Tips untuk kekal bertenaga bagi ibu menyusu yang berpuasa dengan supplemen Shaklee

Alhamdulillah...sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Bulan yang sepatutnye kita berlumba2 untuk meningkatkan amalan kita dan mendapatkan keampunan serta keredhaan daripada Allah. Cerita pasal bulan Ramadhan, nak share satu cerita dengan anda semua. Sebelum ni ada juga rasa cuak nak berpuasa sebab diri sendiri memang fully breastfeed anak. Yela, bagi mommies semua pasti memahami bertapa lapar dan dahaganya tiap kali lepas menyusukan anak dan juga selepas proses 'pump' susu. Itu masa bukan bulan puasa. Jadi bagaimana pula dengan bulan puasa? Asyik fikir mampukah aku? Nak jaga anak lagi...nak kena buat kerja rumah lagi..semuanya memerlukan tenaga yang extra. Saya juga pernah berpuasa (ganti puasa) sebelum ni, dan saya perasan susu memang akan merundum sedikit bila berpuasa. Bertambahlah kerisauan saya...

TAPI....

Alhamdulillah, masuk hari ketiga berpuasa, saya rasa sangat bertenaga. Boleh susukan anak dengan kerapnye (anak lelaki memang kuat hisap susu ye?), bermain dengan anak, mampu buat kerja rumah, membuat ibadah wajib dan sunat, mampu masak untuk berbuka tanpa rasa letih!!Susu pun setakat ni tak berkurang..alhamdulillah... Haa..meh sini nak share sikit tips..hehe

1) Tetapkan niat kita nak berpuasa penuh bulan ni. Jangan lupa berdoa dengan Allah semoga dipermudahkan urusan kita untuk berpuasa dan juga untuk mengamalkan ibadah2 wajib dan khusus. Bulan ni kan bulan untuk gandakan pahala. =)

2) Wajib sahur!!! Saya sentiasa sahur dengan ESP + milo (tips: ESP release energy sedikit demi sedikit, jadi kita akan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama), nasi satu senduk (dalam proses nak turunkan berat badan..hehe), lauk macam biasa dan 3 biji kurma.

3) Saya juga mengamalkan supplemen untuk badan saya sentiasa bertenaga. Saya ambil Vitalea (mencukupkan nutrisi dalam badan), B-complex (vitamin B12 yang terkandung dalam Bcomplex bertindak untuk membawa oksigen ke seluruh sel tubuh. Bila badan cukup oksigen, badan pun kurang penat) dan Vitamin C (meningkat sistem immun badan..tak la mudah sakit nanti).

4) Air masak wajib minum secukupnya. Sekurang2nya 3 liter air sehari. Macam mana nak cukupkan 3 liter? Senang, dalam tempoh berbuka sehingga la sahur, minum jela air byk2..hehe. Jangan minum air byk time sahur je, memang la rasa nak termuntah balik. Tips paling mudah, sediakan air kosong dalam bilik. Lepas solat terawih (kalau solat di rumah), minum air. Sebelum tido minum air. Kalau terjage dari tido ke, minum air. Lama2, cukup la keperluan air dalam badan. 

5) Sentiasa pump jika anak tido lama (tak menyusu). Kosongkan cik 'b' anda. Ingat, susu terhasil berdasarkan demand. Kalau cik 'b' slalu kosong, maka akan selalu la pengeluaran susu. Kerap susukan nak juga boleh banyakkan susu.

6) Semasa berbuka juga jangan lupe makan kurma dan ambil la air kosong. Cuba elakkan air manis ye. Minum air kosong bukan sahaja sihat, tapi sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan. (Penurunan berat badan dan wanita berpisah tiada..hehe)

Lepas ni saya nak bersahur dengan Performance Drink pula. Sebelum ni tak berkesempatan lagi. Performance Drink memang laku bila tiba bulan puasa dan banyak good review. Bila saya dah cuba, saya akan kongsikan dengan anda semua ye..  ^_^

Jadi macam mana nak dapatkan supplemen Shaklee ni?

Hubungi:

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, uia, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Konsultasi percuma akan diberikan!! ^_^



No comments:

Powered by Blogger.