Cara Mudah Untuk Hadkan Masa Anak Tonton Youtube

Wednesday, July 05, 2017
Dah banyak pakar memberi nasihata tentang exposure anak-anak kecil dengan hp, komputer, ipad dan sewaktu dengannya. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Jadi seperti ibu bapa lain, aina ambil semua nasihat yang diberikan dan cuba apply pada ammar. Memang 2 tahun pertama kami tidak berikan hp langsung kepada ammar. 

Cara Mudah Untuk Hadkan Masa Anak Tonton Youtube

Dalam tempoh aina limitkan waktu dengan hp dan tv, ammar sangat mudah nak dijaga. Mendengar kata, lebih kreatif bila bermain dengan mainan sendiri dan jarang sangat nak tantrum. Sampai orang yang pernah jumpa ammar semua cakap mudah sangat la nak jaga ammar ni. Beranak 10 orang pun takpe (komen amoi cina kat kedai basikal).

Makin lama aina makin busy dengan bisnes online dan tanggungjawab di rumah sehingga kadang-kadang aina take for granted dengan ammar. Sebab di usia 3 tahun ammar dah mula pandai main sendiri, nak makan pun pandai makan sendiri. Pakai baju pun dha mampu pakai sendiri. Jadi banyak masa aina habiskan dengan urusan bisnes dan kerja rumah. Kurang masa terluang dengan ammar.

Jadi memang salah sendiri la kan bila busy sangat dan kurang luang masa dengan anak. Kadang-kadang seperti parents zaman moden lain, aina pun ambil jalan mudah dengan buka youtube tiap kali ammar merengek ajak bermain sekali. Sorry ammar. 

Dan bila habit ni berterusan, lama-kelamaan aina nampak perubahan yang berlaku pada ammar. Semakin agresif. Mudah merajuk. Tantrum tak kira masa. Makin dilarang, makin dibuat. Dan tak dengar cakap. Puas aina fikir mana salah aina. Bila dikaji semula, ok semuanya bermula dengan hp dan komputer.

Jadiaina aina terfikir, i need to do something sebelum melarat. So aina terus haramkan hp daripada ammar. Tapi disebabkan oleh dia dah biasa tonton youtube, aina fikir untuk haramkan terus terlampau drastik. Jadi aina perlu limitkan waktu tonton youtube. Slow-slow sehingga mampu untuk tak tengok terus.

Jadi aina terjumpa satu apps yang sangat berguna ni. Sebab kita boleh limit masa anak dengan YouTube. Nama apps tu ialah Youtube Kids. Bestnya apps ni, kita boleh set kan time limit anak kita untuk tengok youtube. Selain tu kita juga boleh set video jenis apa yang akan keluar dalam list. So potential video pelik-pelik keluar tu memang kurang la kan. Rasa selamat sikit.

Cara Mudah Untuk Hadkan Masa Anak Tonton Youtube

Cara Mudah Untuk Hadkan Masa Anak Tonton Youtube

Andai kita set masa 15 minit, akan keluar gambar bear yang mengantuk. Maksudnya dah time's up. Waktu ni aina akan explain pada ammar. Ok, hp pun dah penat and want to sleep. Lpeas tu kita sediakanlah aktiviti apa-apa yang anak-anak boleh buat.

Cara Mudah Untuk Hadkan Masa Anak Tonton Youtube

Ingat, sibuk macam mana pun kita, menjadi tanggung jawab kita untuk didik mereka. Jadi spend quality time dengan mereka. Jangan expect semua benda nanti cikgu ajar. Your child, your responsibility. Kita inginkan yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita yang perlu usaha untuk berikan yang terbaik kepada anak kita. Tak boleh lepas tangan dan  harapkan orang lain untuk didik anak kita.

Hopefully post kali ni dapat memberi manfaat kepada semua. Jika rasakan post ni berguna, sila la share di mana2 media sosial yang ada. Semoga kita dapat didik anak kita menjadi insan yang lebih baik insyaAllah.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan

2 comments:

  1. Tq boleh lah upload jap lg .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila..memang mudah sangat. Kita pun dapat control masa anak kita tengok hp.

      Delete

Powered by Blogger.