Kenapa Pentingnya Ambil Antioksidan?

Bila sebut antioksidan kita akan bayangkan supplement kecantikan. Sebab sekarang banyak supplement kecantikan claim mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu buatkan wajah kita kelihatan lebih muda. Tetapi korang tau tak? Kepentingan antioksidan jauh lebih besar daripada itu.

Kenapa Pentingnya Ambil Antioksidan?

Sejak akhir-akhir ini aina sedang habiskan masa dengan membaca buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You" tulisan Ray D. Strand, M.D. Tujuan utama aina baca buku ini sebab buku ni highly recommended oleh mentor bisnes aina. Dan selain itu sangat bagus untuk aina tambah ilmu nutrisi.

Bila ada ilmu nutrisi ni, lebih mudah la nak consult customer dan cadangkan vitamin yang mereka perlukan sahaja. Baca buku ini telah membuka minda aina tentang ilmu nutrisi. Kali ini aina nak sentuh satu topik dulu iaitu antioksidan. Kenapa penting sangat antioksidan ni? Cukup ke keperluan nutrisi jika diambil daripada diet harian?

Bagi yang follow fb dan ig aina, aina banyak update aktivti aina yang sekarang suka slow jog. Dalam masa yang sama dapat bawa anak bujang bermain lari sana sini. Biarkan si kecil explore dunia yang luas ni. Takde la asyik terperuk dalam rumah je kan.

Penting ke antioksidan ni?


Satu benda yang aina belajar melalui buku Dr. Ray ni, aktiviti fizikal seperti bersenam akan menyebabkan badan hasilkan radikal bebas. Tetapi hebatnya Allah, badan kita mampu hasilkan sesetengah antioksidan (dan antioksidan juga boleh didapati dalam buahan dan sayuran) yang berfungsi untuk neutralkan radikal bebas ni supaya ia tidak akan menganggu sel badan sihat kita.

Tetapi masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas ini melebihi antioksidan dalam badan. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya tekanan oksidatif (oxidative stress). Ingat, bukan melalui senaman je tau radikal bebas akan terhasil. Tetapi disebabkan oleh stress, pemakanan tidak sihat, pencemaran, terdedah kepada bahan kimia, even bila badan nak hasilkan tenaga juga akan menyumbang kepada radikal bebas.

Kenapa Pentingnya Ambil Antioksidan?

Tekanan oksidatif ini akan menyebabkan berlakunya kerosakan sel-sel dalam badan. Jika kerosakan berlaku sedikit, sistem dalam badan mampu lagi lakukan kerja baik pulih sel. Tetapi cuba bayangkan jika kerosakan dilakukan sedikit demi sedikit dan setiap hari tanpa henti. Agak-agak apa akan berlaku kepada tubuh badan kita?

Yes! Berlakulah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, strok, dan sakit jantung. Penyakit-penyakit ini terjadi bukan berlaku tiba-tiba. Ia makan masa yang lama untuk terjadi. Sebab itu pentingnya kita jaga kesihatan daripada muda. Di saat kita masih sihat. Dan pentingnya pengambilan supplement antioksidan untuk mencukupkan 'askar-askar' dalam badan kita untuk melawan semua musuh atau radikal bebas.

Dan pilihan aina sekeluarga, sudah semestinya kami ambil vitamin A, C dan E sebagai topup vitamin antioksidan kami. Selain daripada tu, kami juga mengambil B Complex untuk bantu segala proses dalam badan untuk lawan radikal bebas ni. Vitamin pilihan kami sudah semestinya vitamin Shaklee. Dijamin daripada sumber semulajadi, selamat diamalkan dan paling penting terbukti berkesan.

Ini adalah salah satu usaha aina untuk pastikan keluarga aina sihat. Bukan sahaja untuk sekarang, tetapi juga untuk masa hadapan. Kerosakan sel-sel badan kita takkan nampak dan kesannya bukan dalam jangka masa pendek. Ambil masa bertahun-tahun baru nampak kesan kepada badan kita. Kalau tak takde la dia panggil penyakit kronik kan?

kenapa pentingnya ambil antioksidan

Jadi sayangilah keluarga dan diri anda. Jalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Pengambilan makanan seimbang. Jauhkan diri daripada processed food dan fast food. Dan topup keperluan badan dengan vitamin antioksidan supaya sel-sel badan akan lebih sihat. Nak dapatkan vitamin yang terbukti secara ujian klinikal selamat dan berkesan, boleh hubungi aina.


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.


Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.


No comments:

Powered by Blogger.