Tips cerai susu badan selepas anak berumur 2 tahun

Assalamu'alaikum..
Atas permintaan my ex-schoolmate dulu, saya nak share tips yang saya amalkan untuk cerai susu badan setelah anak menginjak usia 2 tahun. Tips2 ni sebenarnya saya kumpul sebelum Ammar masuk umur 2 tahun lagi. Dan saya amalkan semua tips yang saya rasa relevan dan ok untuk saya apply. Dan alhamdulillah, my 'first experiment' berjaya. Terdapat beberapa peringkat yang saya amalkan. Saya kongsikan satu persatu. Semoga entry saya kali ini dapat memberi manfaat kepada semua. =)

Tips #1

Peringkat pertama adalah lebih kepada penerangan awal kepada anak kita. Kita terangkan kepada dia yang setelah 2 tahun dia sudah kena mula stop bf. Yang ni bila Ammar start umur setahun 9 bulan saya dah mula bagitahu Ammar dengan ayat yang simple je, 'Ammar, nanti dah 2 tahun, susu mama, no..no..no..k.sebab Ammar dah besar'. Setiap kali dia nak menyusu, saya akan cakap macam tu dekat dia. Mula2, memang dia akan buat muka blur. Tapi percaya la, lama2 dia akan paham. Bila umur dia dalam setahun 11 bulan saya mula soal Ammar semula. 'Lepas 2 tahun apa?'..dan dia akan jawab 'susu mama,no..no..no..' Saya akan tanya lagi, 'sebab apa'..dia akan jawab 'besar!!'..hehe..bila dia jawab pertanyaan kita tu memang best la..tapi bila datang akal dia tu, dia taknak jawab sambil sengih2...hehe. Pentingnya kita bagi explanation kat dia awal2 supaya dia paham dan bersedia bila dah masuk 2 tahun, dah mula kena stop menyusu. Semakin dia hampir nak masuk umur 2 tahun, semakin kerap la kita explain kepada dia.

Saya dah besar! 

Tips #2

Start introduce dengan susu segar. Yang ni saya mula buat bila Ammar umur dalam setahun 10 bulan.  Saya mula belikan fresh milk brand dutch lady atau goodday untuk dia minum. Dalam sehari mungkin segelas saya bagi. Penting sebab nanti lepas dh tak menyusu, saya tetap nak ajar Ammar minum susu tanpa berperisa dan supaya dia suka minum fresh milk. Jangan jadi macam mama dia ni haa..klu nak minum susu, kena ada perisa coklat la, strawberry la...hehe. Nanti mudah bila Ammar minta susu, kita boleh offer fresh milk kat dia. =)

Susu cow sedap!!!

Tips #3

Peringkat ketiga setelah anak hampir nak masuk 2 tahun atau lagi sebulan nak masuk 2 tahun, saya mula stop offer susu pada Ammar. Saya hanya akan bagi bila dia minta je. Kalau dia tak minta, saya tak bagi la..


Tips #4

Bila Ammar masuk je umur 2 tahun, kami buat mini birthday celebration untuk dia. Just beli kek dan bagi dia potong je sambil nyanyi lagu birthday. Celebration ni penting juga untuk memberitahu atau mengingatkan anak kita yang dia sudah mula masuki umur 2 tahun. Ingat tak ayat yang kita dah 'inject' dalam kepala dia for the past 3 months?hehe..

Mini celebration Ammar's second birthday.

Tips #5

Ni waktu yang paling kritikal dan mak2 kena extra tabah. Saya start betul2 tak bagi susu (totally wean-off) sehari selepas birthday Ammar. Start daripada hari tu, setiap kali Ammar minta susu, saya akan distract dia dengan benda lain. Ajak dia buat aktiviti yang dia suka macam melukis dan main lego. Selalunya bila ajak dia buat aktiviti yang dia suka memang dia akan lupa terus pada hajat dia yang mula2 tadi. Dan kita memang kena layan jela kehendak dia selain daripada bagi susu. Selain tu, saya memang akan bagi je Ammar makan dan minum untuk pastikan dia betul2 kenyang. Bila perut kenyang, hati pun senang. =)

Tertido sendiri selepas banyak sangat melukis.

Tips #6

Dalam proses nak cerai susu badan ni, akan juga berlaku waktu2 kita akan mengalami bengkak susu. Yela, anak dah tak menyusu kan? Jadi, tak hairan la klu terjadi bengkak susu. Bila berlaku bengkak susu, jangan sesekali offer kepada anak sebab itu akan menyebabkan dia confused. 'Mama ni nak stop bf ke tak ni?' Jadi jalan terbaik, pam jela susu keluar. Dan susu2 tu boleh digunakan untuk masak makanan anak kita.

Tips #7

Ini adalah tips yang paling penting dan penyumbang besar kepada kejayaan untuk cerai susu badan. DOA...DOA...DOA... Betul, jangan putus berdoa minta dengan Allah semoga dipermudahkan urusan untuk cerai susu badan. Setiap kali habis solat fardhu, solat hajat, solat sunat, selepas tahajjud, dalam doa kita sentiasa juga minta untuk Allah permudahkan urusan kita. Doa seorang ibu kan mustajab. Jadi gunakan kelebihan itu. =)

Itu sahaja tips2 yang saya amalkan untuk cerai susu badan dengan Ammar. Alhamdulillah, masa saya taip ni sudah hampir 3 minggu Ammar dah tak bf. Memang suka minum 'susu cow' je sekarang..hehe, (panggilan Ammar untuk susu lembu). Yang paling penting, hati kita kena kuat. Memang kadang2 akan rasa sedih dan rasa macam nak je teruskan breastfeed. Terpulang, setiap orang ada pendapat masing2. Tapi kalau anda dah nekad nak cerai susu badan, boleh cuba amalkan tips2 di atas. Selamat mencuba ye! ^_^

Untuk mereka yang tercari-cari supplemen terbaik ketika menyusu badan, boleh pm/whatsapp saya di 013.969.5362. Free advice and consultation akan diberikan. Saya doakan para ibu yang baca post saya ni berjaya menysusukan anak masing-masing sehingga 2 tahun..Aamiinnn... =)


FB : Aina Amin

FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.