11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Para Suami Wajib Ambil Tahu

Saturday, July 01, 2017
Meroyan adalah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin. Jangan pandang ringan tau pada masalah meroyan. Jika ia benar-benar berlaku dan tidak dirawat dari awal boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi . Jadi, ibu selepas bersalin jangan ambil mudah kalau pernah alami 11 tanda ini. Para suami juga wajib ambil tahu.

11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Para Suami Wajib Ambil Tahu
Masalah meroyan bermula selepas bersalin dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50% ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran. Manakala kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum baby blues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam. Ia terjadi kepada kira-kira 15% wanita selepas bersalin. Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk iaitu psikosis selepas bersalin atau meroyan.

Meroyan berkait rapat dengan masalah hormon yang tidak stabil selepas bersalin yang sangat memberi kesan kepada emosi si ibu. Ditambah dengan rasa penat selepas bersalin, dan juga perubahan persekitaran dengan kehadiran orang baru, semua adalah antara penyumbang kepada masalah ini.
Menurut pakar psikiatri, Dr Kasmini Kassim para ibu tidak boleh ambil mudah tentang perubahan emosi dalam temoh awal selepas bersalin kerana ia boleh jadi salah satu petanda masalah emosi ini. Kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius. Kesan terhadap ibu dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan cara sewajarnya.

11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Para Suami Wajib Ambil Tahu


Jom kita lihat antara tanda-tanda yang boleh menjuruskan kepada masalah meroyan:

1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
4. Memencilkan diri atau bersendirian.
5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.
6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
11.Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.

Jadi jangan main-main tau dengan masalah meroyan ni. Dah banyak kes ibu pantang kemurungan sehingga sanggup mencederakan bayi yang masih kecil. Paling teruk menyebabkan kematian. Bagi ahli keluarga sekeliling terutama suami perlu alert dengan emosi isteri dalam pantang. Ringankan kerja mereka. Bantu mana-mana yang boleh dibantu.
Inginkan supplement yang dapat bantu sepanjang tempoh pantang supaya ibu pantang lebih bertenaga dan dapat kawal emosi, boleh cuba set pantang shaklee. Aina sendiri menggunakan set pantang shaklee dan alhamdulillah, badan tak rasa penat langsung. Dan yang penting luka czer cepat baik. Bila kita berikan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan, badan kita akan dapat bekerja dengan lebih baik.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan

No comments:

Powered by Blogger.