tumbuh yang lain. Antara faktor yang boleh menambahkan stressterutama bagi wanita yang terlampau menjaga kecantikan muka. Ouh. Emosi! Yang paling tak tahan, BACKPAIN!! Anda akan terasa ingin stretch je badan ke belakang ala-ala ahli suka acrobatic gymnastic yang profesional gitu..Memang takleh tahan bila dapat backpain. Semua kerja takleh nak buat. Bertambah tekanan nya!!
  
Gejala-gejala itu lah yang membuatkan mode jd swings..nak marah dan macam-macamlah.
Sebarang bentuk provakasi ketika ini dilarang sama sekali.
Jadi kepada jejaka di luar sana, sila elakkan daripada mencari pasal dengan pasangan anda di saat2 kritikal ini jika anda tidak mahu mendapat jelingan maut dan paling dasat tumbukan padu daripada pasangan anda.  [Amaran keras..sila ambil perhatian]

Bila menstruasi bermula, maka estrogen sudah settles down dan kembali normal.
Itu PMS ya. Berlaku sebelum menstruasi.

Saya sambung pasal period pain pula, ada yang sebut menstrual pain. Sebagai orang melayu, kita sebut senggugut..kalau malu2 nak cakap senggugut, cakap je 'kene ugut'.
Ianya berlaku tatkala mentruasi. Biasanya pd hari pertama, kedua, ketiga.

SANGAT SAKIT.


Seperti ulu hati anda dicarik-carik dan ditikam-tikam.
Nak berjalan pun terbongkok-bongkok. Saya pun tak tahu kenapa boleh berjalan terbongkok-bongkok. Mungkin membantu reduce sakit kot. (tak sangat la)
Ya,mungkin. Nak tido pun tak boleh..pasti akan terguling-guling atas tilam ibarat anak kecil yg meronta-ronta inginkan permainan.
Kadang-kadang rasa dia seakan cramps. Korang lelaki cramp kat peha. Macam tu lah rasa.
Kiteorang cramp dekat rahim. Tapi kiteorang pun boleh cramp di peha..korang penah cramp di rahim??ehh..lupa,korang takda rahim.
Tahap kesakitan yang dialami, boleh menyebabkan sampai termuntah!!!kalau dah tahap muntah segala isi perut tu, memang tahap kritikal la. Pada tahap ini, telan pain killer la jawabnya.. Synflex la menjadi peneman setia sebab panadol sudah tidak memberi kesan yang positif dah.
Oleh itu,
Berkenaan emosi, anda la sebagai pasangan yg perlu alert menda ni tatkala waktu  si gadis sedang berperang dgn emosi & kesakitan.
Kadang perempuan2 ni tak perasan. Tiba-tiba je cakap macam nak cari gaduh je. Padahal kami rasa macam cakap biasa je.
Oleh itu teguran itu perlu. Kalau tak tegur mmg kami tak tahu. Tegur la dgn gentle sket bang.
seperti…awk takde mood ke??
haa..kan??

Kira lebih kurang 5-6 hari kami kena melalui/mengadap menda ni. Tapi, itu saya. Lain orang lain dia punya rasa mood swing tu. Rasa sakit. Ada lagi teruk.


Dan ada yang takda langsung. Itu nikmat dunia tu!
Sebab tu kadang-kadang anda akan cakap.."eleh, mak n akak aku period oke je"..Ouh. Hentikanlah berkata begitu.

Dulu serius tak tahu macam mana la nak elakkan simptom PMS ni tiap2 bulan. Kalau jumpa doktor, penyelesaian yang dia bagi, suruh kahwin je..hamboi..boleh la plak nak cakap kat mak 'mak, saya nak kahwin, tak tahan la senggugut tiap2 bulan'..hehe..

Ha..meh nak habaq mai satu berita baik.. SHAKLEE ada menawarkan satu supplemen yang SUPERB la dan dapat mmbantu anda dengan masalah2 PMS ni... Nak tahu lebih lanjut? nanti saya update pada next entry k. ^_^




No comments:

Powered by Blogger.