Tips untuk atasi masalah jerawat yang kronik dan hilangkan parut.

Assalamu'alaikum

Saya percaya, kita semua pasti pernah ada jerawat tumbuh di muka kan? Bila muncul jerawat tu, mula rasa macam seluruh dunia ni gelap je (ok, over sangat perumpamaan tu,hehe). Kalau jenis yang jerawat batu banyak sehingga ada nanah, buatkan kita rasa malu nak bersosial dengan orang ramai kan? Jadi, apakah jalan terbaik untuk penyelesaian jerawat kronik ni?


Secara amnya, jerawat terjadi apabila bintik-bintik putih (white heads) telah dicemari oleh kekotoran dan ditambah pula dengan  berminyak dan lembab. Ini akan menyebabkan bintik putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi  sebum yang tersumbat pada liang muka (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.

Faktor hormon yang tidak stabil juga salah satu penyebab jerawat. Ini adalah kerana, hormon memainkan peranan penting dalam penghasilan sebum. Selain itu, faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan terbentuknya jerawat adalah tekanan, makan makanan berminyak, tidak cuci muka sebersihnya, berada dalam persekitaran yang kotor dan pencemaran. Jadi pentingnya untuk kita sentiasa pastikan muka dalam keadaan bersih untuk elak daripada jerawat timbul.

Bolehkah picit jerawat?


Apabila jerawat muncul di muka, tangan ni mesti rasa 'gatal' je nak picit jerawat tu kan?Tapi awas, apabila anda picit jerawat anda ia boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk. Kenapa?
Apabila kita picit jerawat dan mengeluarkan 'isi' dalam tu, ia akan membuatkan luka pada jerawat terdedah kepada jangkitan kuman. Terutamanya apbila kita mula picit jerawat menggunakan kuku kita. Kuku kita sendiri sudah mempunyai banyak bakteria. Apabila kita gunakan untuk picit jerawat, akan menyebabkan ia bertambah teruk apabila berlaku jangkitan bakteria. Jadi, seeloknya guna la krim jerawat atau cara2 tradisional untuk kecutkan jerawat k. Say no to picit2 jerawat.

Apakah supplemen yang dapat membantu dengan masalah jerawat?



Ni adalah set premium untuk atasi masalah jerawat yang kronik. Ia terdiri daripada:
.
1) Collagen Powder Shaklee : memberikan keanjalan kepada kulit dan juga melembapkan kulit. Selain itu, ia juga menghilangkan parut jerawat.
2) GLA Complex : membantu menstabilkan hormon yg menjadi punca minyak dihasilkan berlebihan dan akhirnya menyebabkan jerawat tumbuh.
3) Vivix : kandungan antioksida dan resveratrol yang tinggi yang membantu membaik pulih sel kulit.



Best kan? Ambil supplemen bukan sahaja untuk kesihatan badan yang lebih baik, kulit pun semakin sihat dan cantik. Untuk dapatkan free advice and friendly consultation, hubungi kami di:

FB : Aina Amin

FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.