Cara Untuk Jaga Luka Czer Supaya Cepat Baik Dan Elak Bernanah

Wednesday, February 15, 2017
Siapa sini bersalin cser? Kita geng! Aina dulu bersalin secara czer sebab kes baby breech. Dalam erti kata lain, baby songsang. Kedudukan kepala kat atas. Dan bagi yang pernah bersalin secara cser mesti memahami betapa sakitnya rasa bila kesan bius hilang. Betul tak?
 
Dan penting untuk kita jaga sebaiknya kawasan czer tu supaya cepat baik dan tak bernanah. Once dah bernanah, kena jumpa nurse atau doktor untuk cuci semula luka kawasan czer tu. Kat sini aina nak kongsikan sikit la macam mana cara aina jaga luka czer tu supaya cepat baik dan elak bernanah. Ehem..ehem..Nurse siap puji tau czer aina baik dengan cantiknya..hhehe..(Jangan muntah hijau ye).

Tips #1:

Yang ni paling penting dan utama. Pastikan dalam menu makanan pantang wajib ada protein dan vitamin C. Kedua-dua ni sangat penting untuk penghasilan kolagen oleh badan dan sekaligus dapat menutup luka czer dengan cantiknya. Aina dulu ambil set pantang Shaklee. Jadi dalam set pantang Shaklee dah ada esp (sumber protein lengkap dengan 9 jenis asid amino) dan juga vitamin C sustained release.

Tips #2:

Sentiasa pastikan kawasan luka cser sentiasa kering! Yang ni pun wajib. Dan masa awal-awal lepas bersalin biasanya perut berlipat-lipat lagi kan? Terutama kat kawasan czer tu. Jadi kawasan situ akan mudah berpeluh dan kalau lepas mandi susah nak kering sebab terlindung. Jadi apa yang aina buat, tiap kali lepas mandi, aina akan baring atas katil untuk elak kawasan czer berlipat, kemudian keringkan pakai hair dryer.

Boleh juga tap-tap pakai towel bersih. Tapi aina awal2 dulu memang takut sangat nak sentuh kawasan situ..haha. takut sangat kalau terbuka. Jadi aina guna hair dryer. Memang cepat kering dan penting, tak perlu pegang kawasan situ.

Tips #3:

Bila nak menyusu sambil duduk, alas atas perut tu dengan bantal biasa. Ada bajet lebih boleh beli bantal menyusu. Sangat membantu. Ini untuk elak berat baby menekan kawasan czer kita time menyusu secara langsung. 
 

Tips #4:

Pakai bengkung. Siapa kata kalau czer tak perlu bengkung? Perlu sangat cuma jangan guna yang tipikal bengkung tradisional yang kena ikat beria tu. Just pakai yang strap tu pun ok. Sebabnya kita taknak ketat sangat. Cukup untuk menampung perut bila nak berjalan. Jadi mudah sikit nak berjalan. Kalau tak tampung perut, rasa macam perut nak terburai je tau! 

 

Tips#5:

Yang ni tips paling penting nak-nak lagi yang ada masalah allergik dengan ubat tahan sakit, boleh ambil Vivix. Ada satu kajian menunjukkan resveratrol dapat memberi kesan mengurangkan rasa sakit (Tsai et. al, 2012). 

Bukan tu sahaja, resveratrol juga mempunyai banyak kebaikan seperti baikpulih sel, jadi luka akan cepat baik. Meningkatkan penghasilan mitochondria (pusat janakuasa dalam sel), jadi badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tengah pantang. Jadi aina memang akan sangat recommend untuk ambil vivix waktu pantang. 

Jom tengok apa kata mereka yang pernah pantang dengan vivix:

 
 
 


Macam mana? Jeles tak?Jeles tak? Hehehe.. Jadi aina suggest kalau nak lalui episode tempoh pantang dengan lebih mudah, tenang dan gembira, ambil la full set pantang Shaklee dan juga dengan Vivix.

Macam mana nak dapatkan vivix dan set pantang Shaklee yang super duper awesome ni? Jika berminat, boleh pm/whatsapp aina atau boleh buat pembelian directly dengan tekan butang buy now. Setiap pembelian dengan aina akna disertakan bersama konsultasi sepenuhnya. Khas untuk customer aina je tau! 😊

 
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 

No comments:

Powered by Blogger.